Perpustakaan Dalam Pusat Beli Belah
Sebelum ini, pusat membeli belah pernah dilabelkan sebagai tempat anak-anak muda membuang masa dengan melepak dan berjalan-jalan tanpa tujuan yang wajar. Kemunculan kedai-kedai buku walau bagaimana pun telah sedikit sebanyak mengubah nilai sesebuah pusat membeli belah daripada sekadar tempat melepak kepada tempat untuk mendapatkan bahan-bahan berilmu.
Wujudnya perpustakaan di pusat membeli belah pasti memberi sesuatu yang baru kepada lot-lot pusat membeli belah di sekitarnya. Golongan pelajar khususnya pelajar sekolah, kolej dan IPT berpeluang mencuba suasana pembelajaran yang baru. Mereka mungkin boleh menjadikan perpustakaan di pasar raya terbabit sebagai lokasi belajar secara berkumpulan yang baru. Dijangkakan kemudahan seperti ini akan meningkatkan lagi peluang pendapatan bagi para peniaga di dalam pusat membeli-belah tersebut.

Menyedari penyediaan perkhidmatan itu mampu memberi nilai tambah kepada pengunjung, pihak pengurusan Pusat Membeli-belah AEON Jusco Seberang Perai City di Bandar Perda, Bukit Mertajam tampil bekerjasama dengan Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang (PPAPP).Walau bagaimana pun, adalah diharapkan agar pihak perpustakaan di pasar raya merekodkan senarai log penggunaan perpustakaan oleh pelajar, pas masuk dan juga penggunaan CCTV bagi tujuan keselamatan, khususnya bagi pelajar-pelajar sekolah. Dengan adanya sistem rekod pelajar dan CCTV, sekurang-kurangnya ibu bapa boleh mengesahkan kehadiran pelajar-pelajar mereka di perpustakaan. Ini dikhuatiri kemudahan perpustakaan seperti ini akan disalahgunakan sebagai perisai atau medium untuk tujuan lain oleh para pelajar.
Pusat beli-belah adalah sebuah lokasi yang paling ramai dikunjungi masyarakat pelbagai peringkat usia dan latar belakang tanpa mengira waktu. Kerjasama kedua-dua pihak terbabit dimeterai pada 22 Ogos 2008 apabila sebuah perpustakaan mini beroperasi di AEON Jusco.
Dikenali sebagai Perpustakaan Siber Ilmu AEON Jusco, ia disediakan secara percuma oleh pengurusan AEON Jusco Seberang Perai City - PPAPP dengan koleksi hampir 4,000 naskhah bahan bacaan, lebih 300 bahan media termasuk CD-Rom, kaset dan video serta hampir 350 majalah di setiap rak kawasan berkeluasan 398 meter persegi.
Setelah lebih setahun dibuka, jumlah pengunjungnya melebihi 150 orang pada cuti hujung minggu dan cuti sekolah termasuklah ketika menjelang musim peperiksaan. - Sumber: kosmo.com.my
|