BLOG DUKE AMIENE REV

Sabtu, Jun 16, 2012

Malaysia Alami Monsun Barat Daya - Cuaca Panas Kering Hingga September 2012

Suhu panas yang melanda kini bukan lagi khayalan. Sememangnya cuaca di Malaysia sejak akhir-akhir ini sangat panas. Panasnya mengewap kering hingga ke malam. Semakin ramai orang mengadu kepanasan. Jerebu mula melanda, kualiti udara merosot teruk. Di rumah sahaja ramai yang terperuk, mengidam makan jeruk yang sejuk.

Jerebu makin buruk, dijangka berlarutan
Disediakan oleh Berita Harian

KUALA LUMPUR: Indeks Pencemaran Udara (IPU) di beberapa tempat di Lembah Klang semakin buruk dengan empat kawasan merekodkan IPU tidak sihat berbanding tiga kawasan sebelum ini.

Indeks yang dikeluarkan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) setakat 5 petang ini, mencatatkan bacaan IPU di Cheras bertambah buruk kepada 105 berbanding 91 sebelum ini. IPU di Pelabuhan Klang dan Shah Alam, masing-masing meningkat kepada 147 dan 120 berbanding 130 dan 106 pagi ini. Bacaan IPU di Kuala Selangor bertambah baik sedikit iaitu 129 berbanding 131 sebelum ini. Tiga kawasan yang mencatatkan IPU tidak sihat ialah Kuala Selangor (129), Pelabuhan Klang (147) dan Shah Alam (120).

Sementara itu, 34 kawasan merekodkan IPU sederhana dengan bacaan antara 51 dan 100 manakala bilangan kawasan dengan IPU yang baik, turun kepada 12 berbanding 14 awal hari ini.

Antara kawasan mencatatkan IPU sederhana ialah Petaling Jaya dan Batu Muda, Kuala Lumpur yang masing-masing merekodkan 99, Banting (95), Sri Manjung (92), Tanah Merah (88), Putrajaya (78) dan Perai (74).

Menurut kenyataan JAS, keadaan kualiti udara yang buruk di Lembah Klang dan Perak sejak pagi ini adalah disebabkan jerebu rentas sempadan dari Sumatera, Indonesia.

Keadaan jerebu itu dijangka berlarutan selama beberapa hari disebabkan ramalan bahawa cuaca kering di beberapa bahagian di utara dan pantai barat Semenanjung pada masa ini.

Kenyataan itu menambah imej satelit oleh Pusat Kepakaran Meteorologi ASEAN menunjukkan peningkatan jumlah titik panas di Sumatera, Indonesia sejak Selasa.

Imej itu menunjukkan bahawa jerebu bergerak dari Riau, Sumatera Tengah menuju ke pantai barat Semenanjung Malaysia.

Sementara itu, jurucakap Jabatan Meteorologi berkata hujan mungkin tidak berlaku dalam tempoh beberapa hari ini.

"Kami meramalkan hujan sedikit di pantai barat Semenanjung menjelang pertengahan dan akhir minggu depan.

"Negara kini sedang mengalami Monsun Barat Daya yang pada umumnya keadaan cuaca panas dan kering. Keadaan itu dijangka berterusan sehingga September," katanya.

- BERNAMA