BLOG DUKE AMIENE REV

Rabu, Februari 17, 2010

Dari Pulau Pangkor

Saya sudah balik dari Pulau Pangkor. Menyelam ke dalam lautan dan merapatkan diri dengan pelbagai jenis ikan di lautan. Percutian kali ini, disertai oleh rakan-rakan sekerja yang lain. Hubungan saya dengan rakan-rakan sekerja semakin rapat. Kami semakin saling memahami situasi masing-masing. Kami lupakan segala tekanan kerja. Dan pagi ini, saya tiba di kampung. Saya seronok melihat kandang-kandang arnab yang semakin maju dan besar, kerana penghuninya yang makin banyak, menandakan pertambahan rezeki Tuhan Yang Maha Pemurah berikan kepada kami sekeluarga.