Hydrofuel - Hydrofuel dan Greg Vezina
Hydrofuel Teknologi 26 Tahun Lepas
Apabila Teknologi Disisihkan Kerana Politik dan Kepentingan Diri
Alam Sekitar dan Manusia Menjadi Mangsa
Penulis: Amiene Rev (C) 2008
Apabila Teknologi Disisihkan Kerana Politik dan Kepentingan Diri
Alam Sekitar dan Manusia Menjadi Mangsa
Penulis: Amiene Rev (C) 2008
Tahun itu, tahun 1981, ketika Greg Vezina menemui hydrofuel sebagai alternatif kepada petrol, idea itu tidak diterima dan dianggap akan menggugat kedudukan ekonomi pihak-pihak tertentu. Pelbagai propaganda diadakan antaranya harga dan kos pembuatannya mahal dan sukar untuk dihasilkan. Propaganda ini diadakan oleh pihak-pihak tertentu supaya minyak petrol yang mereka miliki dapat dijual dengan lakunya di pasaran dunia.
Ya Tuhanku, betapa celakanya manusia-manusia yang memperalatkan kepentingan mereka dengan menyisihkan teknologi murni ini. Jika sejak 26 tahun lepas teknologi hydrofuel ini telah digunakan, sudah tentu dunia hari ini tidak akan dihukum dengan masalah pemanasan global, perang perebutan minyak dan harga barang keperluan yang meningkat.
Greg Vezina mengubahsuai kereta Chevrolet Capric pada tahun 1981, supaya dapat menggunakan bahan berasaskan ammonia sebagai penghidup enjin kereta. Bahan api ini dipanggil “hydrofuel”, iaitu yang teknologi pertama yang mempunyai potensi untuk mengubah masa depan manusia, nyawa manusia, dan keamanan dunia.
Berbeza dengan minyak petrol yang perlu dibeli di stesen-stesen minyak, hydrofuel boleh diproses sendiri oleh pengguna kenderaan dengan teknik-teknik tertentu. Persoalannya, adakah stesen-stesen minyak sedia ada akan terjejas dengan kehadiran hydrofuel? Mungkin tidak.
Kita ambil contoh mudah. Manusia boleh membuat air teh tarik sendiri, tetapi kenapa warung-warung teh tarik tetap laku? Kewujudan stesen-stesen pembekal bahan api akan wujud tetapi mereka akan membekalkan hydrofuel, tidak lagi terhad kepada petrol semata-mata.
Salah satu ciri terbaik dalam hydrofuel ialah mesra alam. Cuba rujuk pada video Hydro Fuel Lab Demo yang saya sertakan di entri ini dan anda akan mengetahui betapa mesra alamnya hydrofuel ini. Pembakaran hydrofuel tidak menghasilkan jelaga atau asap hitam, malah hydrofuel tidak bersifat menghakis kerana ia berasaskan air.
Dalam beberapa tahun lagi, dunia ini mungkin akan ditimpa bencana besar. Di kutub utara dan selatan, bongkah-bongkah ais sudah larut, sehingga rumput-rumput mampu tumbuh di permukaan tanah. Beruang kutub kini diancam kepupusan.
Mungkin suatu ketika nanti, penggunaan petrol tidak dihentikan, tidak mustahil ais-ais ini akan cair mendadak. Akibatnya, ombak besar dan tsunami akan melanda kawasan-kawasan bertanah rendah. Mungkin Malaysia cuma tinggal Banjaran Titiwangsanya sahaja. Menara KL dan Menara Berkembar Petronas kelihatan pendek, dan lorong SMART tidak berguna lagi.
Teknologi hydrofuel perlu diperluaskan pada kadar segera. Cukuplah dengan pengkhianatan yang dilakukan oleh orang-orang tertentu (yang bukan dari Malaysia itu) terhadap bangsa manusia dan alam semula jadi. Teknologi hydrofuel barangkali teknologi paling sesuai pada masa ini.
Masih ada beberapa teknologi alternatif berasaskan bahan api yang lain (bukan petrol), tetapi teknologi itu didapati masih memberi kesan negatif kepada alam sekitar. Oleh itu buat masa ini, hydrofuel mungkin yang terbaik. Saya berharap tidak ada pihak-pihak tertentu di Malaysia memperalatkan atau mewujudkan propaganda untuk menghalang penyebaran teknologi hydrofuel seperti di negara tersebut.
Adakah keuntungan lebih penting berbanding kepanasan global, penipisan lapisan ozon, pencemaran alam dan peningkatan harga barang-barang runcit tempatan? Mengorbankan keuntungan, dan memberi peluang kepada rakyat dan alam semula jadi untuk hidup dalam dunia dengan persekitaran alam semula jadi, adalah pilihan yang sepatutnya dibuat.
Kita masih memiliki masa, sebelum Malaysia cuma tinggal Banjaran Titiwangsa dan Gunung Kinabalu, maka bertindaklah sebelum terlambat.
Rujukan Utama:
gregvezina.com
Rujukan lain:
Hydro Fuel Lab Demo
www.memagazine.org
yourwebperson1.com/hydrofueltest
gregvezina.com
Rujukan lain:
Hydro Fuel Lab Demo
www.memagazine.org
yourwebperson1.com/hydrofueltest
|