Ikan Bakar Di Johor Bahru
Anda mencari restoran atau gerai ikan bakar di sekitar Johor Bahru? Anda berada di tempat yang betul. Di Jalan Sungai Chat, yang tidak begitu jauh dari Dataran Bandaraya, di belakang Straits View Hotel, ada Medan Selera Sungai Chat.
Di situ terdapat sebuah gerai ikan bakar yang dikenali sebagai Tip Top Ikan Bakar. Gerai ini terletak di hujung simpang tiga jalan, umpama corner lot.
Jika anda ke sekitar kawasan Dataran Bandaraya, anda mungkin akan tersesat sehingga ke Medan Steamboat Luton Van. Kerana pada waktu malam, akan ada dua kawasan yang kedua-duanya sekitar 500 meter jauhnya, berderet-deret dengan cahaya.
Untuk pengetahuan anda, kawasan gerai-gerai (van) yang lampu putih menyala di tepi Dataran Bandaraya (yang ada menara jam kuning besar tu) adalah kawasan makanan steamboat.
Jika anda dari Larkin menuju ke Bandaraya, anda mesti akan ternampak sayup-sayup sebelum anda sampai ke Dataran Bandaraya, kira-kira 400 meter dari Bandaraya, anda akan ternampak kawasan gerai bangunan simen berbatu dengan kereta-kereta penuh di tepi jalan. Di situlah lokasi gerai Tip Top Ikan Bakar.
Keistimewaan gerai Tip Top Ikan Bakar adalah layanan yang pantas, anda perlu bertanya terus kepada pekerja-pekerja warung tersebut sama ada masih ada ikan bakar atau pun tidak.
Pada hujung minggu, jangan terkejut jika baru pukul 9.00 malam, ikan bakar sudah habis dijual. Jika anda pergi ke sana pada malam hari minggu, pastikan anda datang selepas Maghrib.
Cara bayaran di sini juga pantas. Anda boleh bayar terus supaya pelanggan baru tidak perlu menunggu. Biasanya meja-meja di warung Tip Top Ikan Bakar cepat sahaja akan direbut pelanggan baru.
Setiap pelanggan warung ikan bakar akan dihidangkan dengan chopstik dan tisu lembab berbau mawar (yang dibungkis di dalam plastik). Ikan pari bakar dan ikan siakap bakar memang sedap, dimasak dengan ramuan istimewa.
Jika anda ingin menggunakan Google Map, anda perlu cari arah jalan dari tempat anda bertolak sehingga ke Jalan Sungai Chat. Medan Selera Sungai Chat ini memang berada di kawasan belakang Straits View Hotel. Jangan tersesat sampai ke Villa Nabila, sudahlah.

Ikan Bakar Tip Top
Medan
Selera Sungai Chat
Jalan Sungai Chat
80000 Johor Bahru
Johor
(tidak jauh dari Dataran Bandaraya
JB)
Masa Berniaga
5p.m. - 12 a.m.
Masa Berniaga
5p.m. - 12 a.m.
GPS:
1.461195,
103.738436
Tempat Letak Kereta:
Digalakkan meletakkan kereta di tepi jalan kerana biasanya semua tempat penuh. Lambat datang, ikan bakar mungkin habis.
|