BLOG DUKE AMIENE REV

Jumaat, Januari 25, 2008

Sajak Sang Suami Kepada Isterinya

Sajak Daripada Amiene Rev untuk bakal isterinya yang tercinta:

CINTA: Kenapa Aku memilih Dia?
Penulis: Amiene Rev
Hakcipta Terpelihara (C) Amiene Rev 2008



Kerana dia manusia biasa, seperti aku,
yang tidak dapat lari daripada kesilapan
dan sentiasa mahu memperbaiki diri,
menjadi lebih baik dari hari semalam
yang tidak sempurna.

Kerana dia manusia biasa, seperti aku,
yang sentiasa mahu menyumbangkan sesuatu
agar cinta kita terus jujur
dengan kebahagiaan hidup
yang tidak dicemari materialis.

Kerana dia manusia biasa,
seperti aku,
yang sentiasa tidak lengkap ilmu pengetahuannya,
dan dengan ini sentiasa
mencari panduan dan tunjuk ajar,
agar hidup kelak lebih mudah untuk dikenangi.

Kerana dia manusia biasa,
seperti aku,
yang sentiasa saling mempercayai,
saling memenuhi dan menyokong aku
ketika aku sedang berduka,
ketika aku sedang getir
menghadapi cabaran hidup,
tidak berputus asa.

Kerana dia manusia biasa, seperti aku...
maka aku memilih dia,
menjadi gadis dunia dan akhiratku.
Lalu tanpa rasa kesal atau malu,
kulaungkan kata-kata ini kepada dunia,
betapa aku tidak menyesal memilihnya.

Kita cuma manusia biasa,
tetapi cinta kita, cinta abadi.
Biar terputus hayat di dunia,
akhirat nanti kau akan kembali
mencium tanganku,
dan aku pasti mencium dahimu,
sebagai isteri pertama dan terakhir...

Yang benar,
Amiene Rev (untuk bakal isterinya)