BLOG DUKE AMIENE REV

Rabu, Julai 18, 2012

Samsung Galaxy S III Meletup Ketika Dicaj

SEBUAH telefon bimbit jenama Samsung Galaxy S III meletup ketika sedang dicaj di dalam kereta. Peristiwa ini berlaku di Ireland.

Kejadian Samsung Galaxy S III meletup ketika dicaj ini menjadi topik hangat di internet apabila pemilik telefon bimbit itu menyiarkan gambar itu di sebuah forum terkenal. Namun begitu, tidak pula ditunjukkan gambar alat pengecaj yang digunakan.

Telefon bimbit dengan teknologi asal Korea Selatan ini mula terbakar di bahagian bawah, berhampiran dengan port caj semula.

Gambar Samsung Galaxy S III yang terbakar ini disiarkan oleh seorang pengguna di Dublin, Ireland yang menggelar dirinya sebagai Dillo2k10.

“Ketika saya sedang memandu dan Galaxy S III sedang dicaj, tiba-tiba berlaku percikan api putih dan kemudian ianya meletup,” katanya seperti dipetik dari DailyMail.

Menurut jurucakap Samsung berkata, “Samsung menyedari masalah ini dan mula melakukan penyelidikan terhadap produk ini. Bila penyelidikan selesai, kami akan memberikan penjelasan berkaitan situasi ini.”

Samsung Galaxy S III sudah terjual sebanyak lebih dari 10 juta unit di seluruh dunia dan menjadi salah satu gajet paling laris sejak ia dilancarkan pada Mei 2012 lalu.

Menurut pandangan salah seorang pengkomen, mengecaj bateri menggunakan bateri kereta dianggap tidak bijak kerana aliran eletrik yang stabil dan boleh mengundang bahaya. Selain itu penggunaan alat pengecaj yang murah dan tidak berkualiti juga memungkinkan berlakunya letupan pada telefon bimbit yang dicaj. Kini Samsung Galaxy S III mula dianggap sebagai telefon bimbit yang berisiko semasa dicaj.