BLOG DUKE AMIENE REV

Rabu, Ogos 19, 2009

Penawar H1N1 - Ubat Selesema Babi - Pengganti Tamiflu (Oseltamivir Phosphate)

Penawar atau pencegah H1N1 yang telah dinyatakan sebelum ini di dalam akhbar termasuklah Habbatus Sauda dan Tujuh Ramuan Herba Pesara Guru yang terdiri daripada daun mahkota dewa, daun akar cerita, daun Afrika, daun malberi, daun mambu dan buah mengkudu hutan serta buah tunjuk langit. Berikut adalah petikan berita berkaitan dengan penawar atau pencegah H1N1

Jintan Hitam atau Habbatus Sauda atau Diamond Black Seed mampu cegah H1N1 atau Selesema Babi
Sumber: Utusan Malaysia, 14 Ogos 2009.

SHARJAH, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) 13 Ogos - Jintan Hitam atau lebih dikenali sebagai Habbatus sauda dalam bahasa Arab dipercayai dapat mencegah jangkitan selesema babi atau influenza A (H1N1).

Menurut kajian yang disiarkan dalam sebuah majalah penyelidikan perubatan China, Jintan Hitam atau Habbatus Sauda atau Diamond Black Seed boleh digunakan dengan merendam herba tersebut dalam air suam dan airnya diminum pada waktu pagi.

Akhbar Al- Khaleej melaporkan, kajian tersebut telah menyebabkan penjualan Jintan Hitam atau Habbatus Sauda atau Diamond Black Seed meningkat sebanyak 50 peratus di beberapa negara Asia dan Arab Saudi serta Mesir.

Minuman Jintan Hitam atau Habbatus Sauda atau Diamond Black Seed tersebut turut diedarkan kepada mereka yang sedang menunaikan umarah di Mekah dan Madinah. - AGENSI


Ramuan Tujuh Herba: Daun mahkota dewa, daun akar cerita, daun Afrika, daun malberi, daun mambu dan buah mengkudu hutan serta buah tunjuk langit mampu merawat H1N1.

Pesara guru dakwa temui penawar selesema babi
Sumber: Berita Harian, 19 Ogos 2009
Oleh Ridzuan Ahmad

PENDANG: Seorang pengamal perubatan tradisional di Bukit Kuang di sini, mendakwa mampu mengubati Influenza A (H1N1) menggunakan tujuh jenis herba dan buah tempatan yang dihasilkan sendiri sejak sebulan lalu.

Pesara guru, Romli Hussin, 56, mendakwa lebih 200 pelanggan yang menggunakan herba itu termasuk lima ahli keluarganya yang mempunyai simptom seperti H1N1, iaitu demam berpanjangan, batuk, selesema, sakit tekak dan pening kepala pulih selepas beberapa hari mengambil herba berkenaan.

Katanya, kemampuan herba itu untuk mencegahnya teruji apabila anak keempatnya, Rohizati, 20, yang menuntut di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam pulang ke kampung selepas universiti itu ditutup seminggu sebagai langkah mengawal penularan wabak H1N1.

“Dia mengalami simptom seperti demam dan sakit tekak dan keadaan itu bertambah serius apabila empat ahli keluarga saya termasuk isteri, Roshidah Ismail, 43, turut mengalami simptom hampir sama.

"Saya terus mengadun tujuh ramuan herba yang terdiri daripada daun mahkota dewa, daun akar cerita, daun Afrika, daun malberi, daun mambu dan buah mengkudu hutan serta buah tunjuk langit untuk dikapsulkan sebelum diberikan kepada Rohizati.

"Selepas beberapa jam mengambil herba ini, anak saya menunjukkan reaksi yang positif dan kembali segar daripada kelesuan. Demam panasnya juga berkurangan dan badannya mula berpeluh," katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, semalam.

Sebelum itu, Romli sudah menghasilkan 13 jenis produk berasaskan herba yang dihasilkan sendiri menggunakan kepakaran diwarisi daripada ibu bapanya yang mempunyai latar belakang sebagai pengamal perubatan tradisional.

Minat yang mendalam untuk meneroka khazanah alam yang diwarisi sejak zaman berzaman, beliau sanggup membelanjakan ribuan ringgit untuk menjalankan penyelidikan termasuk menghantar herba itu untuk dianalisis oleh agensi berkaitan.

Romli berkata, dia juga memberikan herba itu kepada ahli keluarganya dan kenalannya termasuk 60 pelajar sebuah sekolah menengah agama rakyat (SAR) di Batu 16, Jalan Alor Setar-Sungai Petani yang mengalami simptom hampir sama dengan H1N1.

Beliau mendakwa selepas menggunakan herba berkenaan, mereka memberi reaksi positif dan terus mengamalkan herba itu sebagai alternatif mengawal penularan H1N1.

Sementara itu, setiausaha sekolah agama berkenaan, Mohd Najib Fahami Yahya, 54 yang dihubungi berkata, hampir 80 peratus daripada 60 pelajar sekolahnya yang mengalami simptom H1N1 sembuh selepas menggunakan herba berkenaan seminggu lalu.

Selasa, Ogos 18, 2009

Budak Kura-kura Mengamuk

Saya dapati ada sesuatu telah berlaku pada ekor seekor ikan Betta saya. Ekornya semakin pendek. Berdasarkan ini, saya menduga, kemungkinan besar ada pergaduhan telah berlaku secara senyap-senyap. Sementara itu, ikan-ikan Betta saya sudah mula mengenali makanan mereka. Jika dahulu, ikan-ikan Betta ini cuma menelan makanan ikan yang terapung di permukaan air, namun sekarang, mereka akan menyelam lebih dalam ke dasar tangki ikan untuk mencari makanan-makanan ikan yang telah karam.

Catatan Seorang Guru Matematik dan ICT - Budak Kura-kura Mengamuk
Penulis: Amiene Rev (C) 2009
Di dalam salah sebuah kelas corot yang saya ajar, ada seorang pelajar yang sangat suka memikul beg, tidak kira semasa duduk atau semasa berdiri. Pelajar ini dikenali sebagai Budak Kura-kura. Pelajar ini jarang berada di dalam kelas. Kadangkala dari bilik guru, saya dapat melihat Budak Kura-kura berkeliaran di luar kelas sambil memikul beg. Walaupun usia Budak Kura-kura sekitar 16 tahun, tetapi Budak Kura-kura masih belum dapat berfikir dengan betul dan waras. Budak Kura-kura hanyut dalam dunianya.

