BLOG DUKE AMIENE REV

Selasa, Mac 31, 2009

Air Terjun Di Kelantan - Kelantan Waterfalls

Lokasi Air Terjun di Kelantan Hutan Lipur Kelantan
Penulis: Amiene Rev (C) 2009

Anda bercuti. Anda berada di Kelantan. Kota Bharu, Kelantan. Anda inginkan ketenangan fikiran. Apa kata kita tinjau air terjun di beberapa tempat di Kelantan. Terdapat beberapa air terjun dan sungai yang popular di Kelantan, antaranya Jeram Linang atau juga disebut orang Jeram Lenang, Jeram Pasu, Air Terjun Stong atau Air Terjun Jelawang yang merupakan yang tertinggi di Asia Tenggara, Lata Berangin, Lata Rek dan juga Air Terjun Bukit Bakar. Namun begitu, di sini, saya cuma ingin mengulas hanya dua lokasi air terjun yang popular dan terdekat dengan Kota Bharu, iaitu Jeram Linang dan Jeram Pasu.

Air Terjun Jeram Linang - Linang Waterfall

Hutan Lipur Jeram Linang terletak sekitar beberapa kilometer dari Machang. Terdapat kemudahan seperti chalet, tapak perkhemahan dan rekreasi. Pelajar-pelajar sekolah sering berkunjung ke mari untuk berkhemah. Perjalanan ke Jeram Linang dari Kota Bharu dengan menaiki kereta, adalah sekitar 1-2 jam sahaja.

Air Terjun Jeram Linang
Kredit gambar: http://waterfallsofmalaysia.com

Di sekitar air terjun Jeram Linang, jika kita meletakkan kaki ke dalam air, akan ada ikan-ikan kecil datang menggigit kaki kita seperti di spa ikan. Kali terakhir saya pergi ke Jeram Linang ialah sekitar tahun 2000, maka saya sekarang kurang arif dengan keadaan di Jeram Linang. Apa yang saya ceritakan ini adalah berdasarkan pengalaman saya sekitar tahun 2000 dan sebelumnya.

Tempat-tempat Mandi Yang Tersusun di Jeram Linang
Kredit gambar: http://waterfallsofmalaysia.com

Kawasan untuk bermandi-manda di Jeram Linang sudah dibahagi-bahagikan kepada beberapa bahagian dengan kedalaman yang berbeza. Oleh itu, tidak kira kanak-kanak atau orang dewasa akan sama-sama dapat berenang dan menikmati kesejukan air yang berasal dari puncak Jeram Linang ini. Terdapat juga gelungsur air untuk anda bermain. Kemudahan sewa pelampung dan deretan kedai makan di sekitar air terjun juga akan membantu memenuhi keperluan anda.

Pintu Masuk ke Jeram Linang:
Kredit gambar: http://waterfallsofmalaysia.com

Jika anda ingin berjalan-jalan di sekitar kawasan hutan, terdapat kemudahan tangga bukit yang akan membawa anda menjelajah ke dalam hutan lipur Jeram Linang.


Air Terjun Jeram Pasu - Jeram Pasu Waterfall

Air Terjun Jeram Pasu yang terletak di antara Kota Bharu dan Pasir Putih, merupakan kawasan perkelahan yang terawal dibangunkan di Kelantan. Terdapat kolam mandi yang telah dibuat lebih awal untuk menampung air terjun. Terdapat juga sungai-sungai yang kadangkala terdapat banyak ikan emas. Seperti Jeram Linang, Jeram Pasu akan penuh sesak dengan ramai pengunjung pada waktu cuti. Pengunjung dari Kota Bharu akan dapat sampai ke Jeram Pasu sekitar 1-2 jam sahaja.

Pintu Masuk Ke Jeram Pasu
Kredit gambar: http://waterfallsofmalaysia.com

Sistem Pengaliran Air Terjun Yang Diubahsuai
Kredit gambar: http://waterfallsofmalaysia.com

Air Terjun Jeram Pasu yang asli
Kredit gambar: http://waterfallsofmalaysia.com

Salah satu tempat mandi kegemaran ramai di Jeram Pasu
Kredit gambar: http://waterfallsofmalaysia.com

Isnin, Mac 30, 2009

Lokasi Pusat Tenpin Boling di sekitar Kelantan Kota Bharu Bowling Centres

Lokasi Pusat Tenpin Boling In Kota Bharu, Kelantan
Tenpin Bowling Centres in Kota Bharu, Kelantan
Penulis: Amiene Rev (C) 2009

Kredit Gambar: www.skyscrapercity.com

Mutiara Bowl, merupakan pusat Tenpin Bowling terbaru di Kota Bharu, Kelantan. Terletak di Bangunan Billion yang merupakan salah satu bangunan pencakar langit di Kota Bharu, Kelantan. Terletak di aras 4 (atau 5) bersebelahan dengan pusat snooker. Bangunan Billion bersambung dengan Hotel Renaissance.

Bangunan Billion oleh helmyh

Pacific Bowl merupakan tempat bermain bowling paling popular di Kota Bharu, Kelantan. Terletak di tingkat 3 bangunan KB Mall merupakan pusat membeli belah yang sentiasa menjadi perhatian anak-anak muda di Kota Bharu, Kelantan. Pegawal-pengawal keselamatan akan sentiasa meronda di sekitar kawasan KB Mall bagi menjamin keselamatan pengunjung. Permainan snooker juga disediakan di aras 2 bangunan KB Mall.

Foto KB Mall oleh loghatkelantan.blogspot.com

Jika anda berminat untuk bertemu dengan orang-orang lama dalam permainan tenpin boling, anda bolehlah berkunjung ke Hotel Perdana. Pusat Boling yang terletak di Hotel Perdana ini merupakan pusat boling yang tertua di Kota Bharu, Kelantan.

Kredit Foto Hotel Perdana: www.cuti.com.my

Kota Bharu Pada Waktu Malam oleh raykinzoku.fotopages.com

Ahad, Mac 29, 2009

Akademi Fantasia 7 - Isma AF7 dan Hafiz AF7 peserta pilihan Amiene Rev

Akademi Fantasia 7 sudah bermula. Kata kunci temanya ialah "Transformasi." Jika diperhatikan pada dua-tiga konsert Akademi Fantasia Ke7 setakat ini, saya memang bersetuju untuk mengatakan bahawa transformasi memang sedang berlaku dalam Akademi Fantasia Ke-7.

Pertama dari segi pentas. Pentasnya nampak lebih hebat dan akan berubah dari semasa ke semasa. Selain itu terdapat juga ruang khas untuk membolehkan para peserta duduk dengan jarak yang lebih dekat dengan para hadirin dan sebaliknya. Kedua, tidak ada format atau tentatif program yang biasa seperti dalam Akademi Fantasia yang sebelum-sebelumnya. Tidak ada tarian penutup. Ketiga, dari segi pakaian atau kostum pelajar. Tidak ada kostum yang melampau-lampau seperti dahulu. Kebanyakan peserta memakai kostum yang ringkas tetapi mantap. Keempat, peserta-peserta Akademi Fantasia kali ini rata-rata kelihatan berani berdepan dengan para hadirin. Mereka yakin dan penuh dengan semangat. Kelima, sejarah sekali lagi terukir dalam dunia Akademi Fantasia apabila pengetua Akademi Fantasia 7 kali ini ialah seorang wanita yang memiliki prestij yang sangat tinggi dalam dunia seni, iaitu Dato' Tiara Jacquelina. Dato' Tiara Jacquelina juga nampaknya seorang yang mesra pelajar. Impaksnya tentu ada terhadap para peserta Akademi Fantasia 7 apabila seorang pengetua sentiasa berkomunikasi dengan cara yang lebih dekat dengan para peserta.

Oleh sebab saya jarang dapat menonton rancangan realiti Akademi Fantasia 7 ini secara langsung, maka saya pun tidak membuka topik-topik ulasan Akademi Fantasia 7.

Tiba-tiba ada pembaca Blog Duke Amiene Rev bertanya, "En. Duke tak nak ulas AF7 ke?"


Kemudian dua tiga minggu selepas itu, datang lagi e-mel dan komen, "Sir Amiene, bila nak ulas Akademi Fantasia 7? Dah mula dah ni."

"Amiene Rev tak nak komen pelajar AF ke? Nak tengok la macam mana opinion Amiene Rev pasal pelajar AF ni."

"Saya harap blog Duke Amiene Rev ni ada ulasan Akademi Fantasi Ke-7. Hari tu dah ada komen pasal Raja Lawak, sekarang ni musim Akademi Fantasia."

Dan komen, e-mel yang bertanyakan hal ini makin lama, makin bertambah. Maka...

Baiklah. Ini jawapan saya. Buat masa ni masih ada belasan pelajar Akademi Fantasia yang sedang bertanding, dan boleh dikatakan hampir semuanya bagus dan cemerlang. Sebenarnya saya jarang tonton Akademi Fantasia ni. Kalau saya tengok pun yang ulangan sahaja. Akademi Fantasia Ke-7 ni pada pandangan saya memang lain dari yang lain. Memang nampak sungguh bergaya, dan kostum yang dipakai oleh para peserta pun kelihatan direka secara profesional. Rekaan-rekaan bajunya ringkas dan para pemakainya tampak hebak.

