BLOG DUKE AMIENE REV

Rabu, Disember 20, 2006

Petua Berkaitan Dengan Rambut, Bulu, Misai dan seangkatan dengannya

Koleksi Petua Orang-orang Tua dan Orang-orang Lama Untuk Kesihatan Umat Manusia. Petua-petua ini disusun mengikut kategori:

Petua : Lembutkan Rambut
Untuk lembutkan rambut anda boleh cuba petua ini. Ambil segenggam daun inai, mesin hingga hancur atau masak hingga panas sebentar. Sejukkan, kemudian sapulah pada rambut anda.


Petua : Kurangkan Misai atau Janggut
Gunakan minyak tanah campurkan dengan bawang putih dan tumbuk lalu lumurkan pada misai atau janggut


Petua : Lentik & Lebatkan Bulu Mata dan Kening
Ingin kelihatan cantik, Gunakan Lendir pokok Lidah Buaya dan sapukan pada bulu mata dan kening anda. Insya-Allah, lakukan berulang-kali untuk mendapat hasil terbaik.


Petua : Melebatkan Bulu Kening
Setiap wanita inginkan bulu kening yg cantik dan tersusun tanpa dicukur jadi untuk menjadikan itu kenyataan cara-caranya ialah ambil Daun Lidah Buaya ramaskan hingga melekit dan sapukan dikening pada setiap malam.


Petua : Sejukkan kepala & menghitam Rambut
Ambil daun bunga raya segenggam, kemudian masukkan kedalam bekas dan isi sedikit air selepas itu ramas hingga belendir. Selepas itu sapu di atas kepala beberapa minit sebelum mandi Insya-Allah kepala anda akan berasa sejuk selepas mandi dan rambut mengambil sedikit masa untuk hitam.


Petua : Menghaluskan Rambut
Cubalah dengan mengambil beberapa helai daun rambutan dan ramas-ramaskan dalam sebaldi air,dan lendiran air rambutan bercampur air dalam baldi tadi boleh digunakan sebagai bilasan rambut dan hasilnya rambut anda kelihatan lembut dan terasa halus.


Petua : Melambatkan Rambut Uban
Selepas membasuh tangan (selepas makan), hendaklah disapukan ke rambut. Tangan yang dibasuh tadi tidak perlu dilap. Insya-Allah, rambut anda tidak beruban.


Petua : Mengelak Rambut Dari Cepat Beruban.
Kebiasaanya kita orang Asia berambut hitam, lagi hitam lagi nampak berseri, lagi pun uban tumbuh tak kira usia, ada kalanya masa remaja lagi ada yang telah beruban. Saya pernah dengar petua dari arwah nenek saya (dia meninggal semasa berumur 102 tahun) rambutnya masih hitam dan dia bagi petua pada saya katanya, kalau hendak lambat atau menahan uban daripada tumbuh, caranya :

Ambil segengam biji buah betik (banyak pun tak apa) yang dah masak kamudian jemur (keringkan), kemudian goreng dengan tidak mengunakan minyak sampai hangus, selepas itu tumbuk sampai betul-betul lumat, kamudian masak dengan semangkuk santan pekat sampai menjadi minyak, dan minyak inilah kita gunakan sebagai minyak rambut seharian, Insya-Allah menjadi.