BLOG DUKE AMIENE REV

Khamis, Januari 25, 2007

NOVEL AMIENE REV

Protagonis Nagasari
Hakcipta Amiene Rev (C) 2005

Lakaran kasar jalan cerita...

"Esok,Guru akan pergi ke suatu tempat untuk bertemu dengan wira keenam."

"Wira keenam? Maksud guru, selain saya masih ada wirawan yang lain?"

"Benar. Sebenarnya kamu masih memilik empat adik beradik seguru yang lain. Mereka semua telah dilatih secara berasingan selama ini. Kaum yang berbilang bangsa."

Pergilah ke Istana untuk bertemu dengan Ratu, dan kamu akan bertemu dengan mereka. Akan ada pertandingan pada 3 haribulan ini di mana jika kamu berjaya Anakku, maka termakbullah harapan Guru. Tidak sia-sia... tidak ada sesalan.. apabila melihat anak bangsaku berlainan kaum bersatu padu mempertahankan tanah air ini."

"Benar? Siapa mereka?"

"Kamu akan tahu nanti, apabila tiba masanya."

"Guru?"

"Semoga berjaya" Guru tersenyum, air matanya yang mengalir kelihatan penuh harapan dan keyakinan akan kejayaan yang bakal dicapai oleh anak muridnya.

Maka Guru Wirawan pun hilang dalam tiupan angin dan kabus putih. Samar-samar kelihatan jubah guru, rambut guru hilang dari pandangan.

Juara Naga pun berbisik, "Guru, akan kutunaikan permintaanmu, agar makbul harapanmu. Aku akan ke Istana, menemui saudara-saudara Wirawan yang lain."

Maka Juara Naga pun berlari ke atas bukit. Dari situ dia melihat tanah Nagasari yang luas. Lalu, melaungkan 'Raungan Naga' yang menjadi kebanggaan kaum Naga!

Nota: Kisah ini mengisahkan sekumpulan 6 orang wirawan daripada enam kaum yang berbeza, yang dilantik menjadi Pelindung Nagasari. Pertama kali ditulis pada tahun 2005. Menggabungkan fakta sains, kebudayaan, kepimpinan dan elemen perpaduan kaum sebagai teras dan jalan cerita. Kebanyakan cerita-cerita hasil tulisan Amiene Rev yang pernah diilhamkan sebelum tahun 2006 mempunyai unsur-unsur sebegini. Kertas kerja penulisan novel pertama ditulis ketika beliau berusia 14 tahun, dan kebanyakannya mempunyai unsur-unsur ketamadunan manusia ciptaan sendiri, falsafah, bahasa, sistem politik, ekonomi, teknologi selain berpuluh-puluh watak utama yang dibantu oleh beratus-ratus watak sampingan. Kebanyakan novel mempunyai hubungkait antara satu sama lain dengan latar zaman yang melibatkan hingga ke beberapa abad. Namun ada sesuatu yang hanya diketahui oleh rakan-rakan penulis kenapa... dan begitulah kisahnya.

Belum tiba masa untuk jam itu dikunci. Apabila jam itu sudah dikunci, 5 novel mesti diterbitkan dalam tempoh dua tahun, jika tidak hukuman yang berat akan dilaksanakan. Apabila tiba masa itu, jam akan dikunci... setiap degupan jantung mewakili satu saat. Buat masa ini biar, program KITAB itu berjaya dahulu...