Malam tadi pun saya sempat tengok empat atau lima peserta terakhir, antaranya yang saya ingat ialah Isma AF7 dan Hafiz AF7. Memang hebat. Tengah hari tadi saya sempat tengok yang depan-depan tapi belum tengok persembahan daripada kesemua peserta. Jadi, sebab tu saya pun belum buka topik mengenai Akademi Fantasia Ke-7 ini.

Kalau berdasarkan prestasi-prestasi peserta Akademi Fantasia Ke-7 pada minggu ke-2 dan minggu pertama, saya ada beberapa peserta pilihan.

Isma AF7 - Salah satu daripada dua peserta pilihan utama saya. Saya suka Isma AF7 sebab dia nampak matang, tidak terlalu menonjolkan diri, bercakap bila perlu dan bijak dalam menyampaikan persembahan. Isma AF7 nampak profesional, beliau tidak seperti peserta-peserta sebelum ini yang bila masuk ke AF7, terus makin lama makin malap dilanda kemurungan. Bagi saya, Isma AF7 dapat menjadikan Akademi Fantasia seperti rumahnya sendiri, dia basuh pinggan sambil menyanyi, berlatih dan menuntut ilmu. Saya suka semangat Isma AF7.

Hafiz AF7 - Salah satu daripada dua peserta pilihan utama saya. Keistimewaan Hafiz AF7 bukan sekadar pada rambutnya, tetapi cara dia menyampaikan sesebuah lagu, mimik mukanya yang bersemangat dan merendah diri, serta keyakinannya terhadap persembahannya. Apabila dia mula menyanyi, dia akan membawa lagu itu tanpa ada rasa terpaksa.

Selain itu Claudia AF7, Zizi AF7 dan Aril AF7 juga merupakan antara peserta pilihan kedua saya. Claudia mempunyai potensi untuk meningkat naik. Zizi dengan kelebihan suara 'rock' dan Aril yang memiliki semangat untuk tidak mudah kalah selain kelihatan selesa dan seronok dengan kehidupan di Akademi Fantasia.

Peserta-peserta yang lain pun memang bagus-bagus. Pendek kata selain Isma dan Hafiz, saya susah hendak membuat pilihan yang mana lebih cemerlang. Kualiti peserta-peserta Akademi Fantasia Ke-7 memang antara yang terbaik pernah dilihat.

Bagaimana pun ada beberapa faktor yang menyebabkan peserta-peserta Akademi Fantasia 7 yang tertentu tidak menjadi pilihan saya. Pertama, suka gosip dan bercakap kosong semasa di Akademi Fantasia. Tidak kira gosip yang baik atau gosip yang buruk, apabila seseorang peserta itu berada di akademi, maka dia perlu bersikap sebagai seorang pelajar. Yang paling saya kecewa, apabila saya melihat ada peserta-peserta yang duduk di depan kamera dalam Diari Akademi Fantasia dan menggosipkan peserta-peserta lain.

Adakah mereka lupa yang setiap perkataan mereka mengenai peserta-peserta lain itu akan didengar oleh para penonton di rumah? Kalau mereka hendak bercakap atau berbual-bual dengan kamera saya tak kisah. Sebab saya anggap itu satu cara untuk mereka meluahkan perasaan mereka, tetapi apabila mereka menggosip peserta-peserta lain di depan kamera, saya tak rasa itu benda yang menarik.

Saya lebih suka tengok peserta-peserta yang menghabiskan masa dengan berlatih, sama ada berlatih bersendirian atau berlatih dalam kumpulan, saling memberi semangat, saling melawak secara natural ketika waktu rehat atau bukan dalam masa latihan (masa latihan untuk berlatih dan bukan untuk suka-suka, gosip, berborak dan sebagainya).

Saya juga suka tengok peserta yang begitu tekun belajar, mencari jalan untuk menyelesaikan masalah yang mungkin timbul semasa persembahan mereka seperti masalah vokal, masalah penghayatan, masalah gerak tari dan sebagainya.

Peserta yang paling saya tidak suka ialah mereka yang suka bergosip, suka melawan atau memotong atau menyampuk cakap cikgu, suka mengacau kawan-kawan yang sedang tekun berlatih, suka bersedih atau memurungkan diri dan pemalas.

Rajin berlatih, kreatif, bergurau pada tempat yang sesuai, hormat cikgu, sentiasa positif dengan satu-satu tugasan yang diterima dan berusaha membuat persembahan terbaik di atas pentas merupakan ciri-ciri peserta pilihan saya.

Kalau ada peserta yang semasa di pentas bukan main bersungguh membuat persembahan tetapi semasa latihan dia ketawa, dia main-main dan lebih teruk malas berlatih, maka, biar pun sesedap mana pun vokal dan persembahannya, saya tetap rasa dia bukan pelajar Akademi Fantasia pilihan utama saya.

Jadi, begitulah ulasan saya untuk program realiti Akademi Fantasia 7. Kalau ada pembaca yang ingin lihat saya mengulas persembahan Akademi Fantasia ke-7 pada entri-entri yang akan datang, saya minta maaf sebab saya tidak dapat memberi jaminan. Ini kerana saya sekarang lebih fokus terhadap kerjaya saya.

Sabtu, Mac 28, 2009

We Want Malay in Google Language Tools

WE WANT MALAY / BAHASA MELAYU IN
GOOGLE LANGUAGE TOOLS
Usaha Memperkasakan Bahasa Melayu Di Peringkat Global
Penulis: Amiene Rev (C) 2009


saiz imej: 150 px persegi

Di dalam Google Language Tools setakat ini cuma ada Bahasa Indonesia atau Indonesian sebagai pilihan alternatif untuk terjemahan ke Bahasa Melayu. Namun Bahasa Melayu tidak sama sepenuhnya dengan Bahasa Indonesia. Apa kata kita dorong pihak Google dan Blogger untuk wujudkan pilihan terjemahan Bahasa Melayu ke Bahasa Inggeris dan lain-lain bahasa dan sebaliknya di Language Tools? Untuk tujuan itu, saya telah mereka beberapa poster kecil berkaitan dengan sokongan terhadap usaha mewujudkan fungsi terjemahan bahasa Melayu ke bahasa asing dan sebaliknya untuk dipaparkan di blog masing-masing. Mari kita letak imej ini di blog masing-masing. Buat blogger-blogger sekalian, anda boleh salin, muat turun, simpan dan papar imej-imej yang tertera perkataan "We want Malay / Bahasa Melayu to be available for translation in Language Tools" di blog masing-masing. Kita akan cuba usulkan perkara ini kepada pihak Google.


Wujudkan Persatuan Bahasa Melayu di setiap Universiti di Luar Negara

Bahasa Melayu mempunyai potensi untuk dimajukan sebagai satu bahasa yang digunakan secara global. Salah satu cara untuk memperkenalkan bahasa Melayu di peringkat global ialah dengan menggalakkan pelajar-pelajar kita di luar negara untuk membuka Persatuan Bahasa Melayu di setiap universiti yang terdapat pelajar-pelajar dari Malaysia.

Topik-topik seperti sajak, pantun, gurindam, syair dan sebagainya boleh diajar kepada pelajar-pelajar asing di universiti terbabit. Asas komunikasi dalam Bahasa Melayu juga merupakan satu subjek yang boleh ditekankan dalam kelas-kelas bahasa Melayu.

Bagi memudahkan pelajar-pelajar kita di luar negara mempelajari dan memahami penggunaan Bahasa Melayu, adalah wajar jika pihak pengajar di negara kita cuba menyusun panduan dan modul pengajaran asas Bahasa Melayu yang mudah untuk digunakan oleh para pelajar kita di luar negara, dalam usaha untuk membantu mengajar pelajar-pelajar berbangsa asing untuk mempelajari bahasa Melayu.

Jangan lupa, kita juga sudah ada Kamus Dewan dalam talian. Untuk maklumat lanjut mengenai kamus berbahasa Melayu di internet sila klik di sini.



saiz imej: 165 px persegi

Khamis, Mac 26, 2009

Teori Evolusi Bahasa Ibunda - Bangsa Megris

Kata seorang saintis evolusi, manusia berasal daripada beruk. Maka, jika benar manusia berasal daripada beruk, maka bahasa ibunda manusia ialah bahasa beruk. Namun pendapat saintis itu ternyata salah dan berjaya dipatah-patahkan dengan pelbagai penemuan saintifik berasaskan Al-Quran.

Kata orang, bahasa ibunda ini ialah bahasa nenek moyang kita. Jika kita orang Melayu, maka bahasa ibunda kita ialah bahasa Melayu. Namun Melayu hari ini tidak lagi tulen seperti dulu. Ada Melayu kacukan dengan kaum atau bangsa lain. Ada Baba dan Nyonya. Ada kaum Serani. Ada juga Anak Mami.

Saya juga anak kacukan Melayu dan Eropah. Namun saya tetap sokong penggunaan bahasa Ibunda dalam pengajaran Sains dan Matematik. Adakah pernyataan ini berbaur sentimen? Sama sekali tidak. Sebab saya rasa sejak saya belajar Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris di universiti tempoh hari (sebelum saya bergelar graduan), saya terpaksa jadi orang putih. Saya berfikir dengan menggunakan bahasa orang putih. Kemudian saya menghadapi satu masalah yang besar. Saya cenderung berfikir dalam bahasa Inggeris.

Apabila saya fikir-fikirkan semula, barangkali pengajaran dan pembelajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris telah mengaktifkan domain-domain Inggeris dalam sel-sel otak saya. Saya kini semakin hampir menjadi orang Inggeris.

