BLOG DUKE AMIENE REV

Ahad, November 02, 2008

My Life Is Too Perfect? Not So, But Admirable Life

Ada manusia yang apabila melihat kehidupan seseorang itu didampingi gadis-gadis cantik, dan disukai ramai - dia kata orang itu hidupnya terlalu sempurna?

SILAP. Dia sungguh malang. Nampaknya dia belum pernah merasai kehidupan sebegitu, maka dia tidak percaya wujudnya kehidupan seperti itu.

Bagi saya mudah sahaja jawapannya. Orang seperti ini memiliki attitude atau sikap yang mementingkan diri sendiri.

Siapa nak berkawan, atau suka dengan orang yang semacam ini? Manusia yang cuma tahu fikir hal sendiri sahaja, tak pernah nak fikir hal orang. Siapa nak berdamping atau suka dengan orang yang semacam ini?

Hidup orang itu terlalu perfect? Tidak. Itu perkara biasa. Didampingi gadis-gadis cantik. Memiliki rakan-rakan setiawan. Disayangi ramai orang. Bagi saya itu perkara biasa.

It is a normal life for me. Tetapi ada orang yang tidak dapat menerima hakikat itu. Jawapan saya mudah sahaja, saya jawab dengan persoalan:

"Apa yang awak telah lakukan sehingga awak tak dapat mengecapi kehidupan seperti itu, dan awak menafikan ia boleh terjadi kepada orang lain?"

Kelakar. You're so pathetic. Pathetic. Sungguh malang dan kasihan.

Perbaiki sikap kamu terhadap orang lain. Jangan fikirkan hal kamu sahaja. Dan yang paling penting jangan suka mencari keburukan orang. Tak ada siapa suka orang yang macam ini.

Wow... itu satu teguran yang baik untuk mereka yang selama ini kata mereka tak ada kawan. Satu penipuan jika mereka kata, mereka dibenci oleh orang sejak lahir.

Sikap manusia yang ego, tidak boleh lihat orang lain lebih daripada orang lain adalah punca kenapa mereka selalu menjadi tidak wujud. Kehadiran mereka seolah-olah tidak wujud kerana mereka mementingkan diri sendiri, tak mahu bergaul dengan orang dan suka mencari kesalahan orang. Memang patutlah tak popular.

Saya bertemu dengan ramai orang sepanjang usia saya setakat ini. Pakcik teksi, pak guard, big bos pak guard, makcik cafe, pensyarah, dekan, timbalan dekan, nain cancelor, YB, dato-dato, makcik-macik, budak-budak, and many more... semuanya okay sahaja dengan saya. Bukan mahu boast tetapi saya cuma ingin beritahu satu perkara.

Tak ada sebab orang nak benci kita kalau kita tahu bertanggungjawab terhadap orang lain. Saya popular sejak kecil, saya cuma tahu satu sahaja komen daripada sahabat-sahabat, klik-klik saya sejak zaman kanak-kanak hingga kini, dan saya semat dalam hati.

"Amien, dalam dunia ini you are the most wonderful friend I ever met. Tak pernah saya jumpa sahabat paling setia dan jujur seperti awak. Saya anggap awak sebagai abang/adik saya sendiri."

Kata-kata ini telah berulang-ulang kali disebut oleh ramai kawan-kawan saya kepada saya.

Saya percaya, mereka tidak berdusta. Sebab itu, mereka selalu meletakkan kepercayaan kepada diri saya, biarpun kadangkala saya ditimpa perkara yang tidak baik.

Mereka yakin dan percaya terhadap saya.

"Amien adalah sahabat terbaik pernah saya temui. Jika kamu wanita, maka percayalah, dia pasti menjadi seorang suami yang terbaik buatmu. Dan jika kamu lelaki, percayalah dia pasti menjadi sahabat yang terbaik buatmu."

Kata-kata yang istimewa ini, membuatkan saya berasa gembira menghadapi kehidupan ini setiap hari. Seperti Naruto juga. Saya bukanlah manusia yang sempurna, tetapi kerana adanya sahabat-sahabat seperti ini, kehidupan saya menjadi agak sempurna.

Awak takkan memilikinya sekiranya awak seorang yang mementingkan diri sendiri ATAU tidak tegas dan jujur terhadap orang lain.

Saya tidak suka membodek sesiapa pun, malah berterus terang walau pun dia seroang pensyarah berpangkat tinggi. Hasilnya saya lebih dihormati dan disayangi kerana saya suka berterus terang.

Kerana seorang sahabat mahu mengenali diri saya sebagai saya, bukannya orang lain, atau mereka akan merindui diri saya yang sebenar. Jadilah diri sendiri.

Dan jangan mementingkan diri sendiri, nescaya apa yang kamu katakan mustahil itu akan menjadi tidak mustahil.