Pelajar seperti ini tidak kisah dengan soal-soal pembelajaran. Dia cuma tahu memikul beg ke sekolah dan terus memikul beg itu ke mana-mana sahaja dia pergi. Dan, dia akan keluar kelas sesuka hati apabila dia bosan berada di dalam kelas, tidak kira ada guru atau pun tidak ada guru di dalam kelas.

Saya berpendapat Budak Kura-kura mengalami masalah mental. Saya juga berpendapat, beg yang sering dipikul oleh Budak Kura-kura pasti mempunyai makna tertentu terhadap Budak Kura-kura sehinggakan Budak Kura-kura tidak mahu berpisah dengan begnya.

Suatu hari, beg Budak Kura-kura hilang. Budak Kura-kura pun mengamuk. Habis kerusi meja ditendang sehingga patah dan rosak. Beberapa kaca tingkap telah dipecahkan. Guru Penolong Kanan datang dan cuba menyelamatkan keadaan. Kisah ini disampaikan oleh pelajar-pelajar lain kepada saya.

Kini kelas tingkatan empat yang paling corot di sekolah itu kekurangan kerusi dan meja. Bilangan kerusi dan meja yang tinggal sangatlah sedikit dan saya tidak pasti bagaimana pelajar di kelas yang paling corot itu akan dapat belajar. Mereka pasti memberi alasan tidak dapat belajar kerana tidak ada kerusi dan meja untuk belajar.

Saya difahamkan Budak Kura-kura telah menerima amaran terakhir daripada pihak sekolah. Pihak sekolah sebelum ini telah memberi banyak peluang kepada pelajar-pelajar bermasalah untuk berubah sikap, sayangnya oleh sebab terlalu banyak peluang itulah maka pelajar-pelajar ini semakin merasakan diri mereka berkuasa dan mereka boleh berbuat sesuka hati di sekolah.

Saya yakin, apabila hukuman rotan dikuatkuasakan semula, zaman pelajar-pelajar beradab seperti era sebelum abad millenium dahulu akan dapat dikembalikan. Pelajar-pelajar ini lemah dan kurang berdaya untuk menggunakan otak mereka untuk berfikir secara logik. Hiperaktif, ADHD dan seumpamanya adalah label yang sesuai untuk pelajar-pelajar bermasalah seperti ini. Mereka perlu diajar secara behaviourisme, untuk patuh kepada arahan. Sekurang-kurangnya mereka tidak lagi membuat kacau dan mempengaruhi pelajar-pelajar lain untuk turut melakukan pelbagai masalah disiplin di sekolah.
Buat masa ini saya sedang berusaha mengkaji jenis hidupan air yang paling sesuai untuk dibiak di dalam tangki ikan saya. Ini kerana saya dapati ikan-ikan Betta kuat makan dan jika kiraan pertambahaan populasi hidupan air tidak dibuat dengan betul, saya khuatir ikan-ikan Betta saya akan terpaksa berpuasa. Bulan Ramadhan pun sudah hampir tiba, tetapi ikan-ikan Betta saya tidak diwajibkan berpuasa seperti umat Islam. Saya juga kurang pasti ikan-ikan Betta saya ini menganut agama apa.

Isnin, Ogos 17, 2009

Satu Ribu Satu Ratus Sebelas

Pos atau entri kali ini agak istimewa, kerana angka sa yang sama untuk empat digit. Hari ini, saya dapati kesemua ikan Betta saya sudah boleh hidup dengan aman di dalam satu tangki. Nampaknya kajian saya terhadap sosiologi ikan Betta sudah masuk ke satu fasa yang baru.

Catatan Seorang Guru Matematik dan ICT - Barisan Jaguh Matematik
Penulis: Amiene Rev (C) 2009
Usaha saya untuk memotivasikan pelajar-pelajar dari kelas corot untuk bersungguh-sungguh mempelajari subjek Matematik nampaknya amat berhasil. Saya dapati pelajar-pelajar saya seperti IS, NR, YS, AT dan ramai lagi sudah mula berkepit dengan buku-buku Matematik dan bahan-bahan rujukan Matematik yang saya berikan.

Apabila mereka melihat saya, cepat-cepat mereka menunjukkan hasil latihan Matematik mereka, dan bertanyakan saya soalan-soalan Matematik. Fenomena seperti ini boleh dikatakan belum pernah berlaku sebelum ini bagi kelas corot. Barisan-barisan pelajar dari kelas corot, telah tampil menjadi barisan jaguh Matematik.

Sementara itu, dua daripada tiga pelajar jagaan saya yang telah dibuang sekolah telah datang ke sekolah pada hari ini. Mereka tidak dapat menerima hakikat bahawa mereka telah dibuang sekolah. Saya lantas menemui kedua-dua pelajar secara berasingan ini untuk berbincang secara peribadi. Kemudian saya berbincang pula dengan pihak pentadbiran sekolah, dan dari situ saya melihat kebenaran.

Hati saya terasa sebak secara tiba-tiba. Sebelum ini saya telah diamanatkan oleh pengetua untuk mengawasi keempat-empat pelajar paling bermasalah dan kadangkala dianggap berbahaya di sekolah kerana sikap liar mereka. Pelajar-pelajar ini mempunyai pelbagai rekod yang merisaukan ibu bapa, pihak sekolah dan pelajar-pelajar yang lain.

Jika dibandingkan dengan guru-guru kanan yang lain, saya memiliki paling ramai pelajar jagaan. Bilangannya pelajar jagaan saya adalah dua kali ganda bilangan pelajar jagaan guru-guru terpilih yang lain. Keempat-empat pelajar jagaan saya ini sebenarnya boleh dianggap sebagai mimpi ngeri bagi mana-mana guru yang diamanatkan untuk menjaga mereka. Dan, 'mimpi ngeri' itu 'dihadiahkan' kepada saya.

Pengalaman menjaga keempat-empat pelajar ini banyak memberi kesedaran kepada saya. Saya tidak sesekali berasa menyesal kerana diberikan tanggungjawab ini. Guru-guru kaunselor banyak memberi panduan dan sokongan kepada saya. Malah saya anggap ini sebagai satu penghormatan daripada pengetua terhadap saya. Saya telah cuba sedaya-upaya untuk membentuk satu ruang fleksibel bagi menguruskan hal-hal pelajar ini.