Orang kata, kalau kita cenderung bercakap bahasa Inggeris, maka kita juga akan menjadi orang Inggeris. Dalam erti kata lain, Melayu saya sudah hampir pupus. Tidak lama lagi saya akan jadi bukan Melayu. Nama saya pun sudah tukar. Bangsa saya pun sudah tukar. Cuma agama masih kekal.

Saya rasa saya makin mengarut. Orang putih sudah berjaya menjajah. Saya mahu berhenti menulis dan menenangkan diri, dan mencari identiti sebagai seorang Melayu. Haiya. Saya rasa negara kita ini patut ada bangsa baru yang dipanggil sebagai Megris.

Bangsa Megris ini ialah bangsa Melayu yang bercakap dan berfikir dalam bahasa Inggeris. Cantik juga nama bangsa Megris ni. Saya tidak tahu sama ada saya sedang menyindir atau sedang sakit hati atau sedang geli hati. Apa pun barangkali inilah yang dinamakan frustration. Oh, saya sudah bercakap dalam bahasa Inggeris.

Mungkin saya sedang berevolusi menjadi bangsa Megris. Bahasa Melayu yang bercakap dan berfikir dalam Bahasa Inggeris.

NOTA: Istilah bangsa Megris ialah ciptaan Amiene Rev yang merujuk kepada bangsa Melayu yang mempraktikkan amalan berfikir dan berinteraksi dengan menggunakan bahasa Inggeris. Oleh itu, anda tidak akan temui definisi perkataan ini di dalam kamus. Untuk melayari Kamus Bahasa Melayu atau Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka secara online sila klik di sini.

Rabu, Mac 25, 2009

Selepas 9 Tahun... Sekolahku

Dulu, saya berjanji kepada diri saya. Apabila genap 9 tahun, saya akan kembali semula ke sekolah lama saya. Dan kini, saya kembali. Menunaikan janji terhadap diri saya sendiri. Saya memandu kereta sport hitam saya ke perkarangan sekolah. Waktu itu waktu petang, sebab saya belum bersedia untuk menjadi budak nakal tetapi jujur dan cemerlang yang disayangi cikgu-cikgu seperti dahulu. Saya tersenyum mengingati zaman persekolahan dahulu.

Sekolah ini
ada nostalgia
jadi ingatan kini
guru-guru lama semakin tiada
cuma jasa terukir di dinding
dan bayangan memori
mengenangkan insan-insan penting
buat diriku

-Amiene Rev-

Segala-galanya sudah berubah. Saya mengunjungi kelas tingkatan terakhir saya. Sudah tidak ada. Saya mengunjungi kelas saya semasa saya di tingkatan empat. Masih ada. Saya dapati, peralatan sekolah sudah uzur. Saya menjenguk ke belakang sekolah. Saya lihat hampir semuanya sudah berubah. Ada bangunan-bangunan baru. Saya menjenguk ke persekitaran surau pula. Surau masih seperti dulu.

Saya meninjau pagar-pagar kawat yang dahulunya menjadi pintu keluar haram bagi pelajar-pelajar sekolah yang mahu ponteng sekolah. Tembok-tembok sudah ditinggikan, tetapi masih ada kesan kawat-kawat yang telah dipotong. Dulu, cikgu-cikgu sekolah berkejar-kejar dengan pelajar-pelajar ponteng hingga ke kawasan rumah-rumah kampung di belakang sekolah. Saya menggeleng kepala mengingati zaman itu. Saya tahu, saya tidak termasuk dalam golongan pelajar yang ponteng sekolah. Tidak pernah sekali pun. Saya juga tidak tahu di mana pelajar-pelajar sekolah yang terdahulu yang suka ponteng sekolah. Mereka hilang begitu sahaja.

Kemudian, saya pergi melihat senarai nama guru-guru sekolah. Hampir semuanya guru-guru baru. Guru-guru lama cuma tinggal beberapa orang. Tiba-tiba saya melihat kelibat ustaz yang mengajar saya semasa di peringkat SPM. Saya cepat-cepat bersalam dan mencium tangannya.

Ustaz gembira melihat saya. Dia melihat badan saya yang semakin tinggi dan sasa, lalu dia pun memicit-micit daging bahu saya yang berisi. Ustaz gembira melihat diri saya yang semakin sihat dan kuat. Sembilan tahun berlalu pasti banyak perubahan telah berlaku ke atas diri saya. Kebetulan hari itu ada latihan silat di belakang sekolah. Lalu saya pun meluangkan masa di gelanggang silat. Ustaz saya ini merupakan guru penasihat silat di sekolah.

Saya difahamkan oleh jurulatih silat bahawa silat kini juga menggunakan kaedah berpusatkan pelajar. Nampaknya teknik pengajaran dalam dunia persilatan juga sudah maju. Teori-teori pembelajaran yang biasa digunakan dalam bidang akademik, turut digunakan dalam dunia persilatan.

Nampaknya sekolah saya tidak sekadar berubah rupanya. Guru-guru lama yang masih ada juga telah berubah rupa. Semakin berusia. Saya terus mencari-cari memori silam. Apabila saya melihat satu-satu lokasi di sekolah, saya seolah-olah dapat melihat kembali dunia persekolahan saya yang lalu. Saya nampak rakan-rakan sekolah saya, guru-guru yang pernah mengajar saya, dan rupa sekolah saya yang pernah saya kenal pada ketika itu.

Rupa-rupanya, ingatan ini tidak pernah padam. Segala-galanya sedang kembali. Segala-galanya, berkaitan dengan ingatan dahulu. Zaman persekolahan saya.

Selasa, Mac 24, 2009

Kamus Dewan Online Percuma DBP

Laman Web Kamus Internet Bahasa Melayu Dewan Bahasa dan Pustaka
Penulis: Amiene Rev (C) 2009

Mungkin ramai yang belum sedar mengenai kewujudan kamus-kamus berbahasa Melayu dalam talian keluaran Dewan Bahasa dan Pustaka di internet. Kamus DBP Online ini sebenarnya sudah lama wujud dan boleh membantu sesiapa sahaja yang berminat untuk mempelajari Bahasa Melayu dengan cara yang lebih canggih dan mudah. Kepada sesiapa yang berminat untuk mempelajari Bahasa Melayu, di bawah ini adalah senarai
kamus Bahasa Melayu online yang boleh dilayari menerusi laman web berikut:

Alamat Laman Web: Rujukan Kamus Terbitan DBP


Kamus Bahasa Melayu Online Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM DBP)
Anda juga boleh menggunakan laman web Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM) untuk mencari maklumat untuk satu-satu perkataan. Lebih menarik apabila anda juga akan dapat mencari peribahasa, pantun atau puisi yang berkaitan dengan satu-satu perkataan.

Alamat laman web Pusat Rujukan Persuratan Melayu
Dewan Bahasa dan Pustaka:

http://prpm.dbp.gov.my

Teknologi Kamus Bahasa Melayu semakin canggih!

DAFTAR KATA: Rujukan Kamus Terbitan DBP Malaysia - Kamus Online Bahasa Melayu Percuma, Kamus Pelajar Online - Kamus Dewan Dalam Talian - Kamus Peribahasa Melayu - Kamus Simpulan Bahasa - Malay Dictionary - Dewan Dictionary - Dewan Bahasa dan Pustaka - Pusat Rujukan Persuratan Melayu - PRPM - Kamus Definisi Istilah Melayu - Kamus Daftar Kata Istilah Melayu Online - Kamus Dalam Talian - Enjin Carian Perkataan Maksud Bahasa Melayu - Definisi Perkataan Bahasa Melayu - Definisi Istilah Bahasa Melayu - Maksud Simpulan Bahasa - Kamus Maksud Simpulan Bahasa - Kamus Bahasa Malaysia Percuma - Kamus Bahasa Melayu Percuma - Kamus Dewan Percuma - Kamus Elektronik Bahasa Melayu - Website Kamus Dewan - Website Kamus Melayu

Pengorbanan Ini Kecil Sahaja

"Kami rela berkorban demi Bahasa Ibunda kami, demi budak-budak yang berada di pedalaman. Sebab kalau dengan mengembalikan Bahasa Ibunda sebagai bahasa pengantar Matematik dan Sains dapat membantu ramai pelajar pedalaman untuk menguasai subjek Sains dan Matematik, kami sanggup berkorban. Pengorbanan ni kecil sahaja.

Kami tak kisah biarpun ada di kalangan pelajar sekolah yang takut bila PPSMI nak dimansuhkan. Mereka takut sebab mereka dah biasa belajar dalam Inggeris, jadi bila pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik balik semula ke bahasa ibunda mereka, mereka dah tak boleh ikut sebab tak biasa. Itu sebab mereka menghafal. Menghafal macam robot.

Kalau kami, kami tak kisah. Mungkin mula-mula kami tak dapat ikut tapi selepas tu kami boleh ikut punya. Sebab kami pun hari-hari bercakap dalam bahasa ibunda kami sendiri. Satu hari, dua hari, seminggu dah boleh faham dah.

Kami percaya, Tuhan akan tolong kami. Tuhan akan tolong bangsa yang mempertahankan bahasa bangsanya sendiri. Kami yakin, cikgu-cikgu kami, pensyarah-pensyarah kami akan bantu kami untuk menguasai Matematik dan Sains dalam bahasa ibunda kami.

