BLOG DUKE AMIENE REV

Khamis, Mei 06, 2010

Auto Update: Perjalanan Hidup Lebih Bermakna Berbanding Matlamat Yang Dicapai

Terkadang, sebagai manusia, kita lupa bahawa apa pun matlamat dan cita-cita yang ingin kita capai kadangkala tidak sehebat perjalanan yang kita lalui untuk mencapai satu-satu cita-cita, satu-satu matlamat.

Cita-cita, atau matlamat cuma satu destinasi. Kadangkala, ada satu cita-cita atau matlamat yang dikongsi ramai orang, tetapi perjalanan atau pengembaraan setiap orang untuk mencapai satu-satu matlamat atau cita-cita adalah unik. Ramai orang mampu mencapai pengiktirafan atau pencapaian yang lebih kurang serupa. Maka, di sini, aku ingin bertanya, "Adakah matlamat atau perjalananan untuk mencapai matlamat yang lebih penting?"

Aku dapati, perjalanan untuk mencapai matlamat adalah jauh lebih bermakna dan unik, kerana peristiwa yang berlaku sepanjang perjalanan untuk mencapai matlamat itu, membentuk pengalaman pelbagai rasa yang sungguh hebat. - Amiene Rev.