Kuarantin Ikan Keli 36 Jam Sebelum Dijual, 36 Jam Sebelum Dimakan
Ramai penjual tak tahu kuarantin keli
2012-07-21 Disediakan oleh Berita Harian
Kuala Lumpur: Ramai kalangan penjual dan pembeli keli di sekitar ibu negara tidak mengetahui kepentingan proses istihalah atau kuarantin haiwan berkenaan sebelum ia dijual atau dimakan.
Peniaga, Supian Abu, 40, yang sudah menjual keli sejak tiga tahun lalu di Pasar Harian Selayang, berkata ramai penjual hanya mengambil bekalan keli daripada pengusaha dan tidak mengetahui proses lain yang perlu dilakukan selepas itu. "Kita tidak tahu bagaimana proses pemberian makanan itu, setakat ini apa yang kami tahu semua keli dijual dalam pasaran diternak di dalam negara.
"Menurut pengusaha yang menternak keli, haiwan itu memang diberi makan usus ayam dan dedak, tetapi ramuan di dalamnya tidak pula diperincikan," katanya yang menjual kira-kira 400 kilogram keli sehari.
Kaedah cuci keli
Kelmarin, akhbar ini mendedahkan kaedah menyucikan keli yang memakan dedak DNA babi dengan dikuarantin selama 36 jam tanpa diberi sebarang makanan.
Kajian dijalankan terhadap dedak makanan ternakan itu kebanyakannya diimport dari China, Thailand dan Taiwan mendapati mempunyai DNA babi.
Sementara itu, Mufti Perak, Harussani Zakaria dalam satu kenyataan menegaskan, haram bagi umat Islam makan haiwan ternakan diberi makan bangkai, najis serta makanan mengandungi DNA babi.

|