Cara Mengenal Simptom Gay Dan Lesbiam LGBT
Panduan kenali ciri gay, lesbian popular di Twitter
2:07PM Sep 13 2012
Menteri Pelajaran menyokong satu "garis panduan" kepada ibu bapa untuk mengenalpasti "simptom" gay dan lesbian pada anak mereka bagi mengambil langkah untuk membetulkan keadaan itu.
Berikut adalah panduan yang menggariskan empat ciri gay dan lesbian seperti dipetik akhbar Sin Chew Daily:
Simptom gay:
2:07PM Sep 13 2012
Menteri Pelajaran menyokong satu "garis panduan" kepada ibu bapa untuk mengenalpasti "simptom" gay dan lesbian pada anak mereka bagi mengambil langkah untuk membetulkan keadaan itu.
Berikut adalah panduan yang menggariskan empat ciri gay dan lesbian seperti dipetik akhbar Sin Chew Daily:
Simptom gay:
- Mempunyai badan sasa dan suka menunjukkan aset di badan (pakai baju v-neck, sleeveless)
- Suka memakai baju yang ketat dan fit mengikut tubuh dengan warna yang terang
- Lebih cenderung minat kepada lelaki
- Suka berjalan-jalan dengan membawa beg yang besar seperti beg perempuan
Simptom lesbian:
- Menunjukkan ketertarikan pada wanita
- Jaga jarak dan hubungan dengan wanita lain yang bukan pasangannya
- Lebih suka berteman untuk tidur, makan dan ke mana-mana dengan pasangan wanita
- Tidak mempunyai perasaan dengan mana-mana lelaki
Laporan akhbar itu menyebut, garis panduan itu juga memberi amaran bahawa perhatian segera perlu diberikan kepada anak-anak sekiranya menunjukkan "simptom" berkenaan.
Ia juga menyatakan, garis panduan itu diterbitkan oleh Yayasan Guru Malaysia Bhd, Majlis Rundingan Persatuan Ibubapa dan Guru Putrajaya yang mendapat sokongan Kementerian Pelajaran.
Ia dilancarkan dalam satu seminar di Pulau Pinang semalam, lapor akhbar itu.
Seminar mengenai usaha menangani isu lesbian, gay, biseksual dan transgender itu merupakan program anjuran Yayasan Guru Malaysia Bhd dan dirasmikian Timbalan Menteri Pelajaran Puad Zarkashi.
Pulau Pinang merupakan negeri keempat yang mengadakan seminar tersebut selepas Selangor, Kuala Lumpur dan Perak.
Program berkenaan merupakan seminar kesepuluh yang diadakan di negara ini.
Garis panduan berkenaan hari ini dikesan menjadi ulasan utama pengguna Twitter yang menggunakan kata kunci "Simptom seorrang gay" (#SymptomsOfBeingGay).
Hinggakan, kata kunci tersebut muncul sebagai trend paling popular di kalangan pengguna Twitter Malaysia hari ini.
Antaranya, seorang aktivis Pang Khee Teik yang menulis dengan nada ejekan bahawa garis panduan itu memudahkan golongan gay mencari pasangan.
"Sebelum ini saya kesunyian. Tapi dengan #SymptomsOfBeingGay saya sekarang boleh mencari gay lain. Terima kasih Menteri Pelajaran!," tulisnya.
Garis panduan itu juga diulas ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin yang mengakui bahawa beliau juga mengenakan baju sendat dengan kolar-V.
"Saya juga pakai baju sendat, kolar-V. Saya OK," katanya dengan kata kunci ejekan "Simptom seorang yang bodoh" (#SimptomsOfBeingStupid).
Cara Mengenal Simptom Gay Dan Lesbian (LGBT)
Melihatkan kepada gejala LGBT atau Lesbian , Gay , Bisexual dan Transgender yang semakin menjadi jadi di kalangan remaja di Malaysia yang sememangnya menyalahi norma kehidupan manusia itu sendiri dan dikutuk oleh agama Islam terutamanya, pihak Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengeluarkan satu garis panduan berkaitan simptom yang memungkinkan anak anak remaja menjadi seorang gay atau lesbian. Garis panduan ini dikeluarkan supaya ibu bapa dapat memantau anak anak mereka dari terjerumus ke arah tersebut.
Ianya bagi membendung remaja dari terlibat secara langsung atau tidak langsung kepada masalah tersebut dan membuat pencegahan awal supaya simptom ini tidak menjadi terlalu serius. Berikut merupakan garis panduan atau simptom simptom permulaan kepada masalah LGBT ini.
Gejala Lesbian :
- Tertarik kepada wanita;
- Selain sahabat perempuan mereka, mereka akan menjauhkan diri dari wanita lain.
- Suka bergaul, berkongsi makanan dan tidur bersama wanita.
- Tidak mempunyai perasaan kasih sayang pada lelaki.
Gejala gay :
- Mempunyai badan yang berotot dan suka menunjukkan otot badan mereka dengan memakai t-shirt leher berbentuk V dan pakaian tanpa lengan.
- Suka pakaian ketat dan berwarna.
- Tertarik kepada lelaki.
- Suka membawa beg tangan yang besar, sama seperti yang digunakan oleh wanita, apabila melepak.
Jika anak anak anda mempunyai salah satu atau lebih simptom simptom di atas, perhatian serius harus diberikan untuk membendung ianya dari menjadi penyakit dalam diri remaja.
|