BLOG DUKE AMIENE REV

Khamis, Januari 25, 2007

Belum Tahu Ayam Masih Berlaga

"Dua orang yang berbeza matlamat, seorang Presiden yang mahu menghidupkan persatuannya yang telah terkubur, seorang lagi adalah si Penulis Blog mahu melaksanakan program khidmat tutor percuma untuk anak-anak di Desa Bakti, yang selama ini terbiar dan terpinggir dari mana-mana catatan program mahasiswa. Mereka bergabung tenaga. Namun, akibat tekanan daripada si penasihat dan beberapa ahli jawatankuasa yang berfikiran negatif, semangat sang Presiden semakin lemah. Hal ini membuatkan si Penulis Blog merantau jauh ke Putrajaya untuk mencari sesuatu... belum tahu, ayam masih berlaga."

Dua hari aku menetap di Putrajaya. Pemandangan indah sekitar Putrajaya, dari bilik mesyuarat yang serba canggih, membuatkan aku terfikir seketika mengenai strategi baru yang boleh dilakukan untuk apa yang perlu diperjuangkan dalam hidup ini. Dunia korporat, kehidupan seorang jutawan sentiasa sibuk dengan pelbagai tugas-tugas harian. Mereka mungkin tidak sempat untuk mengadakan program kebajikan, namun mereka boleh menaja dari aspek kewangan.

Aku berbincang dengan seorang profesor. Dari situ aku tahu profesor ini juga sedang terlibat dengan program kebajikan bantuan banjir di Johor. Juga didapati, memandangkan program KITAB ini adalah berbentuk program kebajikan, tajaan kemungkinan boleh diperolehi menerusi Kementerian Kebajikan.

Malam tadi, ketika itu suasana kampus masih sunyi, aku pergi menemui Sang Presiden. Nampaknya Sang Presiden telah menjalankan apa yang patut dilakukannya seperti yang telah aku rancangkan. Sebelum berangkat ke Putrajaya dua hari yang lalu, aku ada meninggalkan jadual kerja dan penerangan bertulis sebagai panduan kepada Sang Presiden dan ahli-ahli persatuannya untuk bertindak sepanjang ketiadaan aku.

Seramai 22 orang pelajar sekolah rendah dan 16 orang pelajar sekolah menengah telah berdaftar untuk menyertai Program KITAB. 38 orang semuanya. Ini bermaksud program ini memerlukan 13-38 orang tutor sukarelawan. Sekarang, apa yang harus aku lakukan adalah melihat statistik lengkap peserta. Mencari tapak yang sesuai. Semua ini memerlukan beberapa hari lagi.

Sekembalinya aku, dari Putrajaya. Aku sudah ada strategi baru. Terlalu awal untuk mengalah...

Mungkin tidak perlu mengalah!