Penilaian Blog Calon-Calon ABAR - Anugerah Blogger Amiene Rev Sedang Berlangsung
Beberapa buah blog yang telah disenaraikan di dalam pencalonan ABAR baru-baru ini sedang dinilai satu persatu. Ulasan mengenai beberapa blog yang terpilih akan disiarkan di blog ini. Blog-blog yang terpilih akan diulas dari segi kekemasan, keaslian penulisan, isi kandungan, penggunaan bahasa (ejaan) dan beberapa perkara lain.
Anugerah Blogger Amiene Rev ini diadakan sebagai satu cara:

- Menggalakkan penggunaan Bahasa Melayu atau bahasa asing dengan betul, terutamanya dari segi struktur ejaan.
- Menggalakkan blogger untuk lebih fokus terhadap isi kandungan yang bermanfaat seperti menyampaikan pandangan, tips, ilmu pengetahuan dan lain-lain kemahiran.
- Menjadikan blog sebagai medan pertukaran pandangan dan penyelesaian masalah di kalangan warga siber.
- Sebagai satu penghargaan terhadap blogger-blogger yang telah berusaha untuk melaksanakan ketiga-tiga perkara yang disebutkan di atas.
Pengawalan Kualiti Calon-Calon ABAR
Syarat Piramid telah diperkenalkan sebagai satu cara pengawalan kualiti calon-calon yang bertanding. Sistem Piramid ini bukan sahaja bertujuan untuk meningkatkan prestij ABAR tetapi juga sebagai satu cara menghargai blogger-blogger yang telah konsisten atau berkomitmen dalam memainkan peranan sebagai seorang blogger. Untuk tujuan itu beberapa syarat tertentu telah diperkenalkan.
"Syarat baru pengkritik blog yang dikenali sebagai Syarat Piramid akan menetapkan bahawa blog yang akan dikritik harus memiliki 300 entri atau post, dan aktif sekurang-kurangnya satu tahun. Berdasarkan Syarat Piramid, blog-blog diberi tiga peringkat iaitu unik, berkualiti dan biasa. Blog yang akan diulas selepas 3 September 2008 harus melepasi syarat unik dan berkualiti." - Amiene Rev (klik di sini untuk melihat kaedah penilaian sebelumnya).
Anugerah Khas ABAR
Namun begitu pihak penganjur ABAR juga telah mengadakan satu pelepasan bagi syarat-syarat di atas untuk blog-blog yang dianggap unik dan istimewa. Blog-blog ini telah dipantau sejak tahun 2006 dan didapati masih aktif sehingga ke hari ini walau pun bilangan pos atau entrinya tidak memenuhi syarat Piramid.
Blog-blog yang tersenarai dalam kategori khas ini merupakan blog-blog khusus untuk aktiviti-aktiviti tertentu yang memberi manfaat kepada masyarakat.
Pesanan Penganjur
Buat semua calon ABAR, ketahuilah bahawa Anugerah ABAR ini merupakan satu alat pengukur untuk mengiktiraf blog-blog yang telah memenuhi matlamat ABAR. Pihak ABAR tidak menjanjikan sebarang ganjaran seperti piala, wang tunai atau pun hadiah, sebaliknya penghargaan dan pengiktirafan terhadap blog-blog yang terpilih untuk menerima anugerah. Mana-mana blog yang tidak terpilih kali ini mungkin akan terpilih pada masa akan datang pula.
Selamat berblog.

|