BLOG DUKE AMIENE REV

Rabu, Mac 11, 2009

Debat Pejuang Anti PPSMI VS Penyokong PPSMI di Televisyen

Isu PPSMI perlu diperdebatkan di televisyen. Saya yakin rancangan debat isu PPSMI antara para pejuang Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) dengan penyokong PPSMI akan menarik minat rakyat Malaysia.

Ramai budak sekolah dan mungkin juga orang dewasa warganegara Malaysia yang masih keliru antara anti-PPSMI dengan anti belajar Bahasa Inggeris.

Perlu ditegaskan di sini, anti PPSMI bukan anti belajar Bahasa Inggeris. Para pejuang GMP tidak melarang atau menyalahkan sesiapa yang ingin belajar atau mengajar bahasa Inggeris atau apa-apa jenis bahasa asing sekali pun malah menggalakkan pihak yang mengendalikan pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris untuk mengkaji dan melaksanakan kaedah mengajar subjek Bahasa Inggeris dengan lebih berkesan. Ramai cerdik pandai pada masa dahulu mampu menguasai Bahasa Inggeris tanpa perlu bergantung pada PPSMI.

Perhimpunan raksasa anti-PPSMI tempoh hari bertujuan memastikan para pejuang GMP berjaya menghantar memorandum kepada DYMM Yang Di-Pertuan Agong. Dan perhimpunan itu berjaya mencapai matlamat, apabila memorandum tersebut berjaya sampai ke tangan DYMM Yang Di-Pertuan Agong. Bukan mudah untuk menghantar memorandum tersebut kerana halangan dan rintangan yang kuat perlu dilepasi. Tanpa sokongan beratus ribu pejuang anti-PPSMI, mungkin usaha untuk menyampaikan memorandum yang mewakili majoriti suara rakyat itu tidak akan sampai ke tangan DYMM Yang Di-Pertuan Agong.

Baca teks lengkap memorandum anti-PPSMI yang diserahkan kepada DYMM Yang Di-Pertuan Agong di blog Prof. Abdullah Hassan.

Muat turun buku
E-Book Mengapa Kami Bantah PPSMI yang berharga RM15 secara percuma di sini: Klik Di Sini

Klik Pada Gambar Di Atas Untuk Besarkan Imej