Wang Kertas RM6 - Enam Ringgit - 31 Ogos 2011
Walaupun rekaan wang kertas RM6 ni telah dikeluarkan, tetapi pelancaran wang ni dijangka akan dibuat pada 31 Ogos 2011 bersamaan 1 Syawal nanti. Wang kertas RM6 dilengkapi dengan ciri keselamatan tambahan dan sukar untuk dipalsukan kerana lapisan kalis air yang berada di tengah-tengah duit ini mempunyai lapisan unik untuk setiap wang tersebut. Lihat gambar di bawah untuk melihat rekaan wang kertas RM6 ni.
Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini telah mengeuarkan nilai mata wang kertas edisi terhad yang bernilai Ringgit Malaysia Enam (RM6). Gabenor Bank Negara Datuk Zetty Akhtar berkata, tujuan Intituasi kewangan negara utama itu mengeluarkan wang kertas baru ini adalah bersempena Aidilfitri dan Sambutan Kemerdekaan Negara yg ke-54 tahun.
Tambahan beliau, nilai wang kertas ini adalah yang pertama dikeluarkan di dunia dengan mengunakan teknologi terkini yang tidak ada di mana-mana negara lain. Jurucakap BNM Datuk Mustafa Adnan berkata, wang kertas tersebut adalah edisi terhad dan akan di cetak sebanyak nilai RM 666,000. Beliau juga berkata kepada sesiapa yang ingin mendapatkan wang kertas edisi terhad ini, sila ke kaunter di Bank Negara Malaysia bermula pada hari ini.
|