Menghilangkan Bintik Hitam Di Muka
Ada seorang pengunjung yang bertanya kepada saya, "Ada tak petua atau teknik untuk menghilangkan bintik hitam di muka?" Tekniknya ada. Dengan menggunakan perisian Photoshop, kesan parut jerawat, campak, jeragat, bintik hitam mahu pun tahi lalat boleh dihilangkan. Namun itu cuma untuk gambar-gambar digital.
Baiklah, bagaimana pula dengan kaedah untuk menghilangkan bintik hitam secara nyata? Salah satu cara untuk menghilangkan bintik hitam pada kulit muka adalah dengan menggunakan jagung muda. Parutkan jagung muda, kemudian gosokkan ke kulit muka selama beberapa hari. Ini petua orang lama-lama. Zaman sekarang sudah ada pelbagai teknologi kimia untuk mencuci muka. Pelbagai jenama pencuci muka boleh dibeli, namun tidak semuanya berkesan atau baik untuk kulit muka bagi sesetengah individu. Saya sendiri pun tidak pernah menggunakan apa-apa jenis pencuci muka. Kata orang, jika kita mengambil air sembahyang lima kali sehari, itu pun boleh membantu untuk menjaga seri muka kita.
Faktor habuk dan zarah-zarah kotor yang terapung di udara juga boleh menentukan tahap kebersihan kulit muka. Asap kenderaan dan habuk yang berterbangan boleh menyebabkan bintik-bintik hitam pada muka.

|