ABAR 2008: Blog Kaunselor Sekolah: Cabaran Mencari Blog Kaunselor Sekolah Yang Terbaik
LAPORAN RINGKAS PENILAIAN BLOG KAUNSELOR-KAUNSELOR SEKOLAH UNTUK ANUGERAH BLOGGER AMIENE REV 2008 (ABAR 2008)
Memang sukar untuk memilih pemenang. Setiap blog yang dicalonkan dalam kategori Blog Kaunselor Sekolah masing-masing menampilkan ciri-ciri istimewa. ABAR ialah satu cara untuk saya menilai isi kandungan blog-blog yang dicalonkan. Keutamaan penilaian adalah dari segi penggunaan bahasa, penyampaian mesej, isi kandungan dan komitmen seorang blogger sekolah dalam menyediakan bahan-bahan baru. Rekabentuk blog, kekemasan pula adalah satu bonus, tetapi nilainya amat kecil. Ini kerana ABAR lebih memfokus terhadap isi kandungan bagi setiap entri, fakta, berita atau catatan yang disampaikan di dalam sesebuah blog. Mengikut konsep penilaian ABAR, kualiti sesebuah blog ditentukan oleh apa yang ditulis dan bagaimana bahan itu disampaikan oleh penulis blog.
Rata-rata blog kaunselor sekolah yang saya kunjungi (dalam senarai ABAR 2008) banyak memupuk nilai-nilai kerohanian untuk para pengunjung. Blog http://amal4444.blogspot.com misalnya banyak mengajak para pembaca untuk merenung dan melakukan muhasabah diri dalam kebanyakan entri yang ditulisnya.
Saya tertarik dengan entri Benarlah Sabah, yang ditulis oleh blogger http://norish77.blogspot.com. Entri tersebut menerangkan pengalaman beliau berkaitan dengan perbezaan waktu antara Semenanjung Malaysia dengan Sabah dan Sarawak.
Seperti nama blognya Komuniti Kaunselor Malaysia, blog http://kaunselormalaysia.blogspot.com padat dengan laporan berkaitan dengan aktiviti-aktiviti melibatkan kaunselor, pihak sekolah dan pihak atasan. Begitu juga dengan blog Unit Bimbingan dan Kaunseling SMA Persekutuan Kajang.
Blog http://sheikhlui.blogspot.com boleh dikatakan antara blog kaunselor sekolah yang terawal. Blog ini sentiasa dikemaskini sejak Jun 2008. Begitu juga dengan Blog Kaunselor Hulu Langat di http://kaunselorlangat.blogspot.com yang begitu berkomitmen dalam menyampaikan berita-berita terkini berkaitan dengan kerjaya kaunselor di sekitar Malaysia.
Blog http://kaunselingsktmnjasmin.blogspot.com tampak berkemahiran dalam penyuntingan grafik, namun saya berharap sekiranya setiap entri yang dipaparkan di blog ini mengandungi tarikh untuk memudahkan rujukan.
Blog http://lamanurani-cikli.blogspot.com pula lebih fokus kepada isu-isu semasa dan ini merupakan satu usaha yang wajar diteladani oleh blogger-blogger lain.
Kesimpulannya, setiap blog yang dicalonkan dalam ABAR 2008 memiliki kekuatan dan keistimewaan yang tersendiri, dan ini memberi cabaran kepada saya untuk memilih blog yang terbaik. Kemungkinan semua blog layak untuk memenangi anugerah. Namun kriteria akan ditingkatkan lagi dan saya akan meneliti blog-blog terpilih ini pada masa akan datang. Mungkin beberapa kategori kecil patut diwujudkan bagi mempamerkan kekuatan blog-blog ini.

|