Belajar Haiku
Topik Khas: Belajar Haiku
Penulis: Amiene Rev
Sumber: www.geocities.com/haikumelayu
Penulis: Amiene Rev
Sumber: www.geocities.com/haikumelayu
Hari ini saya belajar teknik atau kaedah menulis haiku secara andragogi. Setakat ini, saya masih mengkaji, oleh itu apa yang saya dapati ini belum tentu boleh dikatakan sebagai kefahaman mutlak saya mengenai konsep haiku. Haiku adalah suatu sajak bergambar yang berdisiplin mengikut tatacara penulisan tertentu.
Saya merujuk ke sebuah web: http://www.geocities.com/haikumelayu
Untuk tujuan itu, saya merumuskan kefahaman saya mengenai haiku dalam 2 topik pembelajaran.
Topik 1: Suku Kata dalam Haiku
Berikut adalah apa yang saya dapat pada hari ini. Masa pembelajaran adalah suntuk, kerana saya perlu kembali ke penulisan akademik saya. Oleh itu apa yang dapat saya gambarkan mengenai haiku adalah seperti berikut:
Haiku adalah lakaran penulisan kata-kata yang indah berkaitan dengan gambar yang terdapat pada haiku tersebut. Haiku secara kebiasaannya menceritakan mengenai keindahan alam dan musim. Struktur haiku adalah seperti berikut:
5 suku kata pada baris pertama
7 suku kata pada baris kedua
5 suku kata pada bari ketiga.
Contoh:
Saya mengambil petikan haiku dari laman web tersebut untuk tujuan pembelajaran. Karya Aida Izzati Zainal Abidin (ketika itu berusia 7 tahun), pemenang Pertandingan Menulis Haiku Kanak-Kanak (tahun tidak dinyatakan).
Bunga berkembang (Bu+nga ber+kem+bang)
Unggas terbang nan bebas (Ung+gas ter+bang nan be+bas)
Damainya hati (Da+mai+nya ha+ti)
Perhatikan format suku kata 5-7-5 dalam baris-baris haiku di atas. Sekarang kita lihat pula terjemahannya dalam Bahasa Inggeris.
Flowers are blooming (Flo-wers are bloom+ing)
Insects are flying freely (In+sects are fly+ing free+ly)
My heart feels peaceful (My heart feels peace+ful)
Berdasarkan pembelajaran saya mengenai haiku, saya boleh simpulkan bahawa:
"Haiku merupakan satu penulisan penuh disiplin. Haiku yang baik akan dapat mengekalkan 5-7-5 format sukukata dalam baris-barisnya."
Topik 2: Fleksibiliti Terjemahan Haiku Ke Dalam Bahasa Asing (Bukan Jepun)
Kali ini saya memetik karya Basho yang menceritakan mengenai musim bunga:
"Furu ike ya kawazu tobikomu muzu no oto"
Ayat tersebut dalam Bahasa Jepun ditulis sebaris tetapi apabila diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu, ayat tersebut menjadi tiga baris dengan format suku kata 5-7-5.
Terjemahan Inggeris:
An old pond
(an old pond: 3 suku kata, gagal diterjemahkan menjadi 5 suku kata)
a frog jumps in
(a frog jumps in: 4 suku kata, gagal diterjemahkan menjadi 7 suku kata)
the sound of water
(the sound of wa+ter: 5 suku kata)
Nota: Nampaknya ada masalah dalam menterjemahkan haiku ini ke dalam Bahasa Inggeris.
Kita lihat pula terjemahan berikut.
Terjemahan Melayu:
Kolam nan tua (ko+lam nan tu+a: 5 suku kata)
kodok terjun ke dalam (ko+dok ter+jun ke da+lam: 7 suku kata)
percikan air (per+ci+kan a+ir: 5 suku kata)
Nota: Hebatkan Bahasa Ibunda Kita? Sungguh fleksibel dalam menterjemahkan haiku, setakat ini.
Memandangkan ada sesetengah Haiku mempunyai masalah dalam fleksibiliti penterjemahan, disiplin berikut telah dicadangkan kepada penulis-penulis haiku yang ingin menulis haiku dalam bahasa selain Bahasa Jepun. Keempat-empat disiplin ini iaitu penggunaan baris, suku kata, patrun dan tanda musim adalah berdasarkan penerangan dari laman web: http://www.geocities.com/haikumelayu.
Disiplin-disiplin Penulisan Haiku Selain Bahasa Jepun:
- Penggunaan baris - tiga baris
- Suku kata - tidak perlu betul-betul terhad kepada 17 sukukata (ertinya boleh saja kurang atau lebih sedikit)
- Patrun - tidak perlu terpaksa menggunakan 5-7-5 (supaya bentuk moden atau gaya bebas boleh lahir)
- Tanda musim (Kigo atau Kidai) - boleh atau boleh juga tidak.
Hampir setengah dari semua haiku Jepun menyertakan kigo (perkataan bermusim) yang merujuk kepada keindahan alam, tumbuh-tumbuhan, cuaca dan alam sekitar)
Nampaknya pembelajaran saya mengenai haiku boleh ditangguhkan seketika.
Kajian tambahan: Perhatikan bilangan objek dalam haiku-haiku yang dinyatakan dalam entri ini.
Kajian sampingan: Sudoku, Gomoku, Haiku... saya dapati ada sebutan 'ku' di belakang setiap istilah. Barangkali membawa makna tertentu. Nampaknya budaya orang Jepun sangat sistematik. Ini dapat diperhatikan betapa tingginya disiplin dan sikap hormat-menghormati dalam budaya orang Jepun. Tidak hairanlah jika mereka berjaya menggemparkan dunia suatu masa dahulu. Namun, bangsa kita, Malaysia juga ada kelebihannya. Mungkinkah dengan mempelajari haiku, kita dapat meningkatkan adab dan tatasusila kita?
Catatan peribadi:
Selepas solat Jumaat di masjid tadi, saya terfikir kenapa adanya adab-adab seperti melangkah ke masjid dengan kaki kanan, melangkah ke tandas dengan kaki kiri dan sebagainya. Rupa-rupanya ada nilai-nilai sistematik. Begitu juga budaya menunduk dalam orang Jepun. Oh, ya, solat itu juga sistematik.
Menerusi pemikiran ini, timbul ilham baru yang boleh saya terapkan dalam Program KITAB yang akan datang. Ada sesuatu yang menarik untuk dicuba.

|