Bonus 2 Bulan Gaji Dan Rumah Harga RM60,000-RM150,000
Dengan harga tanah yang semakin melambung tinggi, isu harga rumah kini menjadi satu perjuangan untuk rakyat. Ini kerana wujudnya golongan kaya-raya yang menjadikan rumah sebagai salah satu aset dalam pelaburan hartanah. Disebabkan permainan harga rumah ini, ramai golongan bergaji sederhana dan rendah tidak dapat memiliki rumah idaman mereka. Penguasaan ekonomi merupakan aspek yang sangat penting. Siapa yang menguasai ekonomi dan memiliki kesedaran mengenai saingan kuasa dan hak yang dapat dipatahkan dengan kekuatan ekonomi pada akhirnya akan dapat hidup selesa di muka bumi ini. Kini, pilihan raya semakin dekat, demokrasi yang menuntut desakan untuk menang oleh parti-parti politik dan ahli-ahlinya, merupakan satu peluang besar bagi pejuang-pejuang rakyat untuk membuat tuntutan.
CUEPACS tuntut enam perkara
KUALA LUMPUR 19 Sept. - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) menuntut enam perkara dalam pembentangan Bajet 2013 nanti.
Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, pertama, kerajaan harus mewajibkan pemaju membina 35 peratus rumah mampu milik bernilai antara RM60,000 hingga RM150,000.
Menurutnya, ia bagi memastikan lebih ramai rakyat termasuk kakitangan awam dapat membeli rumah di kawasan bandar kerana jika jarak pergi balik dari kediaman ke tempat kerja lebih 100 kilometer, ia tidak relevan dan tidak praktikal.
''Sekarang didapati hanya di kawasan luar bandar sahaja menawarkan rumah mampu milik, sedangkan ramai kakitangan awam bekerja di bandar.
''Justeru, diharap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dapat mempertimbangkan tuntutan tersebut kerana masalah ini bukan sahaja melibatkan kepentingan 1.4 juta kakitangan awam tetapi rakyat keseluruhannya," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi CUEPACS di sini hari ini.
Lima tuntutan lain pula adalah pemberian bonus dua bulan gaji, menyambung kontrak lebih 45,000 kakitangan awam yang akan tamat pada 31 Disember ini dan mengkaji semula imbuhan tetap perumahan.
Selain itu, mewujudkan semula Majlis Bersama Jabatan (MBJ) di peringkat Persekutuan serta penambahbaikan sistem perkhidmatan sekarang berikutan pembatalan Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) baru-baru ini.
Omar juga menggesa kerajaan agar mengkaji imbuhan tetap perumahan serta inisiatif kakitangan awam di Sabah dan Sarawak yang disifatkan sudah tidak relevan.
''Bayangkan masih ada yang menerima imbuhan perumahan serendah RM180 sebulan sedangkan harga rumah kini semakin mahal," ujarnya.
Sementara itu, ketika ditanya apakah jaminan CUEPACS sekiranya tuntutan tersebut diterima kerajaan, Omar memberitahu, pihaknya mencadangkan supaya kakitangan awam bekerja lebih masa 30 minit setiap hari iaitu masuk ke pejabat 15 minit lebih awal dan pulang 15 minit lewat daripada biasa.
''Jika kerajaan terima 70 peratus daripada enam tuntutan itu, kita akan bawa cadangan ini kepada Ketua Setiausaha Negara agar dapat dilaksanakan.
''Saya yakin semua kakitangan awam akan bersetuju dengan cadangan tersebut sekiranya Perdana Menteri menerimanya," katanya. RM60,

|