Prinsip Amiene Rev - Saya Mencari Pengajaran, Bukan Mencari Alasan
"Saya tidak mahukan alasan. Apa yang saya mahu ialah hasil atau pengajaran daripada tindakan atau perbuatan kita pada masa lalu, tidak kira ianya suatu kegagalan atau pun kejayaan." - Amiene Rev (Prinsip Amiene Rev)
Prolog: Menilai Maksud Kemerdekaan
31 Ogos 1957, negara kita merdeka. Sudah, 51 tahun negara kita Merdeka. Negara kita hari ini menjadi negara merdeka kerana mereka, orang-orang dahulu mahukan kemerdekaan. Namun, orang-orang kita pada hari ini, tidak semuanya mahu merdeka. Apakah perkara yang telah kita lakukan selama ini, sebagai tanda menghargai kemerdekaan?
Menyambut kemerdekaan adalah kisah lalu. Kegembiraan orang-orang dahulu. Kita hari ini, apakah pengajaran yang kita dapat daripada kisah-kisah lalu; sejarah kemerdekaan negara kita? Adakah kita cuma memahami keseronokan acara dan program menyambut kemerdekaan, atau melihat bunga api, atau melaungkan kemerdekaan sekuat-kuat hati? Kita berasa seronok kerana dapat menjerit dan melaungkan kemerdekaan? Itukah? Itu sajakah? Di mana pula letakknya hati dan jiwa kemerdekaan dalam diri kita? Mungkin tidak terbayang dari sesetengah sudut imaginasi bagi sebilangan orang daripada kita, bagaimana perjuangan kemerdekaan itu disambut.
"Saya mahukan hasil atau pengajaran daripada tindakan saya yang lalu, bukannya alasan. Alasan tidak memberi apa-apa makna, tetapi hasil atau pengajaran yang kita perolehi daripada peristiwa lalu, adalah ilmu dan pengalaman yang paling berharga." - Amiene Rev
Dalam usaha untuk mencapai kemerdekaan, orang-orang dahulu tidak dapat lari daripada melakukan kesilapan dan kegagalan sebelum menempuhi kejayaan. Namun, pada pandangan saya, apa yang kita mahukan bukanlah alasan kenapa kita gagal, kenapa kita tidak dapat mencapai matlamat yang kita ingini. Saya lebih suka meminta hasil atau pengajaran yang diperolehi daripada satu-satu perkara yang telah berlaku, tidak kira ianya berjaya atau gagal.
Katakan kita telah melakukan suatu kesilapan, adakah kita mahu mengungkit-ungkit kesilapan lalu dengan memberikan alasan? Jika saya, saya lebih suka memberitahu hasil dan pengajaran yang saya perolehi daripada kisah lalu. Saya gagal. Ya, saya gagal, dan saya telah mendapat pengajarannya. Dahulu saya tidak tahu, tetapi selepas berlaku peristiwa tersebut, saya telah mengetahui kenapa dan bagaimana, dan apa yang sepatutnya saya lakukan.
Jika saya berjaya maka saya juga tidak akan berikan sebarang alasan kenapa saya berjaya. Saya berjaya dan saya tahu kenapa, dan apa yang telah saya lalui, dan kerana itu saya berjaya. Saya mengutip hasil dan pengajaran, bukannya alasan. Itulah hati dan jiwa yang boleh dikutip daripada peristiwa lampau.
Sejarah kemerdekaan yang lalu tidak melibatkan kita orang-orang baru, yang lahir sebagai generasi dunia selepas penjajahan. Kebanyakan kita pada hari ini tidak melalui pengalaman orang-orang dahulu, orang-orang yang memperjuangkan kemerdekaan. Jadi, bagaimanakah kita mahu menyambut kemerdekaan dengan jiwa kesyukuran sekiranya hanya pergi menghadiri konsert kemerdekaan? Melihat percikan bunga api di langit? Melaung dan menjerit perkataan 'MERDEKA' sekuat-kuat hati sehingga kering tekak dengan sebelah tangan digenggam dan dijulang ke angkasa?
Tidak. Kita tidak menyambut kemerdekaan jika cuma itu yang kita lakukan? Menghayati. Kita perlu menghayati bagaimana proses kemerdekaan itu berlaku. Kita perlu mengenang kembali sesuatu yang kita sendiri tidak ada pada ketika itu. Bagaimana? Dan bagaimana?
Dunia hari ini, memiliki teknologi. Walau pun proses menyambut kemerdekaan itu tidak dapat kita lihat dan rasai. Lakonan, pementasan, tayangan dan dokumentari boleh menjadi sumber penghayatan kita. Usaha segelintir daripada kita untuk menjejaki bukti-bukti sejarah kemerdekaan juga, suatu perkara yang patut diberi galakan. Internet. Menerusi internet, kita boleh mencari pelbagai maklumat, gambar, audio, video dan artikel-artikel berkaitan dengan kemerdekaan.
Jika kita benar-benar menghayati kemerdekaan, kenapa ramai antara kita gagal menjawab soalan-soalan berkaitan dengan kemerdekaan? Itu perkara asas. Perkara asas yang perlu kita tahu, untuk menghayati kemerdekaan. Jadi, sayab bertanya sekali lagi untuk kali terakhir, adakah anda telah melakukan sesuatu sebelum ini untuk membuktikan anda benar-benar menghayati kemerdekaan? Saya juga bertanya soalan yang sama kepada diri saya.
Saya tidak mahukan alasan. Apa yang saya mahu ialah hasil atau pengajaran daripada tindakan atau perbuatan kita pada masa lalu, tidak kira ianya suatu kegagalan atau pun kejayaan. Pengajaran akan membawa saya maju ke hadapan, alasan cuma satu dinding penghalang yang menyekat kemajuan saya.
Sumber: http://dukeamienerev.blogspot.com

|