BLOG DUKE AMIENE REV

Rabu, November 25, 2009

Era Novelis 2010 - Amiene Rev and Nakama is going On Stage Again

Kehadapan sahabatku, tahun demi tahun, kita melalui zaman itu, seiring dengan kesibukan masa. Masa, masa dan masa. Sekian lama, untuk tahun 2009 ini, aku banyak bermain di belakang tabir. Namun suatu masa nanti, tirai tabir itu akan tersingkap jua. Mungkin zaman untuk memperkenalkan diri aku ke mata dunia secara realiti sudah tiba. 2009 adalah zaman memanaskan badan. 2010 adalah zaman untuk aku beraksi. Zaman memerhati sudah tamat. Zaman ini, aku sendiri akan berada di atas pentas. Maafkan aku, kerana terlambat sedikit memulakan perjuangan ini. Aku akan mengejar dengan kelajuan 200% kali ganda.


SLAMDUNK: Amiene Rev and Nakama
Kata orang, setiap orang memiliki impian hidup sendiri. Jadi orang yang bagaimanakah aku ini? Untuk tahun 2009, aku mengorbankan cita-citaku kerana menumpukan perhatianku terhadap 'anak-anak' yang tersayang. Tahun 2010, aku mahu mengejar apa yang aku korbankan demi 'anak-anak yang tersayang' pada tahun lalu dan memikirkan soal hidup dan cita-cita aku sendiri. 2010." - Amiene Rev