Sebab kami tahu tujuan kami belajar Matematik dan Sains bukan untuk hafal konsep tetapi untuk faham konsep. Kalau kita dah faham konsep, bagilah bahasa makhluk asing sekali pun kita tetap boleh selesaikan masalah matematik atau sains. Sebab matematik ni bukan subjek menghafal."
Kata-kata di atas sungguh mengharukan apabila diucapkan oleh pelajar sekolah dan mahasiswa sendiri. Mereka faham tujuan belajar Matematik dan Sains bukan untuk disuap tetapi untuk berdikari. Mereka tahu pemikiran logik matematik dan pemikiran saintifik boleh terbentuk apabila mereka berfikir secara logik matematik dan saintifik. Apabila mereka memiliki pemikiran seperti ini, maka tokoh-tokoh matematik seperti Gauss, Einstein dan Al Khawarizmi boleh dilahirkan.
"Jika selepas PPSMI dimansuhkan, ramai pelajar Melayu tidak boleh memahami subjek Sains dan Matematik dalam bahasa ibunda mereka, maka bagaimana mereka mahu mengajar subjek Sains dan Matematik kepada bangsa mereka sendiri dalam bahasa ibunda mereka sendiri? Dalam erti kata lain, penjajahan sekali lagi telah berlaku sejak PPSMI dilancarkan."- Amiene Rev.
Seseorang yang sudah memiliki pemikiran matematik mampu merekabentuk model pennyelesaian masalah secara logik dan mencipta rumus matematik untuk menyelesaikan satu-satu masalah. Dalam erti kata lain, matematik itu sendiri adalah satu bahasa penyelesaian masalah logik yang unik. Jika kita tidak percaya cuba teliti hikmahnya kenapa semua nombor 1 memiliki bentuk yang lebih kurang sama dalam pelbagai tamadun. Matematik itu sendiri adalah satu cara untuk menyatu-padukan bangsa.

Ahad, Mac 22, 2009

Tips Untuk Pemain Baru Travian Online - Belajar Tentang Diplomasi dan Politik Sebenar

Tips Untuk Pemain Baru Travian Online
Belajar Tentang Diplomasi dan Politik Sebenar

Penulis: Amiene Rev (C) 2009

Dunia Politik Travian VS Dunia Politik Malaysia - Permainan Travian sebagai satu cara untuk merancang strategi bagi menghadapi situasi politik dunia nyata
Seimbas lalu, saya mengingati peristiwa perhimpunan GMP menghantar memorandum kepada baginda sultan tempoh hari umpama salah satu babak dalam Travian. Konsep permainan Travian yang mirip dunia politik sebenar menjadikan Travian begitu popular di kalangan golongan korporat dan profesional. Jangan terkejut jika anda dapati ada pemain-pemain Travian terdiri daripada mereka yang memiliki kedudukan atau jawatan yang penting dalam pelbagai sektor ekonomi dan industri di dunia nyata.
Dapatkan maklumat lanjut tentang permainan browser online Travian dengan klik di sini.

BERITA 20 Mac 2009: Speed Server Travian Malaysia Kini Dibuka - 3X Speed

Speed Server Travian Malaysia telah pun bermula pada hari Jumaat bersamaan 20 Mac 2009 jam 00.01. Speed Server Travian memiliki kelajuan masa tiga kali ganda berbanding server Travian biasa. Dalam erti kata lain, segala aktiviti, produktiviti dan pembangunan akan berjalan tiga kali ganda lebih pantas. Bagi pemain yang suka bermain Travian secara pantas, Speed Server Travian Malaysia adalah pilihan anda. Dapatkan maklumat lanjut tentang permainan browser online Travian secara klik di sini.

Apa yang anda perlu tahu mengenai permainan Travian? Persamaan Travian dengan MySpace, Facebook dan Friendster Dalam Mempengaruhi Dunia Politik Semasa

Apabila anda mendaftar di Travian, anda akan mendapat satu akaun atau profil untuk memperkenalkan diri anda. Anda boleh berkenalan atau berperang atau berdagang. Ada pemain yang serius dan ada pemain yang tidak serius dalam permainan Travian. Permainan yang serius akan melibatkan diri dalam sebarang aktiviti atau isu semasa yang berlaku dalam Travian. Pemain yang tidak serius sekadar bermain untuk menemui rakan-rakan kenalan siber yang baru.

Dapatkan maklumat lanjut tentang permainan browser online Travian secara klik di sini.

Sesiapa yang mahu menceburi bidang politik dan ekonomi patut mencuba permainan Travian ini. Seperti dunia politik sebenar, anda sendiri yang mengawal manusia-manusia sebenar (dari serata dunia termasuk Malaysia, Indonesia, Singapura dan Brunei).

Permainan Travian berlandaskan teori politik, perdagangan, peperangan, organisasi dan diplomasi dalam masa nyata. Kesetiaan, kerjasama dan kebijaksanaan merupakan tiga perkara penting dalam permainan Travian. Kebanyakan pemain yang kesunyian kini mendapat sahabat menerusi permainan Travian. Ini adalah soal kepercayaan antara pemain.

Namun elemen-elemen bekerjasama dan berpasukan dalam organisasi serta kemahiran untuk memimpin berpuluh-puluh ke beratus-ratus pemain dalam Travian merupakan perkara yang paling penting untuk diterjemahkan ke dunia nyata.


Tips Untuk Pemain Baru Dalam Permainan Browser - Travian Online

Anda pemain baru dalam Travian, anda diberi masa beberapa hari 'perlindungan pemain baru' untuk mengelakkan diri anda daripada diserang pemain lain. Dalam tempoh ini, anda perlu menguatkan beberapa bangunan penting seperti bangunan utama, gua dan tembok. Bangunan utama untuk mempercepatkan proses pembinaan bangunan-bangunan lain. Gua untuk menyembunyikan sumber-sumber di kampung anda daripada ditemui dan dirampas oleh perompak-perompak. Tembok pula adalah untuk menguatkan pertahanan kampung anda daripada mudah diserang oleh pihak musuh.

Dapatkan maklumat lanjut tentang permainan browser online Travian secara klik di sini.

Panduan Untuk Mengelakkan Serangan Berterusan Daripada Pihak Penyerang - Avoid Being Farm

Di bawah ini ada dibincangkan beberapa strategi untuk para pemain baru Travian online untuk mengelakkan diri daripada menjadi sasaran penyerang-penyerang. Pemain-pemain dalam Travian memiliki pelbagai sifat seperti di dunia nyata juga. Ada yang suka berperang, ada yang suka berdamai, ada yang mahu menjadi ketua, dan ada yang lebih suka menjadi pengikut. Ada pula yang suka bertindak secara sendirian, dan ada juga yang suka bergerak secara berkumpulan. Ada yang jujur dan ada pula yang mempunyai niat terselindung. Ada yang bijak dan ada yang tidak matang. Ada yang taksub dan ada juga yang bijak mengawal emosi.

Kepentingan Diplomasi Dalam Permainan Travian Online
Permainan Travian menuntut kesabaran dan kebijaksanaan. Jika anda seorang yang suka mengutuk, memaki hamun atau melakukan provokasi kepada pihak musuh, anda berkemungkinan akan terus menjadi mangsa serangan.

Pihak menyerang biasanya akan menghormati anda jika anda menunjukkan rasa hormat anda kepada pihak penyerang. Mereka akan berhenti menyerang anda apabila anda meminta supaya dihentikan segala bentuk serangan ke atas kampung anda.

Kesilapan besar pemain kecil ialah melakukan provokasi kepada penyerang seperti menghantar mesej-mesej yang menyakitkan hati; menyindir, menghina, memaki hamun, menghasut atau mencabar penyerang.

Akibatnya kampung pemain baru itu ditarbil sehingga menjadi padang jarak padang tekukur. Dalam kes yang lebih teruk, pemain penyerang akan menghubungi pihak Multihunter untuk menghukum pemain baru yang bersikap kurang ajar itu.

Begitu juga dengan penggunaan simbol-simbol emosi atau emotikon yang biasa digunakan dalam SMS. Penyalahgunaan simbol-simbol ini semasa menghantar InGame Message atau IGM akan menyebabkan anda diserang. Pihak penyerang mungkin menganggap anda sebagai seorang yang menjengkelkan dan perlu diserang sehingga anda meninggalkan dunia Travian.

Dapatkan maklumat lanjut tentang permainan browser online Travian secara klik di sini.

Persekutuan Besar atau Persekutuan Kecil?
Salah satu cara yang biasa digunakan oleh pemain-pemain baru untuk kekal selamat dalam permainan Travian ialah mencari dan menyertai persekutuan yang ada di dalam Travian untuk berlindung. Persekutuan ini adalah satu persatuan atau kelab yang dianggotai oleh berpuluh-puluh orang pemain yang bergabung tenaga untuk saling bantu-membantu. Seperti struktur parti politik, atau persatuan, akan ada pemain yang dilantik sebagai ketua, penolong ketua, utusan, raja, menteri-menteri, presiden, Perdana Menteri, Agung, Maharaja, Kage, panglima, Caesar, VIP, bendahari, laksamana, leftenan dan sebagainya.

Persekutuan besar atau kecil bukanlah satu perkara penting dalam Travian. Ramai pemain menganggap dengan menyertai persekutuan besar yang dianggotai oleh pemain-pemain senior akan membantu menyelamatkan diri mereka. Ini silap. Persekutuan besar selalunya berperang dan oleh itu mereka akan mencari dan menerima pemain-pemain yang memiliki populasi yang tinggi atau bilangan kampung yang banyak juga. Ini kerana jika mereka menerima pemain baru, pemain baru itu berkemungkinan besar akan menjadi sasaran pertama pihak musuh apabila mereka berperang dengan persekutuan lain.

