BLOG DUKE AMIENE REV

Khamis, Mei 10, 2007

Sementara Waktu... Aku Tiada Di Lapangan Siber

Sudah beberapa hari aku berada di sekolah ini. Aku sekarang menjadi seorang guru di sebuah sekolah ternama di dunia. Jangka masa dua bulan. Untuk sementara ini, aku akan menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap tanggungjawab aku sebagai seorang guru.

Aku akan pulang dengan cerita-cerita menarik. Cerita-cerita ini akan mengisi ruang-ruang pengajaran dalam mencari erti sebenar kehidupan manusia.

Aku sangat gembira di sini. Bercakap dengan teman-teman pelbagai bangsa. Aku memahirkan lagi penguasaan aku dalam Bahasa Inggeris. Pada masa yang sama, aku mempunyai ruang untuk perjuangan aku.

Aku mahu membentuk mereka, mengenal apa itu erti memberi sumbangan dan kenapa ia lebih penting berbanding pencapaian kendiri. Perjuangan aku yang seterusnya...

...berlangsung di sini. Aku pergi dahulu.

Generasi akan datang harus mengatasi pencapaian generasi terdahulu. Bukan sekadar dari kepakaran dan kehandalan tetapi dari segi nilai-nilai kemanusiaan.

Salam kejayaan!

Yang benar,
Amiene Rev AKA Cikgu Amien