BLOG DUKE AMIENE REV

Selasa, Disember 12, 2006

Ciri-ciri Lelaki Yang Menawan Hati Perempuan

Sifat-sifat Lelaki Yang Menarik Minat dan Perhatian Perempuan untuk jatuh cinta kepadanya.


1. Percaya Diri

Keyakinan diri adalah kualiti utama yang sering dicari oleh wanita. Lakukan perkara yang terbaik misalnya kalau anda mahir bermain badminton, maka teruskan bermain badminton dan juga cuba bermain bola sepak. Secara tidak langsung bakat dan kemahiran yang dimiliki akan menjadi lebih baik.
Berdiri tegak ketika bercakap.

Anda juga boleh melakukan senaman di bahagian belakang. Tetapi cara terbaik untuk membuatkan anda yakin pada diri sendiri ialah memandang wanita tepat pada matanya. Cara ini membuatkan anda kelihatan lebih yakin dan matang. Si dia juga akan memberi tindak balas yang lebih baik.


2. Lelaki Lucu

Jangan bercakap terlalu serius atau ketawa yang dibuat-buat. Anda dinasihatkan agar tidak bersama teman wanita ketika si dia bersedih. Kemungkinan ini akan membuatkan dirinya lebih berduka. Paling tidak, cuba mengingati filem atau kisah lucu yang anda pernah tonton lalu menceritakan kepadanya agar si dia kembali tersenyum.

Pujukan dengan cara ini lebih menikamkalbu daripada memaksakan diri mewujudkan suasana ceria. Anda boleh mencari idea agar si dia dapat melupakan krisis yang dihadapinya. Di samping itu anda juga boleh membantunya menyelesaikan kekusutan yang melanda jiwanya.


3. Romantik

Wanita sebenarnya menginginkan lelaki yang romantik. Dan harus diingat romantik bukan bermakna gatal atau miang. Lelaki yang romantik ialah pandai mengambil hati dan bijak berkata-kata.

Sikap yang mengambil berat tentang diri mereka dan penyayang menjadi salah satu aspek yang sering diberi perhatian oleh wanita. Biarpun mereka kelihatan rugged atau agresif tetapi dalam hal pemilihan teman lelaki kebanyakannya mahukan yang romantik.


4. Lelaki Bijak

Wanita sering bermimpikan lelaki yang bijak pandai. Untuk kecergasan, selalulah bersenam kerana ini akan menambahkan jumlah oksigen ke dalam otak. Fikiran menjadi lapang dan otak mudah menerima ilmu atau perkara baru. Wanita gemarkan lelaki yang bijak dan rajin membaca.

Tidak semestinya anda seorang ahli akademik tetapi anda boleh mencubanya. Pakai cermin mata tanpa kuasa kerana ini akan memperlihatkan anda seorang yang intelek. Selain kacak, hati wanita mudah cair dengan lelaki yang kelihatan intelek.


5. Suka Kanak-Kanak

Wanita menganggap seorang lelaki bijak adalah berpengetahuan luas dalam pelbagai bidang termasuk menjaga kanak-kanak.

Hati wanita mudah tersentuh dengan lelaki yang sukakan kanak-kanak. Ini membuktikan anda layak menjadi bapa yang penyayang.


6. Bijak Berdandan

Lelaki juga hendaklah bijak merawat atau memanjakan tubuh. Selain pakaian yang sesuai dan kemas, kebersihan tubuh juga hendaklah diberi tumpuan. Selain itu, kuku hendaklah dipotong rapi dan bersih.