Tips Membuat Duit Dengan Memanfaatkan Tempat Penginapan dan Panduan Ke Lokasi Tertentu Untuk Kemudahan Pengunjung
Tips Membuat Duit Dengan Memanfaatkan Panduan Ke Lokasi Tertentu
Untuk Kemudahan Pengunjung
Penulis: Amiene Rev Hakcipta Terpelihara (C) 2008
Untuk Kemudahan Pengunjung
Penulis: Amiene Rev Hakcipta Terpelihara (C) 2008
Terdapat pelbagai kaedah untuk memberi panduan kepada seseorang untuk pergi ke sesuatu lokasi. Kita mungkin mahu menarik peserta, pelanggan atau pelancong supaya datang ke lokasi di mana program, majlis, bengkel, tapak perniagaan kita diadakan.
Antara perkara-perkara penting yang boleh dimuatkan ke dalam keterangan kita mengenai cara-cara hendak ke lokasi tersebut ialah:
Peta ke lokasi
Cara paling mudah ialah menyediakan peta ke lokasi dan memanfaatkan bangunan-bangunan penting atau objek-objek besar dan mudah dilihat sebagai penanda ke sesuatu lokasi. Penggunaan anak panah juga membantu.
Pusat-pusat pengangkutan ke lokasi
Tidak semua orang memiliki pengangkutan sendiri. Oleh itu peta perlulah melibatkan pusat atau stesen pengangkutan seperti lapangan terbang, stesen bas, LRT, stesen keretapi, pelabuhan kapal dan sebagainya. Maklumat yang terperinci seperti nombor pengangkutan awam, bayaran tambang, jarak dan masa perjalanan dengan menggunakan sesuatu pengangkutan awam adalah digalakkan bagi memudahkan individu merancang masa.
Kemudahan penginapan terdekat
Peserta atau pelancong mungkin akan datang ke sesuatu program aktiviti sehari lebih awal. Dalam kes ini, mereka mungkin memerlukan tempat tinggal sementara. Di dalam peta boleh juga digalakkan peserta supaya menumpang di mana-mana rumah tumpangan yang murah. Anda mungkin juga boleh membuat duit dengan cara ini.
Cuba berunding dengan mana-mana tempat penginapan bahawa akan ada sejumah besar peserta yang akan datang menginap di tempat penginapan mereka, dan perkara ini akan diiklankan di dalam peta panduan untuk ke program anda. Bagi setiap peserta yang menginap di sana, anda akan mendapat komisen daripada tuan punya tempat penginapan.
Semasa peserta datang ke tapak program untuk pendaftaran, dapatkan tempat penginapan mereka dan kemudian anda bolehlah membuat tuntutan komisen daripada tuan punya pusat penginapan. Berundinglah dengan jujur demi faedah kepada ketiga-tiga pihak; anda, tuan punya pusat penginapan dan peserta.
- Anda sebagai pengiklan
- Tuan punya penginapan sebagai penjual
- Peserta sebagai pelanggan
Ketahuilah pelbagai teknik membuat duit dan mendapat keuntungan secara tidak langsung menerusi laman blog ini. Sekiranya anda terlepas, gunakan enjin carian Google yang terdapat di dalam blog ini dan pastikan anda menanda titik pada bulatan dukeamienerev.blogspot.com untuk mencari maklumat yang dikehendaki.
|