Pelajar yang pertama dibuang adalah pelajar yang paling bermasalah di sekolah ini, yang namanya sering disebut oleh pihak pentadbir sekolah. Pernah dibuang sekolah pada tahun lalu, dan diterima kembali pada tahun ini. Namun, sayang sekali, Tuhan belum membuka pintu hati pelajar tersebut untuk berubah sikap.

Lalu tinggallah tiga orang pelajar lagi. Pada minggu lepas, ketiga-tiga pelajar ini dijatuhkan hukuman dibuang sekolah secara serentak kerana terlalu banyak rekod. Hakikatnya, pelajar-pelajar ini berkelakuan baik di depan saya dan akan mendengar arahan dan saranan saya. Pun begitu, bagaikan ada dendam antara mereka dengan pihak sekolah, dan mereka sering memberontak dan melawan cakap guru-guru yang lain. Memikirkan hal ini, saya diam. Hati saya tidak bersuara. Saya menarik nafas sambil memejamkan mata dan dalam diam mata hati saya melihat sinar ilham terpancar dari celah-celah pintu kesedaran.
Ketika ini, saya sedang mengkaji kaedah terbaik untuk membiak atau menambah bilangan makanan semula jadi di dalam air tangki ikan Betta saya. Dengan cara ini, saya tidak perlu lagi risau untuk meninggalkan ikan-ikan Betta saya selama beberapa hari. Ikan-ikan ini akan dapat memakan plankton atau apa-apa hidupan air yang kecil di dalam tangki air semasa ketiadaan saya.

Saya perlu meletakkan beberapa jenis tumbuhan air di dalam tangki ikan Betta saya, supaya ikan-ikan Betta ini mendapat privasi yang mencukupi untuk bermeditasi, tidur, melakukan hubungan jenis dan mencari ilham. Saya percaya, ikan Betta juga memiliki bakat seni yang terpendam. Disebabkan ikan Betta berpotensi untuk menjadi senikan (seniman ikan), maka, ikan Betta juga berpotensi untuk berjiwa sensitif. Ini dilihat menerusi jiwa sensitif ikan-ikan Betta, di mana ada ikan-ikan Betta yang sangat cenderung beremosi.

Jumaat, Ogos 14, 2009

Lebih Hitam Daripada Dakwat Cina

Ikan Betta saya kini adalah sebanyak 19 ekor. 8 ekor ikan Betta jantan dan 11 ekor ikan Betta betina kini hidup dengan agak harmoni di dalam satu tangki yang sama. Saya telah menjalankan kajian untuk membolehkan ikan-ikan Betta ini hidup dalam keadaan harmoni.

Pertama, saya perlu memastikan kebanyakan ikan Betta yang saya pilih dari kedai ikan adalah dari jenis yang sukakan privasi dan tidak suka mencabar atau mengacah ikan Betta yang lain. Pilihan terbaik ialah Crown-Tailed, kecuali ikan Betta betina.

Kedua, ikan Betta yang paling kuat dan handal mestilah dari jenis Crown-Tailed. Dengan cara ini, ia dengan mudah dapat menundukkan ikan Betta dari jenis Veil-Tailed yang terkenal angkuh dan tamak di daerah (tangki ikan saya) ini.

Catatan Seorang Guru Matematik dan ICT - Tiga Pelajar Dibuang Sekolah
Penulis: Amiene Rev (C) 2009

Biarpun beban tugas saya telah semakin kurang dengan ketiadaan tiga orang pelajar di bawah jagaan saya di sekolah ini, saya tetap berasa sedih. Sebelum ini saya ditugaskan untuk menjaga ketiga-tiga pelajar bermasalah ini. Pelajar-pelajar bermasalah ini yang juga merupakan pelajar paling samseng di sekolah ini, tetap mampu mendengar kata-kata dan arahan saya. Pun begitu, mereka sering menimbulkan masalah kepada guru-guru yang lain. Apa boleh buat, saya hilang kata-kata. Pada hari yang sama, saya mendapat serangan jantung semasa mengajar di dalam kelas. Rupa-rupanya naluri saya telah berdetak, telah menghidu berita yang menyedihkan ini lebih awal daripada mata dan telinga saya. Kini, saya tidak ada pelajar jagaan lagi. Namun, kehilangan ketiga-tiga orang pelajar jagaan saya ini telah berganti dengan berpuluh-puluh orang pelajar yang mahu belajar Matematik. Ini, barangkali, adalah penawar untuk saya.
Saya melepaskan kesemua ikan Betta yang diasingkan sebelum ini bersama-sama dengan ikan Betta betina dan dua ekor ikan Betta jantan dari jenis Crown-Tailed yang saya nilai sebagai jaguh baru di dalam tangki ikan saya itu.

Pada mulanya ketiga-tiga ikan Betta jantan murahan dari jenis Veil-Tailed mahu menunjuk samseng di dalam tangki, tetapi dengan mudahnya mereka ditundukkan oleh dua ekor ikan Crown-Tailed Betta jantan yang baru saya beli itu. Dengan ini, keamanan di dalam tangki ikan saya telah berjaya diwujudkan.


Ikan Veil-Tailed Betta yang paling samseng di dalam tangki ikan saya ialah Dakwat Cina. Warnanya biru kehitaman dan sangat beremosi. Walaupun sudah dikalahkan oleh ikan-ikan Betta jantan yang lain, dia masih tidak mahu mengalah dan mahu bertarung. Oleh sebab saya tidak dapat menjaga dan meleraikan Dakwat Cina daripada bergaduh dan dikalahkan oleh ikan Betta jantan yang lain, maka saya terpaksa mengasingkan Dakwat Cina buat seketika.

Walaupun besar harapan saya kini agar kesemua ikan Betta jantan dapat memilih pasangan hidup sendiri secara bebas, namun Dakwat Cina telah merosakkan hasrat saya. Selepas mengurung Dakwat Cina, saya dapati keadaan di dalam tangki ikan semakin aman.

Saya mengurung Dakwat Cina di dalam penjara ikan selama beberapa minit sebelum melepaskannya semula. Sebaik-baik sahaja dilepaskan, Dakwat Cina pun kembali berkeliaran di dalam tangki ikan dalam keadaan yang keliru.

Dakwat Cina kembali mencari musuh lamanya. Namun sekali lagi, Dakwat Cina dikalahkan. Saya terpaksa meleraikan Dakwat Cina daripada terus memburu musuhnya. Dakwat Cina telah mengalami kerosakan sirip yang teruk. Namun selepas beberapa kali ditewaskan, barulah Dakwat Cina dapat menerima hakikat bahawa dirinya adalah paling tidak handal di dalam tangki itu.

