BLOG DUKE AMIENE REV

Selasa, September 04, 2007

Sudah lama tidak melakar

Semasa zaman sekolah dulu, aku paling suka melukis terus dengan menggunakan pen. Dalam masa beberapa minit sahaja, sekeping kertas akan penuh dengan pelbagai lakaran.

Lakaran di atas ini dilukis dengan menggunakan pen mata bola yang biasa sahaja, berdakwat biru. Masa yang diambil adalah sekitar 30 saat.

Aku jarang membuat rangka asas. Terus sahaja melakar di atas kertas. Ada sesetengah pen matanya agak kasar dan berat. Ada pula matanya licin dan ringan. Aku suka kedua-dua jenis pen mata bola ini, sebab kedua-duanya ada kelebihan.

Asas melukis? Aku tidak tahu. Aku cuma tahu sejak kecil lagi aku sudah boleh melukis. Tidak ada seorang guru pun. Malah di sekolah, sejak zaman kanak-kanak lagi, kebolehan aku dikagumi oleh ramai guru.

Aku melukis figura manusia, membentuk ruang dimensi tanpa perlu ada seorang pun mengajar aku. Pada usia yang sangat muda, aku sudah menulis buku mengenai teori warna. Sekitar usia 7-8 tahun.

Aku tahu, bidang ini memang bidang aku. Pada usia 10-11 tahun, aku sudah mula menghasilkan watak-watak komik. Sehingga kini sudah beratus-ratus watak komik aku hasilkan. Watak-watak adiwira dengan pelbagai personaliti dan kuasa.

Jadi aku tahu, jika di dunia ini ada manusia yang setanding dengan aku semasa aku kecil-kecil dulu, mereka itu adalah manusia yang memegang ijazah dalam bidang grafik.

Aku hidup dengan teori ciptaanku dalam bidang ini, jadi aku tahu mereka yang berijazah itu sudah pasti memiliki kelebihan berbanding aku. Mereka ada pengetahuan dan kemahiran yang ditempa daripada pelbagai pakar, aku cuma ada naluri. Naluri semula jadi seorang designer.

Aku tidak hairan melihat teknologi dan imaginasi George Lucas, Steven Spielberg dan sebagainya, sebab semasa kecil, aku sudah mempunyai kebolehan yang sama seperti mereka, dari aspek naluri. Apa yang menjadikan jurang, adalah ilmu pengetahuan.

Once this man got the knowledge, he become undefeated genius in art, ever exist in the realm of art. A legendary artist. It's me.

Aku yakin, aku akan mengatasi mana-mana tokoh penulisan sedia ada pada masa kini, tidak kira dalam bidang penulisan novel, skrip atau...

Sebab aku dilahirkan sebagai manusia dalam bidang ini. Ini anugerah Tuhan. Aku tidak ada sebarang ketakutan untuk mengatasi mana-mana penulis tersohor sedia ada.

Apa yang aku takuti, ialah kalau-kalau, kebolehan luar biasa ini menjadikan aku seorang riak, takbur, sombong, angkuh dan lupa daratan.

Tulisan ini sengaja dibuat-buat. Ini adalah entri ironi. Jangan terpedaya.