BLOG DUKE AMIENE REV

Rabu, Disember 20, 2006

Petua Berkaitan Dengan Kesakitan, Luka dan Penyakit

Petua : Sakit Tumit Kaki
Ambil 1 kg garam kasar. Panaskan mengunakan kuali dengan cara menggoreng tanpa minyak. Panaskan sampai kesemua garam kasar tadi menjadi panas. Setelah garam tersebut menjadi panas, bungkus dengan kain. Kemudian tuamkan tumit anda dengan garam kasar tersebut. Insya-Allah ia akan sembuh.


Petua : Melegakan Selsama Bayi dan Kanak-kanak
Dapatkan ibu kunyit sebesar ibu jari, potong di atasnya, korek dengan paku yang sederhana besar dan sumbatkan sedikit kapur makan di dalamnya, digaulkan, biar bercampur antara kunyit dan kapur tadi, dan bolehlah disapukan di atas hidung bayi. Sebaiknya ketika bayi tidur. Lakukan selalu, Insya-Allah hidung bayi tidak akan tersumbat dan boleh tidur lena.


Petua : Gigi Kuat
Setiap kali anda penat kerana berlari dan sebagainya, anda hendaklah kancing gigi jangan biar mulut ternganga dan setiap kali anda membuang air besar kancingkanlah gigi anda ketika meneran begitu juga semasa anda sampai ke kemuncak ketika bersetubuh, jangan ternganga, kancinglah gigi anda.


Petua : Kurangkan Kolestrol Dalam Darah
Sebelum sarapan pagi, ketika perut benar-benar kosong, perah limau nipis atau kasturi yang dicampur dengan sesudu madu, dan diminum dengan selawat 3 kali. Dengan mengamalkan setiap hari, kadar kolestrol dapat dikurangkan. Bagi mereka yang mempunyai masalah berat badan, jika diamalkan sambil mengurangkan makanan berminyak, pasti dapat mengatasinya.


Petua : Pembersihan Dalaman Badan
Ambil beberapa biji limau nipis. Potong kemudian perah untuk diambil jusnya. Sediakan bekas menyimpan kiub ais, tapiskan jus limau tadi sebelum dimasukkan kedalam bekas kiub ais itu. Setelah selesai bekukan jus itu, amalkan dengan menyediakan segelas air suam yang dicampurkan seketul kiub ais jus tersebut setiap pagi sebelum sarapan. Untuk menguruskan badan, amalkan sebelum masuk tidur.


Petua : Ubat Batuk dan Lelah

  1. Ambil satu biji lada masak dan satu lada putik iaitu jenis lada yang masak merah dan putiknya putih.
  2. Satu sudu minyak tanah
  3. Satu sudu minyak masak
  4. Kedua biji lada tadi dihancurkan bersama-sama dengan minyak dan setelah hancur lumat,sila tapis dan dapatkan minyak yang bercampur dengan lada tadi.Sapukan pada tengkok dan dada,anda akan rasa selesa selepas 10 minit mencuba dan cuba sapu 2/3 kali sehari.

Petua : Mengurangkan Sakit Kepala
Amalkanlah petua datuk nenek kita dahulu. Caranya biasakan diri setiap kali bangun pagi, basuh muka dahulu sebelum memberus gigi.


Petua : Menghilangkan Penyakit Kuning
Ramai ibu-ibu yang mengalami, semasa mengandung kurang minum air dan menyebabkan apabila bayi mereka lahir bayi mereka akan kena sakit kuning. Untuk menyembuhkannya sila beri bayi tersebut minum air susu kambing, pasti penyakit kuningnya akan hilang.

Petua : Terkena atau Terpijak Paku Berkarat
Ambil segera sebatang bawang putih yang berdaun buang kulitnya kemudian celup dalam minyak dan panaskan di atas api, apabila sudah panas tampalkan pada bahagian yang terluka berulang kali buatlah 2 kali sehari.


Petua : Mengurangkan Masalah Darah Tinggi
Ambil pucuk betik jantan direbus dan dibuat kerabu ia juga bolih direbus dan dimakan bersama sambal belacan. Ianya pahit sikit tapi baik untuk yang sakit darah tinggi.


Petua : Menurunkan Darah Tinggi
Ambil segenggam daun kucai, basuh bersih selepas itu masukkan ke dalam mesin bersama dengan sedikit gula batu yang telah dihancurkan. Mesin sehingga lumat atau hancur ( jangan campur dengan air) bagi mendapatkan patinya sahaja. Masukkan ke dalam bekas mangkuk atau cawan,selepas itu embunkan sehingga pagi. Bila bangun pagi sebelum minum atau makan hendaklah diminum air pati daun kucai serta dengan selawat 3 kali. Amalkan selama tiga hari, selepas itu jumpalah doktor untuk buat pengesahan.


Petua : Darah Tinggi
Untuk cepat menurunkan darah tinggi ketika diserang darah tinggi. Pertama buat dua rakaat solat hajat mohon pada Allah. Kedua ambil beberapa ulas bawang putih, mesin jadikan jus dan ambil 6 titik jus tadi di masukkan kedalan segelas air dan di minum 3 kali sehari.


Petua : Menghilangkan kolestrol dalam darah
Ambil limau nipis belah dua tapi jangan sampai terputus sambil memotong anda kenalah membaca selawat 3x dan masukkan dalam air panas sampai limau itu kuning dan minum. Amalkan setiap hari.