BLOG DUKE AMIENE REV

Jumaat, Februari 19, 2010

Petunjuk Daripada Tuhan

Ketika ini, saya sedang cuba untuk membuat satu keputusan yang besar, yang mungkin akan mengubah secara keseluruhan hidup saya. Kemudian Tuhan datangkan kepada saya individu-individu tertentu yang mendokong hasrat saya. Boleh jadi ini adalah doa yang dimakbulkan Tuhan. Sekarang ini kerap kali saya berdoa, dan doa-doa itu dimakbulkan. Semakin kerap doa-doa saya dimakbulkan, semakin takut dan bimbang hati saya jika saya akan membuatkan Tuhan marah kepada saya. Tuhan berikan saya begitu banyak kemudahan, memakbulkan doa-doa saya dan bagaimana jika saya menyakiti hati-Nya? Tuhanku, aku amat takut kepada-Mu, sedangkan Engkau amat menyayangiku. Tuhanku, berikan aku hati yang tabah, berikan aku ilmu yang berguna, dan permudahkan segala urusanku dan cita-citaku. Amin. Amin. Amin.

Entah kenapa, ketika hati saya dirundung sedih, saya lihat Tuhan seolah-olah semakin dekat dengan saya. Tuhan benar-benar memahami kehendak saya ketika ini, dan Tuhan begitu sayang akan hamba-Nya. Tuhanku, terima kasih. Tuhanku, terima kasih. Tuhanku, terima kasih.