Pemain baru dinasihatkan mencari persekutuan baru yang kecil dan dipimpin oleh pemain yang bijaksana. Anda boleh mengenali pemimpin yang bijaksana dengan berbual-bual menerusi InGame Message atau IGM. Perhatikan cara mereka menjawab soalan-soalan anda. Jawapan mereka akan menentukan sama ada mereka ini pemimpin yang baik dan berkomitmen atau tidak matang.

Pemimpin persekutuan baru yang bijak akan mampu menaikkan kedudukan persekutuan dalam masa yang singkat. Kemudian pemimpin persekutuan baru ini akan cuba menggabungkan persekutuan mereka ini dengan mana-mana persekutuan besar yang sedia ada sebagai konfederasi atau sokongan (wing). Dengan cara ini secara automatik ahli-ahli dalam persekutuan mereka akan berada dalam keadaan yang lebih selesa.

Oleh itu jangan berputus asa jika anda tidak dapat masuk ke mana-mana persekutuan besar, kerana apa yang penting dalam permainan Travian ialah anda berusaha mencari pemimpin atau tokoh-tokoh pemain yang boleh membimbing anda dan rakan-rakan seperjuangan anda ke tahap yang lebih tinggi.

Kaedah pentadbiran dalam Travian terpulanglah kepada ketua pemain. Ada persekutuan yang keras dan tegas dalam perlaksanaan undang-undangnya. Ada persekutuan yang rapuh dan tidak jelas matlamatnya. Ada persekutuan yang suka merompak dan menggalakkan ahli-ahlinya merompak. Ada persekutuan yang suka menggunakan kaedah perdagangan dan menggalakkan ahli-ahlinya berdagang. Ada persekutuan yang langsung tidak peduli apa yang berlaku dalam dunia Travian, dan mereka sekadar bermain untuk menghilangkan kesunyian dengan mencari teman-teman baru seperti juga mereka bermain di Friendster, MySpace, Facebook dan sebagainya.

Permainan Travian ini juga akan menyedarkan anda tentang betapa pentingnya mencari dan menyokong pemimpin yang adil dan saksama. Ada pemain yang gila kuasa, ada pemain yang jujur dan ikhlas memimpin pengikut-pengikutnya dan ada juga pemain yang menjadi pemimpin kerana mahu menjaga kepentingan diri.

Sekiranya anda pemain baru, anda perlu kenal situasi anda sebagai pemain. Adakah anda pemain baru yang aktif atau kurang aktif bermain. Jika anda pemain baru yang aktif, anda boleh memohon untuk masuk ke mana-mana persekutuan yang aktif. Jika anda pemain yang kurang aktif, anda perlu mencari persekutuan yang kurang aktif atau kurang tegas. Ini kerana persekutuan yang aktif selalunya akan menghukum anda sekiranya anda tidak aktif. Bagi mereka, anda umpama pekerja yang pemalas yang bekerja di sebuah syarikat yang aktif dan produktif. Mereka tidak mahu pekerja yang malas dan mereka akan membuang anda dari persekutuan apabila didapati anda jarang-jarang online.

Lebih teruk, apabila pihak persekutuan akan mula berasa curiga dengan anda dan menganggap anda sebagai perisik yang dihantar oleh persekutuan lain.

Dapatkan maklumat lanjut tentang permainan browser online Travian secara klik di sini.

Sitter - Penjaga Akaun
Tidak semua orang boleh berada di depan komputer atau laptop untuk mengawal keadaan di Travian. Anda digalakkan mencari pemain atau individu yang boleh dipercayai untuk menjaga akaun anda semasa anda tidak ada di depan komputer. Sitter atau penjaga akaun ini merupakan kaedah paling berkesan untuk menangani masalah pemain tidak aktif.

Sitter atau penjaga akaun ini bertanggungjawab memastikan sumber-sumber di kampung anda tidak melimpah keluar dari gudang atau jelapang. Jika ada peluang untuk membangunkan bangunan baru atau meningkatkan keupayaan senjata atau perisai, maka gunakanlah sumber tersebut seberapa segera.

Berbeza dengan permainan online yang lain, Travian tidak memerlukan anda berada di depan komputer sepanjang masa. Permainan ini seperti kita membuka e-mel atau laman web sosial yang lain seperti Friendster, Facebook dan sebagainya.

Jika anda biasa bermain permainan seperti Football Manager, anda tentu tahu bagaimana permainan Travian ini berfungsi. Permainan ini menguji kemahiran menguruskan sesuatu masalah secara realiti.

Kesabaran, pengurusan emosi yang cemerlang dan personaliti yang baik akan menjamin anda untuk menjadi seorang yang sangat popular dalam dunia Travian. Jadi apa bezanya dunia politik di dalam Travian dengan dunia politik yang sebenar.

Berminat untuk mencabar diri anda bermain Travian? Klik di sini.

Prinsip Seorang Pendidik - Amiene Rev

"Saya mahu hidup sebagai seorang Pendidik dan mati pun sebagai seorang Pendidik" - Amiene Rev.

Khamis, Mac 19, 2009

Minat Menulis Novel Sudah Balik

Setelah beberapa bulan bergelumang dengan perjuangan dan kepakaran dalam bidang lain, akhirnya fokus saya kembali ke dunia penulisan. Memang susah hendak mencipta perasaan seperti ini. Sebab kini, saya sudah dapat membiasakan diri dengan keadaan di sini, maka saya temui beberapa tempat yang baik untuk bersendirian dan menulis novel.

Dahulu memang saya cukup tidak selesa dengan keadaaan panas dan hingar-bingar. Bilik tempat saya menjalankan aktiviti penulisan selama ini memang mudah berwap seperti sauna. Saya tidak pernah pergi ke sauna untuk mandi wap tetapi berdasarkan pengamatan saya mengenai keadaan bilik sauna di sebuah negara Arab, maka saya dapati bilik saya ini memang sesuai dijadikan bilik sauna.

Wap-wap akan terperap di dalam bilik. Di luar bilik saya terdapat tumbuhan-tumbuhan keladi gergasi yang menghalang peredaran angin. Jika hendak mengeluarkan wap-wap air yang terperap dalam bilik ini, maka saya perlu menggunakan kipas besar untuk memudahkan pengaliran udara keluar dan masuk.

Sejak beberapa hari ini saya suka menghabiskan masa terluang di tempat tertentu. Dari situ, perlahan-lahan saya dapati kesediaan saya untuk menulis sudah kembali. Saya memang tidak boleh tahan dengan suhu panas di dalam bilik saya. Mata seolah-olah kering dan kelopak mata hampir melekat pada biji mata. Rambut dan kepala panas sehingga menyebabkan darah-darah di kepala seakan-akan sudah kering. Penglihatan menjadi lemah dan salur-salur darah di dalam mata menjadi sangat panas. Biji mata seolah-olah baru lepas direndam di dalam air panas. Air mata tidak mampu mengalir biarpun mata terasa pedih.

Pada malam hari pula musang-musang akan menari-nari di atas bumbung. Musang bersaiz besar yang datang dari hutan bersebelahan. Tidak boleh dikatakan baik kerana salah seekor daripada musang ini telah membaham seekor ayam di rumah saya.

Saya akan kembali menulis. Yakin pada diri. Tidak ada sesiapa pun yang sempurna. Walaupun karya saya ini bukan sesuatu yang sempurna atau yang terbaik, tetapi saya yakin dengan hasil penulisan saya. Jika di dunia perfileman ada filem yang dihasilkan sebagai filem popular dan ada juga filem 'cult'. Dunia penulisan juga begitu.

Saya menulis untuk kelompok tertentu, jadi saya tidak peduli sangat sama ada karya saya ini laris atau pun tidak. Laris atau tidak bukan lagi faktor saya. Sebab kalau pemasaran yang dibuat serba tak kena, karya yang bagus juga akan terperap di stor dan tidak dapat diulangcetak. Saya adalah seorang penulis novel yang percaya kepada karya saya kerana ada mesej dan ada jalan cerita yang saya yakini sudah memiliki tempat dalam pasaran. Segala-galanya bergantung kepada bagaimana strategi jualan.

Tugas saya sebagai penulis, ialah menyuarakan apa yang saya perjuangkan dan apa yang saya percaya dan dokong sebagai prinsip saya sebagai seorang karyawan. Perjuangkan ini dulu. Selepas siap menulis baru fikirkan soal rekabentuk dan lain-lain. Fokus pada matlamat. Alam pekerjaan mengajar saya erti keutamaan dalam tugasan.

Ya! Menulis sekarang!

Saber Rider Metal Theme - High Quality


Saber Rider Metal Theme - High Quality

Setuju dengan Mengajar Sains dan Matematik menggunakan Bahasa Melayu

Tajuk Tugasan Soalan Lisan: Setuju dengan Mengajar Sains dan Matematik menggunakan Bahasa Melayu.

Tolong saya mencari kepentingan dan kebaikan (point) untuk oral ini. Saya ialah pihak setuju. Setuju bahawa mengajar Sains dan Matematik menggunakan Bahasa Melayu.

