Memperingati 11 dan 22 September
Ketika entri ini ditulis, aku masih belum dapat melayari blogspot.com menerusi jaringan internet di kampus. Namun, aku cuma berpeluang untuk mengakses akaun Blogger untuk menulis jurnal harian. Aku tidak dapat mengemaskini rekabentuk blog ini, kerana fungsi (View Blog) sudah disekat. Memandangkan aku tidak berkesempatan untuk mengakses mana-mana siber kafe (di luar kampus), maka aku tidak bercadang untuk mengemaskini rekabentuk blog ini.
Sajak: Memperingati 11 dan 22 September
Hakcipta: Amiene Rev (C) 2007
22 September
mengenangkan tarikh lahir ini
denyut jantungku hampir mati
nafasku terasa terhenti
dadaku berat berkati-kati
11 September
tarikh lahir ini
milik seorang anak kecil
yang bakal menghilangkan haus
kedua orang tuanya
di Masyar
yang bakal memimpin tangan
kedua orang tuanya
ke syurga
Mengingati kedua-dua tarikh ini
seperti mengembalikan
nostalgia lalu.
|