BLOG DUKE AMIENE REV

Sabtu, Mei 08, 2010

Auto Update: Ketidaksempurnaan

Dalam diri manusia, ada satu elemen ketidaksempurnaan. Ada perbezaan antara manusia yang baik dan manusia yang tidak baik. Manusia yang baik akan memperbaiki diri dan sentiasa mahu memperbaiki diri. Manusia yang tidak baik tidak suka memperbaiki diri dan suka untuk terus dalam keadaan seperti dahulu.

Manusia baik, akan membuang dan menyusun semula unsur-unsur dalam ketidaksempurnaan membentuk satu unsur baru. Manusia yang tidak baik lebih cenderung untuk mempertahankan unsur ketidaksempurnaan itu, lantaran kegelapan hati dan sesat tanpa petunjuk yang nyata.

Manusia yang baik tidak akan menyalahkan sesiapa sebagai punca ketidaksempurnaannya. Manusia yang tidak baik akan menganggap orang lain, ibu bapa, rakan sebaya dan sebagainya yang bersalah kerana menyebabkan dia memiliki elemen ketidaksempurnaan.

Kenapa mesti seseorang itu menyalahkan orang lain sebagai punca ketidaksempurnaannya sedangkan dia sendiri pula mahu mempertahankan ketidaksempurnaan dirinya?
Jika kamu memiliki ketidaksempurnaan, berusahalah untuk memperbaiki atau mengubatinya, bukan mempertahankannya, apabila ketidaksempurnaan itu didapati mendatangkan kemudaratan. - Amiene Rev

Seperti kata pepatah Cina, ada hati yang lebih hitam daripada dakwat Cina sukar diubah biarpun berkali-kali ditegur. Makin ditegur, makin menjadi-jadi, makin melawan, memberontak dan menderhaka, maka sesuailah hati yang hitam itu untuk dicampakkan ke jurang api neraka dengan lidah nyalaan berwarna hitam supaya kelak ia insaf dan menyesal.