Kini, Dakwat Cina berdiam diri sambil bermuhasabah diri. Refleksi kendiri merupakan satu aktiviti peribadi yang sangat penting buat Dakwat Cina. Kini setelah hampir satu jam berlalu, Dakwat Cina sudah mampu hidup dengan agak harmoni di dalam tangki ikan saya. Masalah pergaduhan antara ikan-ikan Betta saya sudah pun berakhir.

Sebagai ganjaran di atas inisiatif Dakwat Cina dan ikan-ikan Betta yang lain untuk berubah sikap dan berkelakuan baik di dalam tangki ikan saya, saya telah mengurniakan dua set tukun tiruan yang diperbuat daripada beberapa biji botol air mineral yang dikerat secara adil.

Dengan ini, sudah terdapat tiga set tukun tiruan di dalam tangki ikan saya. Ikan-ikan Betta jantan dan betina kini sudah boleh bermain sorok-menyorok dan tidur dengan lena di dalam tukun-tukun tiruan yang saya hadiahkan kepada mereka. Maka, saya juga sudah boleh tidur dengan lena. Tidak ada lagi mimpi ngeri.

Khamis, Ogos 13, 2009

Ulasan Filem - District 9 - Movie Review

Ulasan Filem: District 9 - Filem Yang Mengharukan Minda
Pengulas: Amiene Rev (C) 2009

District 9 bukan filem biasa. Ia adalah sebuah filem mokumentari yang menarik dan mempunyai mesej yang boleh ditafsirkan. Salah sebuah filem terbaik yang pernah saya lihat untuk tahun ini. Filem ini mempunyai plot dan jalan cerita yang mampu membuatkan saya berfikir. Filem ini juga memiliki aksi-aksi yang mencemaskan, kasih-sayang, setiakawan dan hubungan luar biasa antara manusia dengan makhluk asing selain sindiran dan teguran tersirat untuk dunia nyata.



Sinopsis Filem District 9:
Filem District 9 mengisahkan kehadiran sebuah kapal angkasa makhluk asing di Johannesburg, Afrika Selatan. Kapal angkasa itu terapung di langit selama beberapa hari, sehinggalah manusia cuba membongkar misteri di sebalik kapal angkasa itu.

Didapati, terdapat beribu-ribu makhluk asing yang kelaparan, keliru dan putus harapan di dalam kapal angkasa tersebut. Persatuan manusia yang baik hati, memutuskan untuk menyelamatkan makhluk-makhluk asing yang juga dipanggil sebagai 'orang udang' atau 'prawn' itu dengan memberi sumbangan makanan dan tempat perlindungan.

Daerah yang memuatkan beribu-ribu makhluk asing itu dikenali sebagai District 9 atau Daerah 9. Bilangan makhluk asing ini meningkat hingga ke angka juta dan mereka juga banyak menimbulkan masalah sosial kepada masyarakat setempat. Makhluk-makhluk asing ini mencuri, menculik manusia dan melakukan banyak kerosakan dan vandalisme. Hal ini menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan penduduk setempat.

Makhluk-makhluk asing yang juga dipanggil 'Prawn' oleh penduduk setempat kerana rupanya seperti udang ini sebenarnya adalah makhluk yang setiakawan dan jujur. Mereka juga pandai mencipta senjata-senjata bioteknologi yang canggih dan menukarnya dengan makanan kucing di dalam tin.

Contohnya, satu suit robotik berharga 100 tin makanan kucing. Suit robotik itu dijual kepada kumpulan-kumpulan gelap yang dianggotai oleh warga Afrika. Sayang sekali, kesemua senjata makhluk asing itu tidak dapat digunakan oleh manusia. Ini kerana kesemua senjata canggih ciptaan makhluk asing itu memerlukan pengguna yang memiliki DNA makhluk asing sahaja. Namun, ketaksuban kumpulan-kumpulan gelap terhadap senjata makhluk asing yang dianggap sebagai misteri, ajaib dan keramat menyebabkan mereka tetap mahu menyimpan senjata-senjata makhluk asing ini.

Kumpulan gelap ini sering menipu makhluk-makhluk asing ini. Mereka percaya dengan memakan jantung makhluk asing ini, mereka akan kebal dari pelbagai jenis penyakit termasuklah diabetes. Manakala ketua kumpulan gelap Afrika pula percaya, dengan memakan tangan makhluk asing, akan dapat memberikannya tenaga dan kuasa makhluk asing.

Watak utama dalam filem ini ialah seorang ejen MNU (Multi-Nation United) bernama Wikus van der Merwe (lakonan Sharlto Copley). Wikus sangat menjaga kebajikan makhluk asing ini, tetapi sayangnya dia sering diancam oleh makhluk asing semasa menjalankan tugas.

Memandangkan masyarakat setempat tidak lagi mampu bersabar dengan kebiadaban yang dipamerkan oleh makhluk asing, pihak MNU bercadang untuk memindahkan kesemua makhluk asing ke satu tempat yang tidak ada manusia, iaitu kira-kira 200 kilometer daripada District 9. Tempat baru ini akan dikenali sebagai District 10. Kesemua makhluk asing akan diminta untuk menandatangan satu borang persetujuan untuk berpindah.

Pada suatu hari, ketika Wikus mengunjungi sebuah rumah makhluk asing yang bernama Christopher, Wikus telah menemui satu silinder perak yang mengandungi cecair hitam. Semasa memeriksa silinder perak tersebut, Wikus telah terkena percikan cecair hitam yang menyebabkan mutasi makhluk asing berlaku ke atas Wikus.

Wikus kini mempunyai DNA makhluk asing dan perlahan-lahan berubah menjadi makhluk asing. Hal ini berjaya dikesan oleh pihak MNU di pusat perubatan semasa Wikus menerima rawatan. Jangkitan DNA makhluk asing ke atas Wikus ini sebenarnya telah membuka niat sebenar MNU melindungi makhluk asing.

