Ombak Tidak Mengenal Belas
Ombak Itu Umpama Kehidupan
Penulis: Amiene Rev (C) 2008
Penulis: Amiene Rev (C) 2008
Siapa pun tidak akan terasa hatinya apabila melihat seorang anak kecil di tengah padang pasir, terbiar, menangis, dipandang mata-mata liar. Habis anak itu, dikerjakan perasaan takut, terusir dari himpunan darah daging, meringkuk keseorangan? Aku melihat sekeping foto, seorang anak kecil yang timbul-timbul tulang rusuknya, dan bucu-bucu tulang belakangnya yang menonjol keluar sehingga menikam kulit keringnya yang gelap, sedang menanti dirinya menjadi makanan burung-burung hering. Dan, masa depannya ternyata sudah malap.
Bagaimana pula dengan kisah pada suatu ketika dahulu, ketika langit itu sentiasa malap, dan ikan-ikan melompat-lompat ke pesisiran pantai, takut dan menjerit dengan goyangan badan, memberi amaran kepada sekalian penghuni daratan. Ombak besar! Ombak besar! Dan dosa terus menjadi tiket melancong ke alam maut, tanpa sebarang belas kasihan, dihukumnya sekalian manusia sehingga tamat nyawanya.
Ombak yang tidak mengenal belas, kadangkala dicabar dengan papan gelungsur, dimiliki segelintir manusia yang menghedonismekan kebahayaan dan sempadan maut. Ombak tidak mengenal belas mengubah tanggapan manusia bahawa kehidupan itu selalunya menjadi percaturan dalam memenuhi nafsu seorang hamba palsu atau keredhaan Tuhan yang sejati.
Aku tidak pasti, sama ada ombak yang tidak mengenal belas, perlu diberi penghormatan sewajarnya. Semutlak memperingati kisah-kisah pejuang manusia pada masa lalu, kerana pendirian dan penderitaannya yang tidak berbalas dengan kesudahan bahagia atau kesenangan dunia. Hati ini terus mengenangkan kisah lalu. Libasan ombak kecil ke pasir-pasir pantai, menenangkan. Siapa sangka ombak yang terkemudian itu lebih ganas dan berbahaya berbanding ombak yang terdahulu?
Seperti ombak berbalas ganti, seperti generasi manusia yang bercambah, patah dan tumbuh kembali, mewarisi dunia hari ini daripada generasi yang terdahulu. Bukankah darah manusia pada hari ini, sama merahnya dengan darah manusia yang terdahulu? Ombak hari ini berasal dari laut yang sama.

|