3 Sebab Utama Siswazah Sukar Dapat Pekerjaan
Tiga Sebab Utama Siswazah Sukar Dapat Pekerjaan
KUALA LUMPUR, 16 Julai — Ketidakmampuan bertutur dalam bahasa Inggeris, tiada pengalaman bekerja dan bersikap memilih pekerjaan adalah antara faktor utama ramai siswazah terus menganggur.
Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Maznah Mazlan berkata siswazah yang baru menamatkan pengajian juga menuntut gaji tinggi dan enggan menerima tawaran jawatan yang tidak sepadan dengan kelulusan mereka kerana gaji yang ditawarkan adalah rendah sebab tidak mempunyai pengalaman bekerja.
“Kebanyakan majikan akan memberi lebih banyak markah kepada mereka yang memiliki pengalaman bekerja walaupun pengalaman yang diraih itu dalam kategori lebih rendah,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan pameran kerjaya dan lepasan ijazah bertemakan “Graduan Aspire 2011″ di sini.
Beliau berkata kadar pengangguran di Malaysia sekarang ialah 3.1 peratus.
|