Cadangan Penyelesaian Untuk Isu PPSMI
Cadangan Penyelesaian Untuk Isu PPSMI di peringkat sekolah
khusus untuk membela nasib anak-anak pedalaman.
khusus untuk membela nasib anak-anak pedalaman.
Penulis: Amiene Rev (C) 2009
NOTA: Artikel ini akan membicarakan tentang kaedah perlaksanaan pengajaran subjek Sains dan Matematik di peringkat pengurusan dan di dalam kelas. Sebelum ini kita mendengar, ada pelajar yang berjaya mendapat 17A, 18A dan 21A dalam peperiksaan SPM. Maka idea ini pasti tidak mustahil untuk diwujudkan.
Setelah berfikir beberapa kali, akhirnya saya berpendapat, "Kenapa tidak dibuat dua versi subjek sahaja untuk subjek-subjek dalam bidang Sains dan Matematik?"
Subjek Matematik dan Sains Versi Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
Sebagai contoh, pelajar boleh mengambil subjek Matematik (pengajaran dan pembelajaran dibuat dalam bahasa Melayu) dan Mathematics (pengajaran dibuat dalam bahasa Inggeris). Kod bagi subjek Matematik dan kod bagi subjek Mathematic adalah berbeza.
Sebagai contoh, pelajar yang mengambil subjek Matematik dan Mathematics dianggap mengambil dua subjek yang berlainan. Oleh itu markah yang diperolehi untuk subjek Matematik tidak mewakili markah untuk subjek Mathematics dan begitu juga sebaliknya.
Dalam erti kata lain, dalam peperiksaan UPSR, PMR atau SPM. Pelajar yang mengambil subjek Matematik dan Mathematics serentak, sekiranya dia mendapat A dalam kedua-dua subjek tersebut, maka dia dikira telah mendapat 2A.
Kelas yang berbeza, Bahasa Pengantar yang berbeza
Pelajar yang mendaftar subjek Sains perlu masuk ke kelas Sains untuk mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran Sains dalam bahasa Melayu sepenuhnya.
Pelajar yang mendaftar subjek Science perlu masuk ke kelas Science untuk mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran Sains dalam bahasa Melayu sepenuhnya.
Sekiranya pelajar mendaftar kedua-dua subjek, Sains dan Science serentak, maka mereka perlu masuk ke kedua-dua kelas.
Oleh yang demikian, jadual kelas perlulah disusun semula mengikut permintaan subjek di satu-satu sekolah. Sesi petang mungkin akan diwujudkan sekiranya jadual sesi pagi telah penuh. Memandangkan masa dan penempatan kelas untuk subjek-subjek mungkin menjadi satu masalah, maka pihak sekolah perlu bijak memastikan subjek-subjek pilihan majoriti yang boleh diwujudkan di sekolah terbabit.
Penawaran Subjek Matematik dan Sains di sekolah-sekolah kawasan pedalaman
Namun begitu, bagi sekolah-sekolah di pedalaman, subjek-subjek Matematik dan Sains yang ditawarkan adalah versi Bahasa Melayu sahaja.
Senarai Subjek Sains dan Matematik yang baru (versi Bahasa Melayu dan Inggeris)
Berikut adalah set senarai subjek baru yang dicadangkan (di peringkat UPSR, PMR dan SPM)
Peringkat UPSR, PMR dan SPM
Mathematics
Matematik
Science
Sains
Peringkat SPM
Additional Mathematics
Matematik Tambahan
Physics
Fizik
Chemistry
Kimia
Biology
Biologi
English for Science and Technology
Additional Mathematics
Matematik Tambahan
Additional Science
Sains Tambahan
Mathematics
Matematik
Science
Sains
Peringkat SPM
Additional Mathematics
Matematik Tambahan
Physics
Fizik
Chemistry
Kimia
Biology
Biologi
English for Science and Technology
Additional Mathematics
Matematik Tambahan
Additional Science
Sains Tambahan
Kebaikan Cadangan Ini:
- Dapat membantu menangani masalah penguasaan Matematik dan Sains di kalangan murid-murid yang tinggal di pedalaman. Pelajar-pelajar pedalaman akan lebih mudah menguasai subjek Matematik dan Sains dalam bahasa ibunda.
- Masa pembelajaran untuk satu-satu kelas akan dapat dimanfaatkan dengan lebih berkesan. Ini kerana guru-guru tidak perlu menerang dalam dwi bahasa bagi sesetengah topik atau istilah yang sukar.
- Mengurangkan penggunaan kertas dan dakwat. Ini kerana sesiapa yang mengambil kertas peperiksaan versi PPSMI perlu membaca soalan dan menjawab dalam bahasa Inggeris sepenuhnya. Tidak ada lagi dwi bahasa.
- Orang ramai dapat melihat dan menilai perbezaan gred dan markah bagi kedua-dua versi subjek yang sama dan seterusnya dapat menguraikan konflik perbezaan pendapat mengenai keberkesanan PPSMI.
- Peluang pembelajaran yang lebih fleksibel. Memberi kebebasan kepada para pelajar untuk menentukan proses pengajaran dan pembelajaran yang hendak diikuti.
- Menentukan hala tuju mereka di peringkat universiti. Bagi pelajar yang sukar untuk mempelajari subjek Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris boleh memilih untuk meneruskan pengajian di institusi pengajian tinggi tempatan sahaja.
- Menambah bilangan subjek pilihan di peringkat UPSR, PMR dan SPM. Jika dahulu kita biasa melihat pelajar UPSR mendapat 5A, maka pada masa akan datang akan ada pula pelajar yang mendapat 7A dalam UPSR.
- Memberi peluang pekerjaan kepada guru-guru. Dengan bertambahnya bilangan subjek, maka peluang pekerjaan dalam sektor pendidikan akan turut bertambah bagi mengimbangi tenaga kerja yang digunakan. Ini pasti dianggap sebagai berita baik bagi graduan-graduan pendidikan yang masih menganggur.
|