Voice Actor - Pelakon Suara
Salah satu cita-cita sampingan aku adalah untuk menjadi pelakon suara atau voice actor. Malang sekali, aku sendiri pun tidak tahu di mana saluran yang sesuai untuk memulakan kerjaya dalam bidang ini.
Antara tokoh-tokoh pelakon suara terkenal tanah air ialah Erra Fazira dan M. Nasir yang berlakon suara untuk filem animasi Malaysia yang berjudul Putih. Oh, ya, jangan lupa dengan animasi televisyen pertama Malaysia, iaitu Usop Sontorian. Ciptaan kartunis legenda tanah air, Ujang.
Bercakap mengenai pelakon suara secara global. Aku tertarik dengan pelakon-pelakon suara dari Jepun untuk animasi mereka. Penghayatan yang sangat tinggi. Antara suara-suara yang aku cukup suka adalah suara Gaara dan Shikamaru.
"Sabaku Sou Sou!" Wah! Menarik! Sebagai seorang pengkritik blog (=.="), aku memberi markah yang sangat tinggi untuk suara Gaara. Suara Shikamaru juga cukup bagus. Penghayatan yang sangat tinggi dan bersesuaian dengan watak.
Kebetulan suara Gaara mirip dengan suara... ehem. ehem. Tidak-tidak, sebenarnya aku yang meniru suara Gaara. Mungkin sebab aku agak garang semasa melakonkan suara ini. Tidak, aku berbohong. Aku perlu merakam kembali suara aku. Barangkali aku syok sendiri. Ha. Ha. Kenapa hari ini perasaannya cukup tenang semasa menulis blog? Sebenarnya suara aku tidak sama seperti Gaara, tetapi campur tangan mentaliti yang mengabui pendengaran.
Jika aku ingin menjadi pelakon suara, aku mesti mengatasi sikap dan mentaliti sebegini. Kena lebih banyak merakam suara dan mendengarnya kembali. Bosan, setiap kali aku cuba merakam suara, kedengaran seperti ada orang memerhati dan mencuri dengar. Bunyi tapak-tapak kaki berlalu di depan pintu bilik aku kedengaran. Manusia-manusia seolah-olah mengintai bilik aku menerusi tingkap bilik di bangunan seberang sana. Wah! Ini pengalaman aku merakam suara.
Bagaimana pun, aku sedar adanya perubahan suara untuk watak Naruto. Suara Naruto adalah milik seorang pelakon suara wanita bernama Junko Takeuchi. Suara kanak-kanak yang nyaring "Are! Are!" dan suara remaja yang agak garau. "Ohm! Ohm!"
Sekarang Naruto sudah memasuki zaman remaja. Aku meramalkan, Naruto pasti akan terkorban pada suatu hari nanti. Atau, barangkali, Sasuke yang akan terkorban. Antara dua watak utama ini, cuma satu yang akan dapat hidup kekal. Bagaimana, jika... Shikamaru yang terkorban?

|