Anak-anak Ikan Betta Berenang-renang dan Bicara Tentang Adab
Pernahkah sesiapa di sini pergi ke Disneyland? Saya masih ingat suatu ketika dahulu Disney banyak menerbitkan filem-filem animasi yang berkaitan dengan moral manusia. Adab sopan. Di dalam cerita-cerita fantasi bermoral Disney, watak-watak baik digambarkan sebagai beradab sopan, manakala watak-watak jahat digambarkan sebagai biadab. Ah, lupakan beberapa perenggan tentang biadab, dan saya ingin berbicara tentang ikan-ikan kajian saya terlebih dahulu.
Sudah beberapa minggu, anak-anak ikan Betta kini sudah menyerupai ikan yang sebenar. Saya kini melepaskan anak-anak ikan tersebut ke dalam tangki ikan utama. Sementara itu, ikan Swordtail saya yang betina dan merupakan satu-satunya ikan yang terselamat dalam tragedi ikan melompat tidak lama dahulu kini akan dibawa pulang ke kampung.
Namun adakah nyawa seekor ikan lebih bernilai berbanding nyawa seorang manusia? Dalam dunia ini apabila orang bertanya kepada saya, "Betapa pentingkah seorang manusia yang beradab kepada kamu?"
Sehebat mana pun seseorang itu, dinilai bukan kerana ilmu dan kemahirannya, tetapi adab. Tanpa adab, sia-sialah segala ilmu dan kemahirannya. Orang yang memiliki ilmu dan kemahiran tetapi tidak memiliki adab adalah umpama najis yang diproses menjadi baja. Ada gunanya tetapi selalunya berbau busuk dan tidak menyenangkan.
Kesimpulannya orang-orang yang berilmu dan berkemahiran tetapi biadab umpama baja yang berbau busuk. Mereka berguna dalam bidang-bidang tertentu tetapi tidak menyenangkan hati dan kehidupan orang lain.

"Orang-orang yang berilmu dan berkemahiran tetapi biadab adalah umpama baja yang berbau busuk." - Amiene RevMemelihara ikan Guppy lebih mudah, tetapi saya suka dengan ikan Swordtail kerana rupanya mirip ikan Betta. Ikan-ikan Betta ini pula akan dihantar pulang ke kampung. Harga ikan-ikan Betta ini mahal, dan saya kira aset yang saya miliki dalam bentuk ikan kini adalah sekitar RM8,000.
Namun adakah nyawa seekor ikan lebih bernilai berbanding nyawa seorang manusia? Dalam dunia ini apabila orang bertanya kepada saya, "Betapa pentingkah seorang manusia yang beradab kepada kamu?"
"Jika ada satu orang yang beradab dan seribu orang yang biadab berada di dalam kebakaran. Maka saya akan menyelamatkan satu orang yang beradab itu terlebih dahulu. Ini kerana, orang yang beradab amat bernilai harganya, apa lagi jika mereka tahu mengenang budi dan jasa orang yang mendidik mereka. " - Amiene RevKiasan di atas menggambarkan betapa pentingnya adab dalam kehidupan. Saya lebih suka tinggal bersama-sama orang yang beradab, dan melihat orang-orang yang tidak beradab itu sama ada insaf dan berubah menjadi orang yang beradab atau mereka lenyap dari pandangan kehidupan saya.

|