BLOG DUKE AMIENE REV

Ahad, Januari 06, 2008

Rahsia Misteri 2


Seorang guru mengatakan kepada saya, sekiranya saya tidak menaiki bas ke sekolah, saya pasti akan dapat satu ringgit sehari. Oleh itu apabila bas datang menjemput saya, saya kata hari ini saya tidak mahu naik bas itu. Maaf ya, pak cik.

Tetapi saya rasa saya lebih bijak. Saya lalu di sebelah teksi dan menunggu teksi itu bertanya sama ada saya mahu naik teksi atau tidak. Lama juga saya menunggu. Suatu hari baru ada seorang teksi bertanya.

“Anak ni selalu nampak menunggu di sini. Anak ni menunggu siapa?”

“Maaf pak cik, saya tidak mahu naik teksi pak cik.” Lalu selepas menjawab demikian saya pun tersenyum. Saya ingat saya akan dapat lima ringgit.

Kemudian apabila saya melihat dompet. Masih tetap seringgit. Agaknya, sebab saya telah mengecewakan pak cik tersebut. Oleh itu saya telah menerima balasannya.

Sekarang baru saya tahu kenapa di dunia ini, kita tidak boleh bersikap tamak. Orang tamak selalu rugi. Saya rugi sebab setiap hari pun saya menunggu teksi tanpa menaikinya. Masa saya banyak terbuang.