Pihak MNU sebenarnya telah lama tertarik dengan senjata-senjata canggih ciptaan makhluk asing ini. Oleh itu, kebolehan Wikus untuk menggunakan kesemua peralatan dan senjata bioteknologi ciptaan makhluk asing telah menarik perhatian pihak MNU. Mereka menilai Wikus dengan harga berbilion Dolar. Wikus merupakan manusia paling bernilai di dunia. Pihak MNU mahu mengekstrak keluar DNA makhluk asing dari badan Wikus dan ini bermakna kesemua sel dan tisu badan Wikus perlu digunakan. Ini juga bermakna Wikus akan terkorban kerana ketamakan pihak MNU mahu merampas teknologi makhluk asing.

Menyedari agenda rahsia MNU, Wikus melarikan diri dan menjejaki Christopher. Christopher memberitahu Wikus bahawa makhluk asing memiliki teknologi perubatan untuk menyembuhkan kembali Wikus supaya menjadi manusia normal tetapi teknologi tersebut tidak ada di District 9. Teknologi tersebut berada di planet makhluk asing. Christopher juga berjanji akan kembali ke bumi selepas 3 tahun, untuk menolong menyembuhkan Wikus, tetapi Wikus tidak dapat bersabar memandangkan Wikus kini telah menjadi buruan pihak MNU yang mahukan DNA makhluk asing yang terdapat di badannya.

Pada mulanya Wikus menyalahkan Christopher, namun kemudian, Wikus mula menyedari keikhlasan Christopher. Ini kerana semasa Christopher dan Wikus berjaya memecah masuk ke makmal rahsia MNU, Christopher berasa sangat sedih melihat kaumnya telah dijadikan eksperimen perubatan. Oleh itu Christopher terpaksa melengahkan janjinya kepada Wikus selama tiga tahun kerana mahu menumpukan terhadap usaha menyelamatkan kaum sejenisnya.

Sementara itu, Wikus telah dianggap sebagai pelarian dan pada masa yang sama sebagai penjenayah yang dikehendaki. Wikus telah difitnah mengadakan hubungan seks dengan makhluk asing dan kerana itu beliau telah dijangkiti penyakit makhluk asing yang boleh berjangkit. Ini menyukarkan Wikus untuk menonjolkan diri di khalayak ramai. Mujurlah isteri Wikus masih mempercayai Wikus.

Babak-babak terakhir filem ini berakhir dengan aksi peperangan antara Wikus, makhluk asing dengan pihak MNU. Wikus menggunakan peralatan canggih makhluk asing untuk menyerang balas serangan pihak MNU dan pada masa yang sama untuk melindungi Christopher naik ke kapal angkasa makhluk asing.

Anak lelaki Christopher yang sudah tentunya seekor makhluk asing yang pintar telah berjaya mengaktifkan kapal angkasa makhluk asing secara kawalan jauh dan menyedut kapal angkasa kecil makhluk asing masuk ke kapal angkasa besar.

Adakah misi Wikus untuk membolehkan Christopher pulang ke planetnya berjaya? Bagaimana dengan cinta sejati isteri Wikus yang menunggu kepulangan Wikus biarpun ramai pihak menganggap Wikus telah terkorban? Apakah yang telah berlaku ke atas Wikus? Adakah Christopher akan menunaikan janjinya? Segala panduan jawapan untuk persoalan-persoalan ini akan menyerbu minda selepas menonton cerita ini.

Filem District 9 mungkin kurang sesuai untuk tontonan kanak-kanak kerana aksi terlalu ganas dan isu politik serta perkauman yang ada di dalam filem ini. Filem District 9 adalah sebuah filem yang menyentuh hati, dan pada masa yang sama merupakan satu filem sindiran halus buat umat manusia. Filem District 9 pada mulanya akan menggeletek hati saya, tetapi semakin lama saya menonton filem ini, saya mula tersentuh dengan jalan ceritanya. Saya menganggap filem District 9 ini sebagai salah sebuah filem terbaik untuk tahun 2009. Tahniah buat Neill Blomkamp dan Terri Tatchell.

Selasa, Ogos 11, 2009

Perbezaan antara Crown-Tailed dengan Veil-Tailed Betta

Crown-Tailed Betta Lebih Baik Dalam Komuniti Berbanding Veil-Tailed Betta
Pengkaji: Amiene Rev (C) 2009

Ringkasan Hasil Kajian:
Ikan Crown-Tailed Betta lebih bersifat damai, suka berdiam diri dan tenang manakala Ikan Veil-Tailed Betta suka berkeliaran, lincah, agresif, bersikap mendominasi kawasan dan mudah bergaduh dengan ikan-ikan Betta yang lain.

Huraian Kajian:
Hari ini saya menjalankan kajian secara pemerhatian, meneliti perbezaan sifat dan tingkah laku antara Crown-Tailed Betta dengan Veil-Tailed Betta. Saya mendapati Crown-Tailed Betta atau Ikan Sepilar Ekor Mahkota lebih suka menghindari pertarungan berbanding Veil-Tailed Betta atau Ikan Pelaga Siam. Kajian ini walau bagaimana pun belum mendalam dan perlukan variasi.

Crown-Tailed Betta

Crown-Tailed Betta memiliki sirip dan ekor yang berjurai yang menampakkan ikan ini seolah-olah bersifat ganas dan pembengis. Hakikatnya, Crown-Tailed Betta yang dikaji sering mendiamkan diri dan jarang naik ke permukaan untuk mendapatkan oksigen. Saya mengkaji dua ekor ikan Crown-Tailed Betta dan mendapati kedua-duanya mempunyai perilaku yang sama.

Tertarik dengan sifat sukakan kedamaian dan privasi yang ada pada kedua-dua ekor ikan dari spesies Crown-Tailed Betta ini, saya cuba meletakkan kedua-dua jenis ikan yang sama jenis ini ke dalam satu bekas kecil.

Didapati, kedua-dua ekor ikan Crown-Tailed Betta ini menjauhkan diri antara satu sama lain. Berdasarkan sikap yang ditunjukkan oleh ikan jenis Crown-Tailed Betta ini, saya berpendapat, ikan Crown-Tailed Betta boleh hidup dalam komuniti atau dipelihara dalam satu bekas yang sama.


Veil-Tailed Betta

Ikan Pelaga Siam jenis ini biasa didapati di Malaysia. Veil-Tailed Betta memiliki sirip yang panjang dan lurus seperti dedaun atau helaian kain sutera. Sisiknya juga berkilau dengan warna-warna terang, garang atau gelap.

