Ayat-ayat Kesat, Kasar dan Lucah yang Disukai Di Facebook
Ayat-ayat Kesat, Kasar dan Lucah yang Disukai Di Facebook
Jalan Tujuh Pemikiran - Bahagian 3
Cetusan Penulisan: Amiene Rev (C) 2011
Jalan Tujuh Pemikiran - Bahagian 3
Cetusan Penulisan: Amiene Rev (C) 2011
Facebook boleh dikatakan salah satu daripada tiga laman sosial yang paling popular di dunia. Sejak beberapa bulan lalu aku dapat mengesan bagaimana profil-profil yang merujuk pada keratan dialog dalam filem-filem tempatan dan luar negara digunakan sebagai profil yang disukai oleh pengguna-pengguna Facebook. Profil-profil yang menggunakan perkataan kasar, kesat, biadab dan kadangkala lucah tersebut kemudiannya akan digunakan berulang-ulang kali oleh pengguna-pengguna Facebook.
Selepas pengguna Facebook mengklik butang "Like", perkataan-perkataan kesat ini pasti akan terpapar secara automatik apabila pengguna Facebook hendak menaip sesuatu di dinding status mereka atau pun di ruangan komen.
Kemudahan yang dibuat oleh Facebook ini ternyata secara tidak langsung mengundang para pengguna Facebook untuk memanfaatkan kata-kata kesat, kasar, biadang dan kadangkala lucah itu untuk ditujukan kepada orang lain.
Ini adalah perkembangan tidak sihat yang didapati semakin kuat menular di Facebook. Rakyat Malaysia yang terkenal dengan kesantunan dan budi bahasanya kini tidak segan silu menggunakan perkataan-perkataan kesat tersebut.
Setiap patah perkataan yang memiliki profil itu akan berwarna biru dan apabila diklik, pengguna yang mengklik perkataan atau ayat-ayat tersebut akan dibawa ke profil ayat-ayat tersebut, seterusnya mereka boleh mengklik butang "Like" dan selepas itu mereka juga boleh menggunakan ayat-ayat dialog tersebut.
Secara halus dan terperinci, kemudahan yang ada di dalam Facebook ini meracuni pemikiran pengguna-pengguna Facebook. Konsep kekebalan hati dan kegelapan hati mampu menghalang penularan penggunaan ayat-ayat dialog kesat ini daripada semakin menular.
Bagaimana pula seseorang pengguna itu mampu menghalang pengguna yang lain daripada terus menggunakan dialog-dialog kesat tersebut? Konsep memahami kegelapan hati adalah kunci untuk merawat situasi ini.
|