Kenapa Ada Manusia Gila Harta dan Materialistik?
Sepanjang hidup saya, saya sering tertanya-tanya, kenapa ada manusia yang terlalu gilakan harta pusaka dan materialistik? Ini merupakan perkara yang ingin saya bincangkan kali ini di blog peribadi saya. Saya menerima banyak e-mel daripada para pembaca blog saya, tetapi saya belum mempunyai cukup bahan untuk menjawab sesetengah daripada e-mel tersebut. Oleh itu, biarlah saya tumpukan kepada persoalan berkaitan dengan manusia gila harta dan materialistik. Semoga pos yang saya tulis kali ini dapat menjawab sesetengah e-mel yang berkaitan.
Benar, bukan mudah untuk berurusan dengan manusia materialistik dan gila harta. Ada yang terpaksa berpisah dengan kekasih tersayang disebabkan adanya sifat ibu bapa kekasih mereka yang terlalu mengukur status kemewahan bakal menantu mereka. Ada pula isteri yang kecewa kerana tidak dibelikan barang-barang kemas, baju-baju ala mak datin, perabot import dan sebagainya. Kadangkala hal yang kecil seperti tidak dapat perabot baru pun boleh menjadi punca perceraian. Ada pula adik-beradik yang sanggup berperang dan berparang kerana berebutkan sepohon pisang peninggalan arwah ibu mereka. Sungguh menakutkan sekali sifat materialistik dan gila harta ini.
Saya paling tidak suka dengan sifat materialistik atau gila harta. Dan, sesungguhnya saya akan cuba menjauhi orang-orang yang memiliki sifat seperti ini. Namun, bagaimana pula dengan individu yang tidak dapat menjauhkan diri daripada orang-orang yang gila harta dan materialistik kerana adanya pertalian darah atau keluarga. Sungguh sukar bukan?
Apakah definisi gila harta atau materialistik? Gila harta atau materialistik merujuk kepada sifat seseorang manusia yang lebih mengutamakan kebendaan, kekayaan atau wang berbanding nilai-nilai kemanusiaan. Gila harta atau materialistik biasanya didatangkan khas dengan sifat dengki, tamak dan pentingkan diri sendiri. Tamak, apabila mereka sudah memiliki sesuatu, atau diberikan sesuatu benda, tetapi masih mahukan hak milik orang lain. Hasad dengki atau cemburu, apabila seseorang manusia itu melihat orang lain memiliki kelebihan dari segi kebendaan atau kemwahan berbanding dengan dirinya. Pentingkan diri sendiri, apabila seseorang manusia itu sentiasa merasakan hanya dirinya yang lebih layak untuk memiliki sesuatu benda atau kemewahan berbanding orang lain, dan, apabila mereka melihat orang lain lebih mewah, mereka mula merasa marah dan menuntut sesuatu daripada orang itu. Sifat materialistik ini adalah satu contoh sifat yang tidak matang.
Seseorang yang materialistik boleh dikenal pasti menerusi gaya pemakaiannya, gaya percakapannya, topik percakapannya dan reaksinya terhadap hal-hal berkaitan dengan kebendaan. Orang yang materialistik juga suka memberi cadangan yang berkaitan dengan kebendaan. Kononnya untuk kemudahan. Kadangkala benda tersebut tidak diperlukan sangat. Orang yang materialistik juga kadang-kadang membeli barang-barang yang mereka tidak perlu, atau mungkin berlebihan. Alasannya untuk mempermudahkan urusan kehidupan.
Orang yang materialistik juga selalunya suka berhutang. Mereka sentiasa rasa diri mereka tidak cukup duit, atau mereka sentiasa rasa mahu membeli sesuatu. Boros. Mereka banyak membuat pinjaman yang tidak perlu. Kadangkala ada perkara yang boleh dibayar secara tunai jika pandai menyimpan duit, tetapi mereka mahu jalan singkat, iaitu berhutang dan berhutang lagi.
Bagi, saya orang yang memiliki sifat materialistik tidak boleh dijadikan teman atau sahabat. Mereka ini biasanya memandang tinggi atau tertarik dengan orang yang memiliki sesuatu benda yang boleh dianggap bernilai atau mewah, atau orang yang boleh mereka jadikan sebagai tempat berhutang.
Dalam Islam, sifat suka berhutang ini dianggap sebagai satu sifat yang hina. Jika diikutkan, berhutang bukanlah sesuatu perkara yang wajar dilakukan dalam kehidupan kecuali jika seseorang itu dilahirkan sebagai seorang yang kurang upaya, tidak dapat menyara kehidupan sendiri. Namun, ada juga orang yang kurang upaya yang boleh hidup berdikari tanpa perlu berhutang atau meminta belas kasihan sesiapa. Mereka mencari pendapatan sendiri. Mereka menyara kehidupan sendiri.
Di dunia ini ada manusia gila harta dan materialistik, barangkali kerana mereka memiliki nafsu yang tinggi terhadap harta benda dan kemewahan. Kadangkala saya tertanya-tanya adakah sifat suka mengumpul sesuatu benda atau objek sebagai koleksi itu adalah benih kepada sifat materialistik? Sukar betul untuk memahami kenapa seseorang itu boleh menjadi materialistik. Emosi dan nafsu, barangkali adalah kunci kepada sifat materialistik.
Sungguh hina sifat materialistik. Sungguh hina sifat gila harta. Sungguh hina sifat suka berhutang. Bagi saya, jika kita mampu, maka belilah. Jika tidak mampu, maka jangan beli. Jika mahu beli, kumpullah duit sendiri. Begitu juga jika mahu berniaga, gunakanlah modal sendiri. Tidak semua perniagaan akan berjaya, jadi eloklah berniaga dengan menggunakan modal sendiri. Rezeki sudah Tuhan tentukan. Usahakanlah yang terbaik. Tambah ilmu-ilmu yang berkaitan, supaya kelak apa yang diusahakan menjadi, dan memberi keuntungan kepada diri, di dunia dan di akhirat.

|