Mangsa Keganasan - Azrul - Hilang Ingatan - Lumpuh
Entri ini memuatkan kisah mengenai Che Nat pemuda berumur 19 tahun yang kini terlantar tidak sedarkan diri (Koma) akibat dibelasah oleh mereka yang tidak berperikemanusiaan.
Che Nat mendapat kecederaan parah di bahagian kepalanya dan sebahagian tempurung kepalanya terpaksa dibuang. Untuk meneruskan kehidupan Che Nat memerlukan sejenis susu khas yang disalurkan melalui tiub yang di buat di bahagian perutnya. Kisah Che Nat di entri Encik Kassim Selamat yang lalu di sini.
Untuk menyalurkan sumbangan bagi meringankan beban perbelanjaan keluarganya, anda boleh menghubungi ayah kepada Che Nat, En. Zulkipli di talian 03-8724 3629.
Anda juga boleh turut menyumbang dengan menyiarkan dan mengedarkan kisah penderitaan Che Nat ini melalui email atau mana-mana forum di internet.
Segala sumbangan boleh dibuat melalui akaun Bank seperti tertera di bawah ini.
Bank : EONCAP Islamic Bank Berhad
Akaun No: 0665-21-003271-9
Nama : Mohd Zulkipli B. Tajul Arus
Terima kasih kepada mereka yang telah memberikan sumbangan. Semoga Allah melipat gandakan rezeki anda.
Saya berkesempatan menziarahi Che Nat pada Syawal yang ke lima. Berikut adalah perbelanjaan bagi menyara kehidupan Che Nat. Kos perbelanjaan seharian Che Nat amat tinggi jika di bandingkan dengan pendapatan ayahnya yang berkerja sebagai Pengawal Keselamatan di sebuah hospital.
Dicatat oleh: Ayah Amir@Kassim Selamat
Disiarkan semula oleh: Amiene Rev
● ● ● ● ● ● ● ● ● ● ● ● ● ● ● ● ● ● ● ● ● ● ● ● ● ● ● ● ●
Perbelanjaan Harian:
- Susu sehari 8 tin x RM5.70 = RM45.60 (RM 45.60 x 30 hari = RM1,368.00 sebulan)
- Tiub triki 8 kali x RM3.00 = RM24.00 (Untuk menyedut kahak. RM24.00 x 30 hari = RM720.00 sebulan)
Perbelanjaan Bulanan:
- Beg Plastik Kencing - satu RM2.50 x 4 kali sebulan = RM10.00 (Di tukar seminggu sekali)
- Tiub Kencing (Cathether) - satu RM6.00 x 4 kali sebulan = RM24.00 (Di tukar seminggu sekali)
- Lampin Pakai Buang - RM2.00 sekeping x 30 hari = RM60.00 (Sehari sekeping)
Satu saluran (triki) di buat di bahagian lehernya untuk menyedut kahak. Di bahagian perutnya di buat satu saluran tiub untuk menyalurkan susu dan bubur.
Azrul atau Che Nat nama panggilan di kalangan rakan-rakannya kini terlantar lesu di katil. Che Nat pemuda berusia 19 tahun, anak sulung dan bekas pelajar kolej di Port Dickson kini terpaksa melupakan terus pengajiannya. Bapanya seorang pengawal keselamatan manakala ibunya mengambil upah menjaga anak-anak jirannya. Sebagai anak sulung Che Nat menjadi harapan kepada keluarganya. Kini harapan keluarganya punah angkara perbuatan manusia yang bersikap kebinatangan.
Semuanya bermula Februari lalu. Che Nat dan anakku Amir semasa cuti semesternya lalu telah keluar bersiar-siar dengan motorsikal di sekitar Kuala Lumpur. Kebetulan kedua-dua mereka baru saja membeli motorsikal baru. Seronok dan teruja dengan motorsikal baru.
Mereka memberhentikan motorsikal dan duduk berbual-bual di tepi jalan. Sedang mereka duduk berbual, datang seorang lelaki melayu menghampiri mereka dan menghulurkan tangan bersalaman. Lelaki ini kelihatan mabuk, menunjukkan sejumlah wang Dollar kepada Amir dan rakan-rakannya. Tidak tahu apa motifnya, kemudian berlalu pergi.
Sebentar kemudian, lelaki tadi datang bersama dua orang lagi rakannya. Mereka mengarahkan Amir dan rakannya mengeluar dompet dan handset sambil mengacukan pisau rambo. Dua rakan Amir sempat melarikan diri dengan sebuah motorsikal.
Ketiga-tiga penyamun ini berkeras menuduh Amir dan rakan-rakan mengambil duit rakannya berjumlah RM10 ribu. Mereka cuba membawa Amir dan Che Nat untuk di jadikan tebusan. Amir menolak untuk di jadikan tebusan dengan menyerahkan motorsikal yang baru di belinya. Mungkin kerana sayangkan motorsikalnya, Che Nat mengikut penyamun tadi dengan harapan motorsikalnya akan dapat kembali dan tidak menyangka perkara buruk akan berlaku pada dirinya.
Semasa membuat laporan polis, panggilan di terima dari handset Che Nat. Kedengaran suara Che Nat mengerang merayu minta tolong kerana kesakitan dibelasah oleh penyamun tersebut.
Di ringkaskan cerita, keesokan harinya tubuh Che Nat di jumpai terbaring di tepi jalan dengan kesan kecederaan yang parah. Doktor terpaksa membuang sebahagian tempurung kepalanya. Di kedua-dua tapak kaki Che Nat telah dikelar dengan pisau rambo. Kejamnya manusia!
Setelah enam bulan dirawat di hospital, Che Nat dibawa pulang ke rumah. Keaadaannya amat menyedihkan. Terlantar di atas katil dan hilang ingatan akibat kecederaan parah di bahagian otaknya. Segala-galanya perlu dibantu.
Menurut nasihat doktor, Che Nat perlu minum susu khas untuk memulihkan kesihatannya. Dengan pendapatan sebagai pengawal keselamatan agak sukar bagi ayah Che Nat untuk membeli susu tersebut yang harganya agak mahal di samping ubat-ubatan lain serta lampin pakai buang.
Yang pasti, suasana pilu pasti menyelubungi keluarga Che Nat pada pagi Aidil Fitri yang bakal menjelang tiba.
Mari bersama, kita ringgankan beban keluarga Che Nat dengan menghulur sedikit bantuan di bulan yang mulia ini. Anda boleh menghubungi En. Zulkifli, ayah Che Nat di talian 03-8724 3629 atau menghubungi Pengerusi Persatuan Penduduk Bandar Rinching, YM Raja Zazman di talian 012-269 4967 untuk menyalurkan bantuan.
Semoga dengan sedikit bantuan yang kita hulurkan dapat menceriakan pagi Syawal keluarga Che Nat.
|