Ulasan Filem Skyscraper (2018)
Dalam filem Skyscraper ini, Dwayne Johnson memegang watak Will Sawyer, seorang bekas FBI yang telah kudung kakinya tetapi hikmah di sebaliknya, dia bertemu isteri, mendapat dua orang anak dan hubungan keluarga yang bahagia. Skyscraper adalah kisah seorang suami dan seorang ayah yang menjadi wira dan topik yang digunakan oleh filem Skyscraper ini bukan lagi topik baru dalam filem-filem Hollywood. Kita boleh namakan pelbagai tajuk yang menggunakan tema yang serupa dengan filem Skyscraper ini. Die Hard dan Fast & Furious pernah adalah contoh terbaik. Will Sawyer seperti dalam dianggap sebagai bersubahat dengan penjahat secara paksa kerana keluarganya dijadikan tebusan sebelum dia berjaya memerangkap semula penjahat dan menyelamatkan keluarganya. Jadi jika bercakap tentang plot, filem Skyscraper cuma sebuah filem kitar semula plot yang boleh dianggap popular dan diminati penonton.
Adakah filem Skyscraper menarik? Lakonan Dwayne Johnson dalam filem ini memang antara punca tarikan utama filem ini. Perwatakan aktor yang pernah mengagumkan ramai peminatnya menerusi nyanyiannya dalam filem animasi Moana memang dinanti-nantikan oleh para penonton Skyscraper. Dwayne Johnson memang seorang pelakon yang berpengaruh. Bekas bintang ahli gusti yang tidak gentar menghiburkan ribuan penonton pada kurun yang lepas, mempersonakan para peminatnya dengan pelbagai bakat dan sifat terbukanya dalam membintangi pelbagai genre filem. Salah seorang pelakon terkaya di dunia.
Apa lagi ulasan yang boleh membuatkan filem Skyscraper menarik? Keberanian seorang bapa dan seorang suami untuk menyelamatkan ahli keluarganya dengan mengharungi satu demi satu cabaran yang pada bila-bila masa sahaja boleh mencabut nyawanya biarpun dengan tiga anggota badan. Sebelah lagi, anggota badannya, iaitu kaki palsu juga banyak memberi faedah dalam cerita ini. Sebagai seorang bapa dan suami, sanggupkah anda melawan kepungan polis, memanjat bangunan yang beratus-ratus meter tinggi dan melompat dari langit dengan sebelah kaki palsu, merempuh api dan menggunakan kudrat kekuatan untuk bersedia mengorbankan diri pada bila-bila masa demi keluarga anda? Para penonton dan anggota polis sendiri bertukar dari lawan menjadi penyokong, selepas mereka mula menyedari keikhlasan dan kesucian hati Will Sawyer berjuang demi keluarganya.
Kebakaran rumah akan mampu memberi jawapan tentang siapa atau apa yang tuan rumah paling sayang adalah persoalan yang dibangkitkan dalam filem ini. Dwayne Johnson bijak memilik filem untuk dilakonkan. Kebanyakan filem lakonannya adalah filem aksi untuk keluarga. Disebabkan corak pemilihan filem yang dibuat oleh Dwayne Johnson telah jelas kelihatan, kita tahu apabila ada Dwayne Johnson dalam sesebuah filem PG13 maka kita juga tahu jenis hiburan dan hala tuju filem tersebut. Kesemua filem Dwayne Johnson berakhir dengan kegembiraan. Ia filem keluarga dan hiburan untuk ahli keluarga, tidak ada sebab untuk menjadikan filem itu berakhir dengan kesedihan. Orang baik akan menang menentang orang jahat.
|