Walaupun sirip-siripnya sering kelihatan layu, namun hakikatnya Veil-Tailed Betta adalah jenis ikan yang bersikap mendominasi sesuatu kawasan. Ikan dari jenis Veil-Tailed Betta ini cenderung untuk mencabar dan mengejar ikan-ikan Betta dari jenis Crown-Tailed. Sekiranya Veil-Tailed Betta bertembung dengan Veil-Tailed Betta yang lain, kebarangkalian untuk berlaku pertarungan maut adalah sangat tinggi.

Saya melepaskan ikan-ikan jenis Veil-Tailed Betta ini secara berhati-hati di lokasi yang berasingan di dalam tangki ikan. Namun, ikan-ikan dari jenis Veil-Tailed Betta ini sangat suka berkeliaran di dalam tangki, dan ini menyebabkan mereka mudah bertemu dengan ikan-ikan yang lain.

Pada mulanya mereka akan saling cabar-mencabar, acah-mengacah antara satu sama lain, namun apabila melihat peluang untuk menyerang telah timbul, pertarungan maut akan berlaku. Ikan-ikan dari jenis Veil-Tailed Betta ini akan saling gigit-menggigit sirip atau ekor lawan mereka dan pergelutan maut akan berlaku.

Sirip-sirip ikan akan koyak rabak dan ini sangat menyedihkan saya. Menyedari bahawa Veil-Tailed Betta memiliki sifat yang berlawanan dengan Crown-Tailed Betta, saya mula mengasingkan 3 daripada 4 ekor ikan Veil-Tailed Betta ini ke dalam bekas yang berasingan. Bekas-bekas yang berasingan itu diletakkan rapat-rapat antara satu sama lain supaya ikan-ikan Veil-Tailed Betta ini dapat melihat antara satu sama lain.

Saya meneliti ikan Veil-Tailed Betta ini satu-persatu dan cuma membiarkan ikan Veil-Tailed Betta yang paling kurang ganas untuk dibiarkan bersama-sama dua ekor ikan Crown-Tailed Betta yang lain.

Pada mulanya ikan Veil-Tailed Betta ini berkeliaran di dalam tangki dan apabila ternampak ikan Crown-Tailed Betta, dia mengejar dan mengepung ikan tersebut. Selepas kira-kira 1 jam kemudian, saya dapati ikan Veil-Tailed Betta yang dibiarkan berada di dalam satu tangki dengan ikan Crown-Tailed Betta itu sudah mula dapat hidup harmoni dengan ikan-ikan Crown-Tailed Betta yang lain.

Sementara itu, ikan-ikan Veil-Tailed Betta yang diasingkan masih menunjukkan sifat mahu mendominasi kawasan, agresif dan saling cabar-mencabar antara satu sama lain.

Berdasarkan ini, saya membuat kesimpulan bahawa ikan Betta dari baka Crown-Tailed sesuai untuk dikomersilkan kerana bersifat suka mengelak pertarungan dan risiko kematian akibat pergaduhan boleh dielakkan walaupun diletakkan secara beramai-ramai dalam satu tangki yang sama, manakala Veil-Tailed Betta pula hanya sesuai dipelihara secara berasingan kerana bersifat suka mendominasi kawasan dan bertarung dengan ikan Betta yang lain.

Selepas ini saya cuma akan membeli ikan Crown-Tailed Betta sahaja sehinggalah saya menemui cara untuk mendamaikan ikan-ikan Veil-Tailed Betta yang sedia ada ini dengan sub-spesies yang sama atau sub-spesies berlawanan. Ikan Veil-Tailed Betta sungguh hiperaktif.

Saya juga membaca kajian tersebut untuk menilai pandangan pengkaji lain mengenai sifat-sifat Ikan Betta. Berdasarkan kajian yang disampaikan menerusi pautan di bawah, saya mendapati jenis ikan Betta yang dikaji adalah dari jenis Veil-Tailed Betta sahaja:

http://cas.bellarmine.edu/tietjen/Projects/display_behaviors_of_male_betta_.htm

Sabtu, Ogos 08, 2009

Griffindor Juara Keseluruhan

Rumah Griffindor telah berjaya menjadi juara keseluruhan pada acara sukan kali ini. Sebelumnya Hufflepuff adalah sang juara yang angkuh. Rumah Griffindor seringkali diperkecilkan dan dipandang rendah.

Namun, kali ini, Griffindor telah membuat kejutan besar dengan menewaskan kesemua rumah sukan yang lain seperti Ravenclaw dan Slytherin. Kekalahan Hufflepuff yang sebelumnya telah menjadi juara dua kali dan kemenangan Griffindor buat pertama kali, merupakan satu petanda bahawa nasib dan tuah telah beralih ke arah Griffindor.

Namun, sudah menjadi hasrat Griffindor untuk mencapai kemenangan dengan cara yang adil dan saksama. Griffindor dengan merendah diri, bangkit dan berlatih untuk mencipta kemenangan mutlak. Menerusi kemenangan ini, tersangkal sudah kutukan, sumpahan dan penghinaan yang selama ini dilontarkan ke arah Griffindor.

Rakaman gambar yang dibuat oleh Duke, yang juga merupakan pelakon utama filem G.I Joe, meningkatkan lagi taraf Rumah Griffindor.

Keterangan mengenai Griffindor menurut Wikipedia:
Gryffindor values courage, bravery, daring, nerve and chivalry. Its mascot is the lion, and its colours are red and gold. The Head of this house is the Transfiguration teacher, Minerva McGonagall, and the house ghost is Nearly Headless Nick. According to Rowling, Gryffindor corresponds roughly to the element of fire. The founder of the house is Godric Gryffindor.

The Gryffindor common room is located in one of the castle's highest towers, the entrance to which is located on the seventh floor in the east wing of the castle and is guarded by a painting of The Fat Lady, who is garbed in a pink dress. She permits entry only after being given the correct password.

Jumaat, Ogos 07, 2009

Kenapa Saya Peram Novel Saya?

Semasa kita menulis novel, kita tentu berasa seronok menulis sehingga kadangkala kita tidak sedar adanya peluang untuk novel kita dilabelkan sebagai karya 'syok sendiri'. Bagi menilai semula novel yang saya tulis, proses 'peram novel' ini dilakukan.

Dalam tempoh 'peram novel', saya akan mengabaikan novel yang telah ditulis untuk beberapa minggu atau bulan. Selepas habis tempoh 'peram novel', barulah saya akan membelek semula manuskrip novel tersebut.