Ally Sum
Menerusi Dragonizer's Forum

Cadangan Jawapan oleh Amiene Rev aka Dragonizer:
Pertama, ingin saya maklumkan di sini bahawa saya tidak menggalakkan budaya makan suap di kalangan pelajar. Justeru menerusi beberapa petikan jawapan yang diletakkan di bawah ini, maka saya berharap anda akan dapat mencari kata-kata kunci penting dengan sendiri dan membuat nota sendiri untuk meningkatkan lagi kemahiran mencari dan merumuskan maklumat anda. Berikut adalah antara jawapan-jawapan yang menyokong penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar untuk pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik:


Hasil Kajian UNESCO
Berdasarkan hasil kajian yang telah dijalankan berkenaan isu PPSMI,
pakar-pakar pendidikan dari UNESCO menyatakan ilmu dasar seperi Sains dan Matematik lebih baik diajar dalam bahasa ibundanya. Hal ini telah lama disedari oleh masyarakat Cina. Apabila PPSMI dilaksanakan, mereka tidak bersetuju dan tetap mengajar murid mereka dengan menggunakan bahasa Cina. Kejayaan Jepun, Korea, China, Perancis dan Jerman kerana semua negara itu mengajar sains dan matematik dalam bahasa ibunda. Di Indonesia, tiga tahun pertama persekolahan, murid diajar dalam bahasa ibunda sama ada Jawa Sunda, Makasar dan sebagainya. Hanya tahun keempat, murid diajar bahasa Indonesia.


Hasil Kajian PEMBINA: Hanya 4% kuasai BI melalui PPSMI
Kajian mendapati
dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) hanya berjaya meningkatkan empat peratus penguasaan bahasa asing itu, dan sebaliknya mengurangkan minat untuk mempelari dua subjek tersebut.

"Sumbangan PPSMI hanya mampu menyumbang pada tahap paling minimum, iaitu kurang empat peratus kepada peningkatan pencapaian Bahasa Inggeris secara keseluruhannya," laporan bertajuk 'Tahap Kompetensi Guru dalam PPSMI serta Implikasinya terhadap Pembangunan Modal Insan Murid' dipetik.

Menurut kajian 53 pakar bahasa itu, dasar kontroversi tersebut juga "menimbulkan kerugian berganda kepada kepada murid, terutama kepada 75 peratus murid yang tergolong dalam kategori (pencapaian) sederhana dan lemah dalam tiga mata pelajaran terbabit, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik.

"PPSMI telah dan akan membunuh minat, semangat dan keghairahan murid-murid untuk belajar Sains dan Matematik sejak di peringkat sekolah rendah lagi."

Kajian yang melibatkan tujuh universiti awam itu dijalankan antara Jun hingga Disember tahun lalu oleh Permuafakatan Badan Ilmiah Nasional (Pembina).

Universiti terlibat termasuklah Universiti Putra Malaysia, Universiti Teknologi Malaysia, Universiti Perguruan Sultan Idris, Universiti Sains Malaysia dan Universiti Teknologi Mara.

Kajian merumuskan PPSMI harus ditamatkan dan mengembalikan sistem pengajaran sebelum dasar itu diperkenalkan pada 2003.


Pendapat Prof. Abdullah Hassan:
Menurut Abdullah Hassan (2002), setiap bangsa memiliki minda asli masing-masing tetapi minda asli tersebut dapat hilang apabila minda itu dikuasai oleh bahasa asing.
Bangsa Melayu mempunyai minda asli tetapi hilang apabila minda Melayu itu dikuasasi oleh bahasa Inggeris. Ini yang dikatakan sebagai minda tawanan. Minda tawanan tidak berupaya mencipta, maka oleh itu, akan hanya menjadi konsumer sahaja kepada produk-produk mental dan fizikal keluaran minda asal.

Prof. Yusof Othman, saintis dari UKM mengatakan, "Untuk membangunkan sains dalam budaya di Malaysia dengan budaya Melayu sebagai terasnya, maka penyampaian ilmu sains itu sendiri perlu menggunakan bahasa tersebut. Bahasa, budaya dan pencapaian sains dan teknologi tidak boleh dipisahkan daripada sistem nilai, dan dalam masa yang sama budaya tidaklah boleh dipersempitkan ruang lingkup had dalam beberapa bidang seni. Dengan demikian, sains dan teknologi tidak boleh dibangunkan terpisah dengan cita rasa dan aspirasi umat. Dengan kata lain, kita perlu membangunkan sains dan teknologi dalam acuan kita, dengan menggunakan bahasa kita, dan dengan budaya dan cita rasa kita”.

Kajian oleh Prof. Dr. Nor Hashimah Jalaluddin (Presiden Persatuan Linguistik Malaysia)
Guru lebih yakin dengan kemampuan BM sebagai bahasa penghantar. Seramai 81% guru mahu S&M diajar dalam BM. 72% pula guru mengatakan pencapaian murid adalah lebih baik jika diajar dalam S&M dalam BM. Dan apa yang penting ialah 79% guru berpendapat pelajar lebih dapat menumpukan perhatian ajika subjek itu diajar dalam BM.

Bahasa adalah alat penting untuk menyatukan bangsa. Tambahan pula negara majmuk seperti di Malaysia. Gerakan menyatupadukan rakyat melalui satu bahasa kebangsaan mempunyai sejarah yang amat panjang. Ia bermula dari tahun 1957 lagi dengan Penyata Razak. Pihak berkuasa merasakan satu dasar yang sama sahaja yang akan dapat memastikan perpaduan di kalangan rakyat berbilang bangsa dapat dicapai. Penyata Razak antara menegaskan:

Menurut Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP), dasar PPSMI melanggar beberapa fasal dalam Perlembagaan Persekutuan, menghina Raja-raja Melayu, mencanggahi beberapa dasar pendidikan utama seperti Penyata Rahman Talib, Falsafah Pendidikan Negara dan Akta Pendidikan, memudaratkan pelajar di luar bandar dan "membunuh bahasa Melayu."

Laporan Abdul Rahman Talib
Semasa menjadi Menteri Pelajaran, Abdul Rahman mengemukakan satu laporan yang mengandungi usul dan saranan yang penting untuk memperbaiki sistem pendidikan di Persekutuan Tanah Melayu. Laporan itu dikenali sebagai Laporan Abdul Rahman Talib.

Melalui laporan itu beliau mencadangkan supaya Bahasa Melayu dijadikan mata pelajaran wajib selain Bahasa Inggeris. Bahasa Melayu mesti diajar dari darjah satu di semua jenis sekolah rendah dan syarat lulus dalam Bahasa Melayu bagi calon-calon ke sekolah menengah, dan pusat latihan guru. Cadangannya juga termasuk pemberian insentif kepada guru-guru supaya mendapat kelulusan yang baik dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.

Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967 menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara. Laporan Razak 1956 mencadangkan bahasa Melayu sebagai pengantar dalam sistem pendidikan negara.

Isnin, Mac 16, 2009

Pelajar Cemerlang SPM SMK Agama Arab Maahad Muhammadi (Perempuan) Dapat Tawaran Belajar di United Kingdom

Pelajar Cemerlang SPM dapat rumah, Ditaja biasiswa belajar di London
Oleh FATIHAH MOHAMED dan LUQMAN HAKIM AB. RAHIM
www.kosmo.com.my

KUALA LUMPUR - Nik Mohd. Kamal Hussien, 41, mungkin tidak pernah bermimpi untuk mendiami rumah bernilai RM130,000 dan menghantar anaknya belajar ke luar negara.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, kos pembinaan rumah tersebut yang dianggarkan bernilai RM130,000 akan ditanggung sepenuhnya oleh agensi berkenaan dan akan dimulakan tidak lama lagi.

Dengan pendapatannya sebanyak RM500 sebulan sebagai nelayan, tidak mungkin nelayan dari Pengkalan Chepa, Kelantan itu dapat berbuat demikian.

Namun, semua itu bakal menjadi kenyataan tidak lama lagi hanya kerana kecemerlangan anaknya Nik Nur Madihah, 18, yang memperoleh 19 1A dan satu 2A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) baru-baru ini.

Lebih menarik, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Noh Omar semalam memberitahu, anaknya itu akan ditawarkan pinjaman penuh secara automatik oleh Majlis Amanah Rakyat (Mara) yang dianggarkan bernilai RM70,000 untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat A Level di London.

"Saya sendiri dah bercakap dengan Nik Nur Madihah, dah cakap dengan ayah dia dan pagi tadi saya bercakap pula dengan guru yang mengajar pelajar ini.

"Kita tawarkan biasiswa A-Level di London berdasarkan minat Nik Nur Madihah untuk belajar di United Kingdom,'' katanya selepas melancarkan kempen satu keluarga satu syarikat di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini semalam.

Nik Nur Madihah merupakan pelajar Sekolah Menengah Agama Arab Maahad Muhammadi, Kota Bharu yang mencipta sejarah apabila memperoleh keputusan cemerlang dalam SPM yang diumumkan Jumaat lalu.

Selain Mara, semalam Nik Nur Madihah turut ditawarkan dua lagi biasiswa lain daripada Bank Negara Malaysia (BNM) dan Petronas untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat tertinggi.

Rabu ini, Nur Madihah akan ke Kuala Lumpur untuk menghadiri sesi temu duga biasiswa yang diatur oleh BNM.

Di Pengkalan Chepa, Nik Nur Madihah melahirkan rasa syukur dan terharu atas keprihatinan banyak pihak ekoran kejayaan diperolehnya. Dia menganggap ia adalah rahmat Tuhan atas kesabarannya selama ini.

