BLOG DUKE AMIENE REV

Khamis, Januari 18, 2007

Ingatan Aku

Hari ini aku bertemu dengan penyelia tesis aku, Doktor Z. Penulis buku terkenal berkaitan dengan dunia siber dan multimedia. Ada sesuatu yang ingin aku maklumkan kepada beliau, iaitu sesuatu berkaitan dengan hasil akademik aku, beberapa tahun yang lalu. Sebenarnya sudah lama aku tidak bertemu dengan Dr. Z.

"Doktor, saya dapati, ada antara bahan-bahan yang terpapar di dalam buku Doktor itu, adalah hasil tugasan saya suatu ketika dahulu."

"Ya, hasil kerja awak adalah yang terbaik antara yang terbaik. Cuma yang terbaik akan mendapat tempat dalam buku saya." Jawab Dr. Z.

Rekabentuk perisian yang aku cipta mengagumkan ramai pensyarah. Sebenarnya, aku tidak bermaksud untuk membangga diri. Namun sehingga kini, kalau bercakap dalam soal multimedia, belum ada pelajar di fakulti tersebut yang mampu menandingi aku. Ini adalah estim diri yang mendokong keyakinan aku untuk bercakap soal-soal berkaitan kualiti.

"Ada sesuatu..." aku mematahkan perkataan-perkataanku.

Dan sehingga aku beredar dari bilik Dr. Z, lalu di dalam hati aku berkata, berbicara terhadapnya:

"Sebenarnya, ada sesuatu yang ingin saya beritahu Doktor. Sesuatu mengenai perbicaraan kita beberapa tahun dahulu mengenai kuasa luar biasa yang saya miliki. Doktor kata itu kebolehan para wali. Seorang Kaunselor pula mengatakan itu adalah Syaitan. Tidak, Doktor. Ada sesetengah manusia dianugerahkan kebolehan ini tanpa perlu menjadi wali. , Saya berkata benar..."

Aku terus melangkah dan berjalan lagi, meninggalkan koridor. Mengeluarkan wang tunai dan membeli sebuah buku. Terus berjalan lagi dan menyambung, percakapan hatiku:

"Sudah terbukti. Wujudnya manusia lain seperti saya. Ini adalah anugerah Tuhan. Kami dipanggil..."

Aku memandang ke langit.

"Manusia Indigo..."

Dapatkah kalian mengetahui, betapa sunyinya menjadi berbeza dengan orang lain? Namun ini adalah satu anugerah, satu ujian dan juga satu cabaran...