BLOG DUKE AMIENE REV

Isnin, September 10, 2007

Ubi Rebus dan Kopi Pekat

Tiba-tiba saya mengidam ubi rebus, sambal bilis, gula pasir dan kopi pekat. Saya tidak tahu kenapa, imej-imej ini tiba-tiba boleh tergambar di layar perak pemikiran saya. Hari ini.

Nota: Saya juga tidak tahu, kenapa hari ni saya menulis menggunakan perkataan 'saya'. Bukan 'aku'. Kehidupan saya penuh dengan misteri. Seperti satu catatan jurnal misteri yang mistik.

Rahsia: Saya tahu kisah hidup saya pasti menjadi rebutan ramai penulis. Cukup seronok untuk dijadikan cerita. Barangkali sebab ini? Plot-plotnya mempunyai skala yang mirip dengan tokoh-tokoh penulis terkenal dunia. Ini perkara mistik, tidak dapat diulas dengan lebih lanjut.

Nostalgia: Saya tidak mahu memikirkan apa-apa lagi. Dalam ingatan saya cuma tergambar ubi rebus yang disejat. Tekstur ubi rebus yang menarik, dengan wap yang menjulang tinggi.

Secubit ubi rebus, dicecah ke dalam mangkuk kecil berisi sambal bilis, dan butiran gula pasir ditabur ke atasnya. Perasaan memakannya cukup enak.Kemudian secawan kopi pekat mengakhiri hidangan tersebut.

Tindakan: Maka, hari ini saya mahu berangkat ke suatu tempat. Dalam jangka masa dua minggu ini, saya tidak akan dibelenggu dengan sebarang perkara akademik. Lapang waktu.

Saya berehat, sambil melakukan kerja-kerja kreativiti.