Selain tawaran biasiswa anaknya, Nik Mohd. Kamal turut dikhabarkan dengan berita gembira apabila Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) menyatakan pihaknya akan membina rumah baru untuk keluarga tersebut.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, kos pembinaan rumah tersebut yang dianggarkan bernilai RM130,000 akan ditanggung sepenuhnya oleh agensi berkenaan dan akan dimulakan tidak lama lagi.

“Tapak rumah telah disediakan di Taman Perumahan Kurnia Jaya, Pengkalan Chepa dan akan dibina dengan segera.

“Pemberian rumah ini adalah untuk membantu meringankan beban keluarga mereka di samping sebagai penghargaan kepada kejayaan Nik Nur Madihah,’’ katanya ketika ditemui selepas memberi sumbangan peribadi kepada keluarga itu di sini semalam.

Bagi Nik Mohd. Kamal, tiada perkataan yang dapat menggambarkan kegembiraannya sambil tidak putus-putus mengucapkan rasa syukur dan terharu terhadap kurnia Tuhan kepadanya.

“Saya cuma harap pemberian ini dapat memberi keselesaan kepada anak-anak dan menjadikan mereka lebih tekun belajar pada masa akan datang,’’ ujarnya.


Mara tawar Madihah belajar di UK

sumber: www.utusan.com.my

KUALA LUMPUR 15 Mac – Pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2008, Nik Nur Madihah Nik Mohd. Kamal ditawarkan oleh Majlis Amanah Rakyat (Mara) untuk melanjutkan pelajaran ke United Kingdom (UK).

Buat permulaan, pelajar cemerlang itu diberi peluang menyambung pelajaran di peringkat A Level di negara itu sebelum melanjutkan pengajian dalam bidang yang diminati iaitu fizik.

Tawaran tersebut telah dibincangkan antara Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Noh Omar dan bapa pelajar itu, Nik Mohd. Kamal Hussein, 41, menerusi telefon.

‘‘Pegawai Mara akan menghantar surat tawaran Nik Nur Madihah esok,’’ katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Kempen Satu Keluarga Satu Perniagaan anjuran Gagasan Badan Ekonomi Melayu dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) di sini hari ini.

Nik Nur Madihah, 18, anak nelayan dari Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Arab Maahad Muhammadi (Perempuan) di sini mencatat sejarah negeri ini apabila memperoleh 20 A dalam peperiksaan SPM 2008.

Kejayaan itu menjadikan pelajar tersebut antara pelajar cemerlang dengan mendapat 19 1A dan satu 2A, kurang satu mata pelajaran berbanding pencapaian pelajar terbaik SPM 2007, Azali Azlan yang memperoleh 21 A.

Dia juga membuktikan kesusahan keluarga bukan halangan untuk mencapai kecemerlangan. Nik Nur Madihah mengambil sebanyak mungkin mata pelajaran bagi menguji keupayaan dirinya dalam menghadapi cabaran hidup sebagai pelajar.

Kesusahan hidup pelajar yang tinggal di rumah sewa kecil di Pengkalan Chepa dipaparkan di muka depan Utusan Malaysia semalam .

Noh memberitahu, tawaran kepada pelajar itu dibuat tanpa perlu mengisi borang dan tanpa temuduga kerana Nik Nur Madihah merupakan pelajar cemerlang daripada keluarga miskin.

Pelajar itu juga, katanya, telah membuktikan kemampuannya untuk berjaya walaupun berhadapan dengan pelbagai rintangan serta cabaran.

Pameran Pendidikan Facon selama dua hari bermula 14 Mac

Panduan dan Peluang Melanjutkan Pelajaran ke Peringkat Lebih Tinggi di KLCC
Sumber asal: www.hmetro.com.my

LEPASAN sekolah yang masih tercari-cari peluang melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi dipelawa hadir ke Pameran Pendidikan Facon selama dua hari bermula 14 Mac ini di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC).
Pameran itu turut diadakan 11 bandar utama seluruh negara selama sebulan bagi membolehkan 500,000 pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), O Level dan A Level mendapat manfaat.
Peluang belajar dalam bidang perundangan
Di pameran itu, Kolej Universiti Help (Help) turut menawarkan program lanjutan terkini dan bercirikan pekerjaan khas untuk pelajar berminat termasuklah bidang perundangan.

Pemangku Ketua Jabatan Perundangannya, Mark Goh, berkata pihaknya akan memastikan pelajarnya mendapat kemahiran lengkap untuk cemerlang dalam kerjaya perundangan.

Program itu akan memberi pendedahan mengenai kerjaya, latihan, seminar dan persatuan pelajar.

“Pendedahan kemahiran yang akan pelajar peroleh termasuklah penulisan pendapat, temu duga pelanggan, penyelesaian kes-kes asas, pemeriksaan balas dan latihan prosedur penyelesaian kes jenayah.

“Pelajar turut didedahkan persekitaran di mahkamah supaya mereka boleh belajar bagaimana etika pemerhati di mahkamah,” katanya.

Mark berkata, majikan mahukan pekerja yang bukan saja mempunyai kelulusan tetapi mahir dan pengalaman.

Sementara itu, Kolej Universiti Berjaya (Berjaya) menawarkan program Pengurusan Pelancongan dan Hospitaliti.

Bidang pengurusan, hospitaliti, pelancongan dan perkhidmatan pendidikan
Kolej Universiti Berjaya satu-satunya institusi pengajian tinggi (IPT) yang mengkhususkan bidang pengurusan hospitaliti, pelancongan dan perkhidmatan pendidikan.

Ketua Pegawai Operasi Bahagian Pendidikan Tinggi Berjaya Sdn Bhd, Mae Ho, berkata pelajar yang mengikuti program ini akan didedahkan dengan pendekatan global dalam memahami situasi sebenar bidang ini.

Menurutnya, pengajian di sini akan memberi pendedahan kepada mereka dengan latihan amali dan kefahaman mendalam perbezaan budaya, sistem operasi dan latihan kerja di syarikat berlainan.

“Falsafah pembelajaran kita adalah berkonsepkan pengajian menyeluruh melalui tiga kokurikulum utama yang diterapkan kepada pelajar dikenali sebagai ‘Berjaya Practicum’, ‘Industry Partnerships’ dan ‘Berjaya Industry Placement’,” katanya.

IPT-IPT lain yang menyertai Pameran Pendidikan Facon
IPT lain yang mengambil bahagian ialah Kolej Taylors, Kolej Nilai, Kolej KBU, Kolej Inti, Kolej UCSI, Kolej SEGi, Open Universiti Malaysia (OUM), Management and Science University (MSU), Universiti Tunku Abdul Rahman (Utar), University College Sedaya International (UCSI) dan Kolej PTPL.

Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Universiti Malaysia Kelantan (UMK) turut mengambil bahagian dalam pameran itu.

Tutorial Manga:Melukis Manga Profil

Ahad, Mac 15, 2009

Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Terus Cemerlang Dalam SPM

Nik Nur Madihah pelajar cemerlang SPM berpuasa setiap Isnin dan Khamis
Teks asal oleh AZRAN FITRI RAHIM dari www.utusan.com.my

KOTA BHARU 14 Mac – “Kadang-kadang saya menitiskan air mata sebab kakak (panggilan keluarga kepada Nik Nur Madihah Nik Mohd. Kamal, gambar) terpaksa berpuasa sebab tidak ada wang untuk beli makanan.

Nik Nur Madihah, 18, anak seorang nelayan dari Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Arab Maahad Muhammadi (Perempuan) di sini mencatat sejarah negeri ini apabila memperoleh 20 A dalam peperiksaan SPM 2008.

Kejayaan itu menjadikan pelajar tersebut antara pelajar cemerlang dengan mendapat 19 1A dan satu 2A, kurang satu mata pelajaran berbanding pencapaian pelajar terbaik SPM 2007, Azali Azlan yang memperoleh 21 A.
“Tetapi alhamdulillah, kakak memahami keadaan keluarga. Malah kakak menjadikan ibadah itu sebagai rutin pada setiap hari Khamis dan Isnin sejak berumur 12 tahun.”

Demikian luahan ibu kepada pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2008, Mariani Omar, 42, ketika ditanya mengenai kesusahan dia dan suami, Nik Mohd. Kamal Hussein, 41, membentuk seorang insan contoh.

Katanya, biar susah bagaimana sekali pun, anak sulung daripada empat beradik itu tidak pernah merungut.

Malah Nik Nur Madihah, menurutnya, melalui semua kepayahan itu dengan tabah dan menerimanya sebagai cabaran untuk berusaha dengan lebih keras.

“Disebabkan tak ada wang poket, kakak akan makan roti di sekolah dan kerana terlalu banyak makan roti, ia jadi kegemarannya. Malah dia bercita-cita belajar cara buat roti. Kata kakak, dia hendak buat roti banyak-banyak.

“Ibu mana yang tidak tersentuh apabila melihat keadaan anak begitu. Tetapi saya bersyukur kerana dia menerima kekurangan ini,” katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Nik Nur Madihah, 18, anak seorang nelayan dari Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Arab Maahad Muhammadi (Perempuan) di sini mencatat sejarah negeri ini apabila memperoleh 20 A dalam peperiksaan SPM 2008.

Kejayaan itu menjadikan pelajar tersebut antara pelajar cemerlang dengan mendapat 19 1A dan satu 2A, kurang satu mata pelajaran berbanding pencapaian pelajar terbaik SPM 2007, Azali Azlan yang memperoleh 21 A.

