BLOG DUKE AMIENE REV

Khamis, Mei 17, 2007

Sambutan Hari Guru

Sekejap lagi, aku akan masuk ke kelas. Untuk seketika, aku mencari ruang untuk mencatatkan sesuatu di sini.

Semalam Hari Guru, semua orang tahu. Namun, perasaannya, jangan samakan aku dan kamu. Setiap guru mempunyai persepsi yang unik mengenai Hari Guru.

Sebab kita adalah manusia yang melalui hari-hari kita dengan roh yang berbeza. Dunia ini sungguh menarik.

Cuti sekolah akan bermula tidak lama lagi. Aku akan pulang ke kampung barang seketika. Telefon bimbit aku sudah rosak sepenuhnya. Jadi sekarang, aku cuma bergantung kepada Yahoo Messenger untuk berhubung dengan orang lain.

YM pengganti SMS. Teknologi harus dimanfaat dengan sebaik-baiknya. Semakin hari, semakin banyak pengalaman yang aku perolehi. Rasanya aku sudah boleh mula mencatat kisah-kisah untuk dibukukan tidak lama lagi.

Ini... adalah perasaan menjadi seorang guru, di sebuah sekolah yang unik. Pelajar-pelajar di sini, ada yang berperingkat antarabangsa.

Cabaran... perlu dikemaskinikan.