BLOG DUKE AMIENE REV

Selasa, November 13, 2012

DiGi lancar pelan Pintar Prabayar DG

DiGi Telecommunications Sdn Bhd (DiGi) sedang berusaha menarik lebih ramai warga Malaysia yang tidak boleh ‘hidup’ tanpa khidmat pesanan segera mudah alih menerusi satu tawaran eksklusif untuk pelanggan Pelan Pintar Prabayar DG berkuat kuasa hari ini.

“Mulai hari ini, promosi itu menawarkan tempoh sah tambah nilai lanjutan kepada pelanggan dan caj data percuma tanpa had apabila menggunakan WhatsApp Messenger,” kata syarikat itu dalam satu kenyataannya.

Kerjasama pengendali telefon mudah alih itu dengan WhatsApp Inc juga memberikan kelebihan daya saing kepada DiGi dalam membolehkan pelanggan menikmati perkhidmatan pesanan mudah alih paling popular itu dengan lebih baik.

Kami memanfaatkan perkongsian strategik dengan WhatsApp Inc untuk menawarkan daya hubung percuma," Ting Shiew Han, Ketua Produk (Pengguna dan Perniagaan) DiGi

Ketua Produk (Pengguna dan Perniagaan) DiGi, Ting Shiew Han, berkata, Pelan Pintar Prabayar DG adalah pelan prabayar pertama di Malaysia yang dicipta khas bagi pengguna telefon pintar.

Tempoh sah lebih panjang

Beliau berkata memandangkan setiap enam daripada 10 telefon dijual di Malaysia ialah telefon pintar, DiGi komited untuk memberikan nilai dan kemudahan yang lebih baik kepada pelanggan dengan menyediakan tempoh sah yang lebih panjang serta lebih nilai apabila mereka mendaftar bagi pakej dan tambah nilai.

“Kami memanfaatkan perkongsian strategik kami dengan WhatsApp Inc untuk menawarkan daya hubung percuma kepada perkhidmatan pesanan mudah alihnya yang sangat popular itu kepada pelanggan yang menggunakan Pelan Pintar Prabayar DG,” katanya. 

SUMBER: BERITA HARIAN