BLOG DUKE AMIENE REV

Ahad, Mei 04, 2008

Ayat-ayat Cinta The Movie


Dulu saya ada membaca novel Ayat-ayat Cinta ini. Penulis novelnya, seorang lulusan universiti dalam bidang agama. Namanya penanya Habiburahman El Shirazi, dan novel ini telah melonjakkan namanya dalam arena penulisan novel. Kerana kejayaan novel Ayat-ayat Cinta, maka novel ini telah diterjemahkan ke bentuk filem.

Filem adalah sebuah karya yang memerlukan kreativiti, tidak semestinya sama dengan karya asalnya. Begitu jugalah perbezaan yang boleh dilihat dan dirasai antara novel Ayat-ayat Cinta dengan filem Ayat-ayat Cinta The Movie. Filemnya memperlihatkan kekalutan Fahri, manakala novelnya memperlihatkan ketenangan Fahri. Saya merasai Fahri yang saya kenali di dalam novel lebih tenang dan menarik perhatian saya berbanding Fahri yang saya lihat di dalam filem.

Novel Ayat-ayat Cinta mempamerkan cinta Nurul, Maria dan Aisha yang mendekati Fahri. Namun cuma satu cinta sahaja yang dapat bertemu jodohnya. Novel Ayat-ayat Cinta ini mengguris perasaan sedih pembaca menerusi kematian Maria, kekecewaan Nurul dan suka duka kehidupan cinta Aisha bersama Fahri.

Filem Ayat-ayat Cinta The Movie adalah versi lain bagi kisah Ayat-ayat Cinta. Ciri-ciri luar dan dalaman watak-watak di dalam filemnya tidak begitu mirip dengan watak-watak di dalam novel.

Saya belum menonton filem ini sepenuhnya. Namun sekiranya ada sesiapa yang mahukan sinopsis filem ini, maka beginilah kisahnya:

Sinopsis Filem Ayat-ayat Cinta The Movie yang dipetik dari web rasmi filem ni.

"Ini adalah kisah cinta. Tapi bukan cuma sekedar kisah cinta yang biasa. Ini tentang bagaimana menghadapi turun-naiknya persoalan hidup dengan cara Islam. Fahri bin Abdillah adalah pelajar Indonesia yang berusaha menggapai gelar masternya di Al Ahzar. Berjibaku dengan panas-debu Mesir. Berkutat dengan berbagai macam target dan kesederhanaan hidup. Bertahan dengan menjadi penerjemah buku-buku agama. Semua target dijalani Fahri dengan penuh antusiasme kecuali satu: menikah.

Kenapa? Karena Fahri adalah laki-laki taat yang begitu ‘lurus’. Dia tidak mengenal pacaran sebelum menikah. Dia kurang artikulatif saat berhadapan dengan mahluk bernama perempuan. Hanya ada sedikit perempuan yang dekat dengannya selama ini. Neneknya, Ibunya dan saudara perempuannya.

Betul begitu? Sepertinya pindah ke Mesir membuat hal itu berubah. Tersebutlah Maria Girgis. Tetangga satu flat yang beragama Kristen Koptik tapi mengagumi Al Quran. Dan menganggumi Fahri. Kekaguman yang berubah menjadi cinta. Sayang cinta Maria hanya tercurah dalam diary saja.

Lalu ada Nurul. Anak seorang kyai terkenal yang juga mengeruk ilmu di Al Azhar. Sebenarnya Fahri menaruh hati pada gadis manis ini. Sayang rasa mindernya yang hanya anak keturunan petani membuatnya tidak pernah menunjukkan rasa apa pun pada Nurul. Sementara Nurul pun menjadi ragu dan selalu menebak-nebak.

Setelah itu ada Noura. Juga tetangga yang selalu disika Ayahnya sendiri. Fahri berempati penuh dengan Noura dan ingin menolongnya. Sayang hanya empati saja. Tidak lebih. Namun Noura yang mengharap lebih. Dan nantinya ini menjadi masalah besar ketika Noura menuduh Fahri memperkosanya.

Terakhir muncullah Aisha. Si mata indah yang menyihir Fahri. Sejak sebuah kejadian di metro, saat Fahri membela Islam dari tuduhan kolot dan kaku, Aisha jatuh cinta pada Fahri. Dan Fahri juga tidak bisa membohongi hatinya.

Lalu bagaimana bocah desa nan lurus itu menghadapi ini semua? Siapa yang dipilihnya? Bisakah dia menjalani semua dalam jalur Islam yang sangat dia yakini?"


Lirik Lagu Ayat-ayat Cinta The Movie nyanyian Rossa adalah seperti berikut:

Desir pasir di padang tandus
Segersang pemikiran hati
Terkisah ku di antara cinta yang ruhwi
Bila keyakinanku datang
Kasih bukan sekadar cinta

Pengorbanan cinta yang agung kupertaruhkan

Maafkan bila ku tak sempurna
Cinta ini tak mungkin ku cegah
Ayat-ayat cinta bercerita
Cintaku padamu
Bila bahagia mulai menyentuh
Seakan ku bisa hidup lebih lama
Namun harus kutinggalkan cinta
Ketika ku bersujud

Bila keyakinanku datang
Kasih bukan sekedar cinta
Pengorbanan cinta yang agung Kupertaruhkan
Maafkan bila ku tak sempurna
Cinta ini tak mungkin ku cegah
Ayat-ayat cinta bercerita
Cintaku padamu

Bila bahagia mulai menyentuh
Seakan ku bisa hidup lebih lama
Namun harus kutinggalkan cinta
Ketika ku bersujud