Ketika itu, saya dapat menilai tahap keseronokan membaca novel yang saya tulis. Adakah novel tersebut sedap dibaca, atau memualkan? Adakah novel tersebut dapat memberi perasaan santai kepada pembaca, atau membebankan pemikiran pembaca? Adakah novel tersebut segar atau idea-ideanya sudah basi?

Saya akan dapat menilai novel yang telah saya tulis selepas melakukan proses 'peram novel'. Pentingkah penilaian ini? Harap-harapnya begitulah sebab kita tidak tahu selera pembaca.

Seelok-eloknya apabila kita bertanya kepada orang lain atau peminat novel tentang novel apakah yang mereka suka beli dan baca, jangan pula kita dedahkan diri kita sebagai penulis. Seboleh-bolehnya kita merisik. Dengan ini, kita akan dapat mengetahui pendapat yang lebih jujur dan ikhlas tanpa adanya unsur-unsur untuk menyedapkan hati kita.

Oleh itu, sebarang komen yang diterima pada entri ini tidak akan dinilai sebagai pendapat yang dikehendaki. Kita mesti cari sendiri pendapat-pendapat tersebut di luar sana.

Khamis, Ogos 06, 2009

Siap Pun Sebuah Novel

Setelah berbulan-bulan mencuri masa, minit, jam dan saat. Novel saya yang satu ini, dengan limpah kurnia yang Maha Esa, berjaya ditulis dengan agak jayanya. Saya berhajat memeram karya ini sehingga tiba masa yang sesuai untuk mendedahkannya.

Bagaimana agaknya perasaan seorang penulis apabila berjaya menyiapkan sebuah novel. Saya tidak peduli apa pun tentang perasaan. Sebab menulis novel bukan berkenaan perasaan atau emosi, tetapi apabila kita rasa hendak menulis novel, tulis sahajalah.

Ini kerana novel ialah sebuah karya syok global. Syok global membawa maksud kita adalah pemancing dan pembaca adalah ikan. Nama pena saya bermula dengan huruf M.

Rabu, Ogos 05, 2009

3 Pemenang Bertuah 4 hari 3 malam di Perth, Australia. Peraduan Duke Amiene Rev 2009

Berikut adalah nama-nama 3 pemenang yang telah menyertai peraduan di Amiene Rev E-Zine tempoh hari.

Shahidatul Erna Binti Mat Latip

Ahmad Darius Dahar

Lim Yang Chou

Sila sahkan menerusi e-mel untuk penghantaran pakej hadiah pelancongan ke Perth, Australia sebelum 22 Ogos 2009

Isnin, Ogos 03, 2009

Jangan Makan Udang Geragau! Haram?

Haiya! Ini entri daripada Rudy Blue Hikari, banyak menggemparkan kepala otak saya! Nasib baik saya tidak makan itu udang geragau. Udang kering pun saya banyak jarang makan. Kenapa saya tidak mahu makan udang kering atau itu udang geragau. Sebab saya tidak suka makan. Saya lagi suka makan ikan tenggiri masin yang diperam dalam garam.

Ini entri mesti mahu baca. Jika kamu baca ini entri, nanti kamu tahu kenapa kamu kena hati-hati beli itu udang geragau. Wah! Ini banyak punya syubhat. Banyak punya haram! Banyak itu kita panggil kontroversi!

http://www.bluehikari.com/nikki/2009/07/13/larut-matang-1-industri-geragau/

Ahad, Ogos 02, 2009

Satu Tahun Satu Negara - Amiene Rev Sang Pengembara

Saya berhajat mahu pergi menunaikan umrah pada tahun ini juga. Saya sudah menetapkan jadual melancong (bukan sekadar melancong tetapi lebih kepada memenuhi kehendak kajian saya) ke luar negara. Setiap tahun sekurang-kurangnya sebuah negara.

Memandangkan saya ada keluarga angkat dan saudara-mara di beberapa buah negara, maka tidak perlu lagi saya menyewa hotel. Kebetulan pula kebanyakan keluarga angkat saya adalah beragama Islam. Jika ada yang tidak beragama Islam, itu pun bukan satu masalah juga, sebab saya sudah biasa dengan lokasi-lokasi makanan yang sesuai untuk tekak saya sebagai seorang Islam.

Cabarannya kini, saya mahu ke negara yang belum pernah saya jejaki. Ini bermaksud, negara-negara yang mungkin kurang popular dalam peta dunia. Saya perlukan lebih banyak input mengenai beberapa negara yang tidak popular ini. Walau pun negara-negara tersebut kurang popular, tetapi ada subjek atau objek di negara tersebut yang menarik perhatian saya untuk dikaji.

Maka, selepas reda isu H1N1 ini, saya akan kembali aktif ke luar negara seperti biasa. Sesetengah manusia mampu melihat atau memikirkan sesuatu yang di luar jangkaan manusia kebanyakan. Sejarah hidup saya membuktikan saya bukan orang kebanyakan. Terlalu banyak persoalan yang sukar diterangkan kepada manusia-manusia kebanyakan. Ini bukan satu pernyataan yang menghina biarpun ia kelihatan seolah-olah menghina manusia kebanyakan.

Persoalan yang patut ditanya, "Jika mereka tidak mahu dipanggil orang kebanyakan, kenapa mereka bersikap seperti manusia kebanyakan. Kenapa mereka tidak boleh berfikir secara luar biasa?"

Dan sudah semestinya saya rasa saya tidak perlu menjawab soalan di atas. Soalan di atas saya campak ke dalam tong sampah, kerana saya masih ada terlalu banyak persoalan yang perlu saya cari jawapannya sendiri. Carilah jawapannya sendiri, itulah jawapan saya untuk persoalan-persoalan di atas. Pemikiran seseorang individu itu akan membentuk jalan kehidupannya. Saya melalui jalan hidup saya dan tidak berminat untuk mengambil tahu jalan hidup orang lain. Hidup sudah sedia mudah. Belajar. Kerja. Tambah pendapatan. Bercuti. Berseronok. Bersyukur.

Sabtu, Ogos 01, 2009

Nikon D60 - My Camera

Asalnya saya ingin membeli sebuah kamera untuk merakam pergerakan objek yang bergerak dengan sangat pantas. Pada ketika itu, Nikon D40 merupakan pilihan saya. Namun, model D40 sudah tidak ada di pasaran. D40 mempunyai keupayaan untuk merakamkan objek dengan kelajuan Shutter 1/500 dengan flash sync. Ini adalah kelebihan Nikon D40 berbanding dengan mana-mana model kamera Nikon yang lain. Saya agak kecewa kerana Nikon D60 cuma memiliki kelajuan 1/200 apabila mengambil gambar dengan flash sync.



