BLOG DUKE AMIENE REV

Ahad, September 23, 2007

Izinkan Aku Melelapkan Mata

Izinkan Aku Melelapkan Mata
Nukilan: Amiene Rev (C) 2007

Sudah tidak ada malam bagiku
apabila tragedi terus mengukir bintang
apabila air mata terus mengalir senang
apabila air batu bagaikan lembing tajam
menusuk segenap bahagian dada

Izinkan aku melelapkan mata
dengan lupa seketika kisah-kisah lalu
wujudkan amnesia menghanyutkan trauma dan fobia
kembalikan harapan dan kelunakan kebenaran
takdir pesona daripada Ilahi

Nota: Ketika entri ini ditulis, web blogspot.com masih disekat oleh jaringan internet universiti, aku cuma dapat mengakses akaun Blogger sahaja, tetapi tidak dapat melayari mana-mana laman blogspot.com.