Dia juga membuktikan kesusahan keluarga bukan halangan untuk mencapai kecemerlangan walaupun mengambil sebanyak mungkin mata pelajaran bagi menguji keupayaan dirinya dalam menghadapi cabaran hidup sebagai pelajar.

Kesusahan hidup Nik Nur Madihah yang tinggal di rumah sewa kecil di Pengkalan Chepa dipaparkan di muka depan Utusan Malaysia hari ini.

Mariani berkata, sejak kecil anaknya itu gemar membaca buku dan setiap masa terluang tidak pernah dibiarkan begitu saja.

“Memang dari kecil lagi dia minat benar dengan buku. Saya dan suami tidak pernah paksa kakak membaca buku, kadang-kadang paksa dia suruh berhenti sebab sudah masuk Maghrib.

“Sifat ulat buku ini turun kepada tiga adiknya,” tambahnya.

Menurut Mariani, seorang lagi anaknya kini menuntut dalam tingkatan empat di Sekolah Menengah Teknik Bachok, seorang dalam tingkatan tiga di bawah tajaan Permodalan Nasional Berhad di Bandar Salak Tinggi dan yang bongsu di tahun lima Sekolah Kebangsaan Parang Puting di sini.

Ujarnya, sekiranya Nik Nur Madihah meminta wang untuk membeli buku, dia dan suami akan berusaha mencari wang tersebut tetapi selalunya ia tidak diberi serta-merta kerana kesempitan hidup.

“Kakak tidak banyak kerenah dan agak pendiam. Dia pun tidak beritahu kami dia ambil 20 mata pelajaran dalam SPM sehinggalah saat-saat akhir,” ujarnya.

Exo Squad TV Intro

Thundercats Intro - Opening Theme

Transformers Opening Theme - Soundtrack Intro

X-Men Intro - Opening Theme Soundtrack

Top 10 cartoon theme songs from the 80's

Saber Rider - Ramrod Transformation

Sabtu, Mac 14, 2009

Kemunculan Namikaze Minato - Yondaime

Minato Namikaze yang juga dikenali sebagai Hokage Keempat (Yondaime - Forth Hokage) sebenarnya belum benar-benar mati. Beliau menyembunyikan dirinya di dalam mohor yang dikunci di perut Uzumaki Naruto.

Apabila ekor terakhir Kyuubi atau Syaitan Rubah Berekor Sembilan (Nine Tailed Fox) keluar, maka Namikaze Minato akan muncul untuk menghalang mohor atau 'seal' tersebut daripada dicabut.

Pertempuran hebat antara Uzumaki Naruto dengan Pain menyebabkan Naruto secara terpaksa, menggunakan kekuatan Kyuubi. Pada saat-saat genting, ketika Uzumaki Naruto cuba hendak mencabut cap mohor yang tertera pada pintu belenggu yang mengurung Kyuubi, Namikaze Minato pun memunculkan dirinya.

Nantikan kemunculan manga Naruto Shipuuden episod ke 439 untuk mengetahui kisah pertempuran antara Uzumaki Naruto dengan Pain yang selanjutnya.

Rabu, Mac 11, 2009

Cadangan Penyelesaian Untuk Isu PPSMI

Cadangan Penyelesaian Untuk Isu PPSMI di peringkat sekolah
khusus untuk membela nasib anak-anak pedalaman.

Penulis: Amiene Rev (C) 2009

NOTA: Artikel ini akan membicarakan tentang kaedah perlaksanaan pengajaran subjek Sains dan Matematik di peringkat pengurusan dan di dalam kelas. Sebelum ini kita mendengar, ada pelajar yang berjaya mendapat 17A, 18A dan 21A dalam peperiksaan SPM. Maka idea ini pasti tidak mustahil untuk diwujudkan.

Setelah berfikir beberapa kali, akhirnya saya berpendapat, "Kenapa tidak dibuat dua versi subjek sahaja untuk subjek-subjek dalam bidang Sains dan Matematik?"


Subjek Matematik dan Sains Versi Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
Sebagai contoh, pelajar boleh mengambil subjek Matematik (pengajaran dan pembelajaran dibuat dalam bahasa Melayu) dan Mathematics (pengajaran dibuat dalam bahasa Inggeris). Kod bagi subjek Matematik dan kod bagi subjek Mathematic adalah berbeza.

Sebagai contoh, pelajar yang mengambil subjek Matematik dan Mathematics dianggap mengambil dua subjek yang berlainan. Oleh itu markah yang diperolehi untuk subjek Matematik tidak mewakili markah untuk subjek Mathematics dan begitu juga sebaliknya.

Dalam erti kata lain, dalam peperiksaan UPSR, PMR atau SPM. Pelajar yang mengambil subjek Matematik dan Mathematics serentak, sekiranya dia mendapat A dalam kedua-dua subjek tersebut, maka dia dikira telah mendapat 2A.


Kelas yang berbeza, Bahasa Pengantar yang berbeza
Pelajar yang mendaftar subjek Sains perlu masuk ke kelas Sains untuk mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran Sains dalam bahasa Melayu sepenuhnya.

Pelajar yang mendaftar subjek Science perlu masuk ke kelas Science untuk mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran Sains dalam bahasa Melayu sepenuhnya.

Sekiranya pelajar mendaftar kedua-dua subjek, Sains dan Science serentak, maka mereka perlu masuk ke kedua-dua kelas.

Oleh yang demikian, jadual kelas perlulah disusun semula mengikut permintaan subjek di satu-satu sekolah. Sesi petang mungkin akan diwujudkan sekiranya jadual sesi pagi telah penuh. Memandangkan masa dan penempatan kelas untuk subjek-subjek mungkin menjadi satu masalah, maka pihak sekolah perlu bijak memastikan subjek-subjek pilihan majoriti yang boleh diwujudkan di sekolah terbabit.


Penawaran Subjek Matematik dan Sains di sekolah-sekolah kawasan pedalaman
Namun begitu, bagi sekolah-sekolah di pedalaman, subjek-subjek Matematik dan Sains yang ditawarkan adalah versi Bahasa Melayu sahaja.



Senarai Subjek Sains dan Matematik yang baru (versi Bahasa Melayu dan Inggeris)
Berikut adalah set senarai subjek baru yang dicadangkan (di peringkat UPSR, PMR dan SPM)

Peringkat UPSR, PMR dan SPM
Mathematics
Matematik

Science
Sains


Peringkat SPM
Additional Mathematics
Matematik Tambahan

Physics
Fizik

Chemistry
Kimia

Biology
Biologi

English for Science and Technology

Additional Mathematics
Matematik Tambahan

Additional Science
Sains Tambahan


Kebaikan Cadangan Ini:
  1. Dapat membantu menangani masalah penguasaan Matematik dan Sains di kalangan murid-murid yang tinggal di pedalaman. Pelajar-pelajar pedalaman akan lebih mudah menguasai subjek Matematik dan Sains dalam bahasa ibunda.
  2. Masa pembelajaran untuk satu-satu kelas akan dapat dimanfaatkan dengan lebih berkesan. Ini kerana guru-guru tidak perlu menerang dalam dwi bahasa bagi sesetengah topik atau istilah yang sukar.
  3. Mengurangkan penggunaan kertas dan dakwat. Ini kerana sesiapa yang mengambil kertas peperiksaan versi PPSMI perlu membaca soalan dan menjawab dalam bahasa Inggeris sepenuhnya. Tidak ada lagi dwi bahasa.
  4. Orang ramai dapat melihat dan menilai perbezaan gred dan markah bagi kedua-dua versi subjek yang sama dan seterusnya dapat menguraikan konflik perbezaan pendapat mengenai keberkesanan PPSMI.
  5. Peluang pembelajaran yang lebih fleksibel. Memberi kebebasan kepada para pelajar untuk menentukan proses pengajaran dan pembelajaran yang hendak diikuti.
  6. Menentukan hala tuju mereka di peringkat universiti. Bagi pelajar yang sukar untuk mempelajari subjek Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris boleh memilih untuk meneruskan pengajian di institusi pengajian tinggi tempatan sahaja.
  7. Menambah bilangan subjek pilihan di peringkat UPSR, PMR dan SPM. Jika dahulu kita biasa melihat pelajar UPSR mendapat 5A, maka pada masa akan datang akan ada pula pelajar yang mendapat 7A dalam UPSR.
  8. Memberi peluang pekerjaan kepada guru-guru. Dengan bertambahnya bilangan subjek, maka peluang pekerjaan dalam sektor pendidikan akan turut bertambah bagi mengimbangi tenaga kerja yang digunakan. Ini pasti dianggap sebagai berita baik bagi graduan-graduan pendidikan yang masih menganggur.
Kesimpulannya, penawaran subjek-subjek Matematik dan Sains dalam dua versi sedikit sebanyak akan dapat membantu menangani konflik di kalangan rakyat Malaysia berkaitan dengan isu PPSMI, selain memberi peluang yang sama rata terhadap pelajar-pelajar yang tinggal di kawasan pedalaman untuk mempelajari subjek Sains dan Matematik dengan lebih mudah. Bagi pelajar-pelajar atau guru-guru yang mahukan cabaran mempelajari Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris pula, mereka boleh memenuhi kenendak mereka tanpa menganggu kehendak pelajar-pelajar yang mahu belajar Matematik dan Sains dalam bahasa ibunda.