BLOG DUKE AMIENE REV

Khamis, Mei 30, 2013

Makan Sayur-sayuran Untuk Kekal Cantik

Terdapat sesetengah jenis makanan yang mampu mengekalkan kecantikan seseorang insan. Berikut adalah 8 makanan yang terdiri daripada sayur-sayuran, kekacang, bijiran, ubi dan minuman teh atau herba yang mampu mengekalkan kecantikan seseorang manusia.

8 makanan untuk kekal cantik
Dipetik dari HMETRO


1. Timun
Masalah kulit muka yang kasar sering menimbulkan resah kepada setiap individu. Timun boleh membantu atasi masalah ini dengan menjadikannya sebagai ‘masker’. Hiris di bahagian hujung timun dan gaul dengan tepung jagung serta sedikit air. Kemudian, sapukan pada keseluruhan muka sebelum tidur dan cuci pada keesokan hari. Timun juga boleh dimakan sebagai ulam atau dimasukkan ke dalam pelbagai jenis masakan.

2. Tomato
Kandungan asli buah tomato dapat memulihkan kulit wajah dan menjadikan kulit licin serta halus. Tomato juga boleh menjadi bahan anti-penuaan yang membuatkan kulit menjadi lebih muda.

3. Bayam
Bayam mengandung protein, lemak, karbohidrat, kalium, zat besi, amarantin, purin, dan vitamin A, B dan C. Makan bayam setiap hari boleh mengurangkan risiko kulit menjadi berkerut dan berkedut walaupun usia semakin bertambah.

4. Badam
Mereka yang gemar makan badam akan memiliki kulit yang lebih sihat berbanding mereka yang tidak mengambilnya langsung. Ini kerana badam kaya dengan vitamin E yang berfungsi sebagai anti-oksidan agar kulit menjadi lebih kuat dan sihat khususnya ketika berada di bawah sinar mentari. Badam juga banyak digunakan dalam pembuatan kek dan biskut.

5. Lobak merah
Banyak kelebihan yang akan kita peroleh apabila makan lobak merah dan ia mampu menyegarkan mata. Tetapi lobak merah yang kaya dan mengandungi vitamin A ini juga membantu merangsang sel kulit agar menjadi lebih baik dan menghalang sel-sel kanser.

6. Coklat pekat
Coklat bukan saja boleh membuatkan kita berasa gembira malah boleh membantu tekstur dan kekenyalan kulit. Hindarkan pandangan mereka yang beranggapan bahawa coklat menggemukkan dan berjerawat kerana coklat sebenarnya mempunyai pelbagai khasiat yang tinggi.

7. Teh hijau
Teh hijau adalah sejenis teh yang dibuat daripada daun Camelia senensi yang mengalami oksidasi minimal sepanjang proses pembuatannya. Teh hijau yang berasal dari China dikaitkan dengan kebudayaan Timur di mana boleh menghasilkan kesan yang hebat pada kulit serta baik untuk kesihatan. Teh ini juga membantu kulit menjadi lebih halus.

8. Ubi manis
Ubi kaya dengan vitamin C, ia bukan saja membantu menghaluskan kulit, bahkan menghindarkan kulit daripada kerutan. Vitamin C yang terkandung di dalamnya adalah salah satu bahan penting untuk membentuk kolagen yang amat baik untuk kelunturan dan keanjalan kulit.