Jumlah gambar yang dapat diambil dengan menggunakan Nikon D60 apabila dianggarkan dalam kapasiti 1GB adalah seperti berikut:
Sumber: http://www.letsgodigital.org/en/camera/review/156/page_5.html
Resolution 3872x2592 pixels - NEF - 9,0MB - 79 pictures
Resolution 3872x2592 pixels - JPEG - Fine - 4,8MB - 129 pictures
Resolution 3872x2592 pixels - JPEG - Normal - 2,7MB - 225 pictures
Resolution 3872x2592 pixels - JPEG - Basic - 1,2MB - 487 pictures
Resolution 2896x1944 pixels - JPEG - Fine - 2,4MB - 251 pictures
Resolution 2896x1944 pixels - JPEG - Normal - 1,3MB - 431 pictures
Resolution 2896x1944 pixels - JPEG - Basic - 0,6MB - 888 pictures
Resolution 1936x1296 pixels - JPEG - Fine - 1,2MB - 487 pictures
Resolution 1936x1296 pixels - JPEG - Normal - 0,7MB - 839 pictures
Resolution 1936x1296 pixels - JPEG - Basic - 0,3MB - 1500 pictures
Resolution NEF+JPEG - Basic - 10,1MB - 70 pictures

Bateri: Nikon D60 - 1000mAh EN-EL9 Lithium Ion battery

Dianggarkan 450-500 keping gambar dapat diambil dengan menggunakan bateri di atas. Justeru, saya memerlukan sekurang-kurangnya dua bateri Nikon D60 - 1000mAh EN-EL9 Lithium Ion battery.

Berbalik pada tujuan asal saya membeli kamera. Saya ingin membeli sebuah kamera digital SLR yang mampu merakamkan objek pada kepantasan yang amat tinggi. Berikut adalah beberapa keterangan yang mungkin membantu saya dalam membuat keputusan untuk mendapatkan Nikon D60.


5. Advanced Shooting Tips for Your Nikon D60
Sumber: :http://my.safaribooksonline.com/30000LTI00244/ch05

Getting the right exposure is one of the foundations of a great photograph, but a lot more goes into a compelling shot than good tonal values. A sharp image, proper white balance, good color, and other factors all can help elevate your image from good to exceptional. So, now that you've got a good understanding of exposure tucked away, you'll want to learn how to work with additional exposure options available with the Nikon D60, and explore some of the intricacies of automatic focus.

This chapter is a bit of a grab-bag, because I'm including some specific advanced shooting techniques that didn't quite fit into the other chapters. If you master these concepts, you can be confident that you're well on your way towards mastering your Nikon D60. In fact, you'll be ready for the discussions of using lenses (Chapter 6) and working with light (Chapter 7).
A Tiny Slice of Time

Exposures that seem impossibly brief can reveal a world we didn't know existed. In the 1930s, Dr. Harold Edgerton, a professor of electrical engineering at MIT, pioneered high-speed photography using a repeating electronic flash unit he patented called the stroboscope. As the inventor of the electronic flash, he popularized its use to freeze objects in motion, and you've probably seen his photographs of bullets piercing balloons and drops of milk forming a coronet-shaped splash.

Electronic flash freezes action by virtue of its extremely short duration—as brief as 1/50,000th second or less. Although the D60's built-in flash unit can give you these ultra-quick glimpses of moving subjects, an external flash, such as one of the Nikon Speedlights, offers even more versatility. You can read more about using electronic flash to stop action in Chapter 7.

Of course, the D60 is fully capable of immobilizing all but the fastest movement using only its shutter speeds, which range all the way up to a respectably quick 1/4,000th second. Indeed, you'll rarely have need for such a brief shutter speed in ordinary shooting. If you wanted to use an aperture of f/1.8 at ISO 200 outdoors in bright sunlight, for some reason, a shutter speed of 1/4,000th second would more than do the job. You'd need a faster shutter speed only if you moved the ISO setting to a higher sensitivity, say, to compensate for a polarizing filter you attached to your lens. Under less than full sunlight, 1/4,000th second is more than fast enough for any conditions you're likely to encounter.

Most sports action can be frozen at 1/2,000th second or slower, and for many sports a slower shutter speed is actually preferable—for example, to allow the wheels of a racing automobile or motorcycle, or the propeller on a classic aircraft to blur realistically. Other times, freezing a moment in time concentrates the focus of the picture on the interaction of the subjects. Figure 5.1 is example. The 1/1000 second shutter speed effectively stopped the football players in mid-stride, creating a tableau in which each athlete pictured had a role.

Walau bagaimana pun, catatan di http://www.kenrockwell.com/nikon/d60.htm kurang menggalakkan saya untuk mendapatkan Nikon D60. Namun, saya kini dalam proses 70% ke arah mendapatkan Nikon D60. E-Book beliau tentang D40 membantu saya untuk memahami D40: http://www.kenrockwell.com/nikon/d40/users-guide/d40-users-guide.pdf

Dan ada ruangan diskusi khas untuk Nikon D60 di Flickr: http://www.flickr.com/groups/nikond60users/discuss/. Menerusi ruangan tersebut saya mendapat maklumat ini:

PENDAPAT 1: I used a 55-200 lens on my D60 with AF and VR turned on. I put the camera in Auto mode and I got some pretty good shots during a soccer tournament this year. I got numerous comments from Friends and Family so they must have been pretty good. I am no professional and do not pretend to be one but I was delighted with the results.

PENDAPAT 2: Or set your aperture wide open (or as wide as possible given the DOF you want) and then bump ISO up till you get a fast enough shutter speed. If you shoot RAW then you can experiment with underexposing by a stop and bringing it back up in post processing. This can get shutter speeds up to a useful range usually. 1/500s f5.6 ISO640 Sunny outside.

PENDAPAT 3: For a longer range, look at the 70-300mm VR, as it's the only 70-300mm Nikon lens that will autofocus on your D60. http://answers.yahoo.com/question/index?qid=20080731181650AAsNDzS

Bagaimana pula dengan ini?

http://www.photolectic.com/reviews/dslr/nikon-d60-sample-images.html

http://www.nikon-image.com/jpn/products/camera/slr/digital/d60/sample.htm

http://www.letsgodigital.org/en/camera/review/156/page_7.html